Siapa yang tidak mengenali pelakon, pelawak dan pengacara versatile, Didie Alias yang sememangnya cukup berbakat besar. Didie Alias yang juga peserta Dewi Remaja pada tahun 1990 ini juga punya kelompok peminatnya yang tersendiri.
Dan baru-baru ini, Didie ada berkongsikan pada para media berhubung kesulitan yang dialami beliau ketika mencari rezeki di awal-awal perkahwinan. Menurut sumber, Didie pernah berniaga dalam kelab malam hanya kerana mencari rezeki dan menampung hidup anak beranak.
Walaupun di awal-awal dahulu, pelbagai jenis pekerjaan Didie lakukan dan hanya sempat tidur beberapa jam sahaja dalam sehari, namun dia tidak pernah mengeluh dan terus kuat mencari rezeki.
“Saya pergi Danok naik bas untuk beli barangan wanita, pakaian dalam wanita dan saya jual kepada GRO-GRO di dalam sana,” katanya.
Didie juga turut mendedahkan suaminya sanggup menggunakan wangnya sendiri untuk membeli rumah untuk anak-anaknya dimana ketika itu mereka hanya berkawan.
“Waktu itu saya sangat-sangat susah, saya hanya menyewa di apartmen dan pernah dihalau keluar kerana tiada wang dan kemampuan untuk bayar sewa tapi syukur Allah munculkan seorang lelaki bujang dalam hidup saya. Saya hanya berkawan sahaja dengan dia masa itu tapi dia sanggup keluarkan duitnya sendiri untuk membeli rumah buat anak-anak. Saya nak ucap terima kasih kepada suami saya kalau tidak mungkin saya ditepi jalan dengan anak-anak,” ujarnya sebak.
Didie yang juga ibu kepada lima orang anak ini sempat berpesan kepada semua wanita di luar sana, terutama sekali ibu tunggal supaya terus berusaha dan jangan mudah tunduk serta patah semangat andai dhina dan dipandang rendah oleh masyarakat.
Kredit foto: Instagram (@ladydidiemsia) | Sumber: Xtra
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***