Demi Cantik Wanita Ini Sanggup 2 Bulan Tak Senyum, Ngeri Tengok Penangan Plastic Surgery!

Aduh! Tak sanggup rasanya untuk mengubah muka setelah melihat keadaan raut wajah yang membengkak seperti yang telah dikongsi oleh Piyapeauty Makeup. Itu baru beberapa foto selepas pembedahan dikongsi bersama, belum lagi video sewaktu operation plastic surgery dilakukan. Demi untuk cantik mereka sanggup lakukan apa sahaja. Wajah dirobek-robek, dipotong, dikikis… Huh! Ngerinya rasa.

Bila melihat pelbagai video plastic surgery di Youtube, boleh tidak tidur malam dibuatnya. Tetapi buat mereka yang telah melakukan proses surgery mencantikkan wajah ini, saya yakin mereka mempunyai tekad yang tinggi dan punya alasan tersendiri melakukannya. Selain memerlukan tahap kesabaran ‘luar biasa’ untuk melalui pelbagai proses demi hasil yang memuaskan hati dan naluri untuk cantik serta kelihatan lebih sempurna.

Mukanya membengkak selepas dibedah

Lihat wajah-wajah Piya selepas operation, kembang, lebam dan bengkak yang agak menakutkan. Kita yang terluka sedikit terhiris pisau pun dah menitis air mata, inikan pula bila melakukan operasi pembedahan plastik. Tapi menurut Piya, “It looks scary, but it doesn’t hurt,” katanya. Mungkin disebabkan tahap kesabaran dan fikiran positif dari awal membuatkan dia sangat berani untuk melaluinya.

Piya mengambil masa hampir 3 hingga 4 bulan untuk wajahnya benar-benar sembuh. Anda sanggup? Nyata, dengan memiliki kecantikan ini, Piya mampu melonjak lebih popular dan memperoleh pendapatan lumayan dalam kerjayanya.

Apa pun, kagum juga dengan kesabaran Piya ni, “Over a month. I need patience. At first, I can’t smile for 2 months”. Bukan senang hendak tahan selama hampir dua bulan untuk tidak melemparkan senyuman, sedangkan kita bangun pagi hari sahaja, pasti ingin tersenyum menikmati hari yang ceria.

Dalam pada itu, Piya turut berkongsi kos perbelanjaan rawatan yang telah dilakukannya.

=====================

At Korea Jewelry (this is our case price)
DONE WITH 2 DOCTORS
1. Dr. Won
Eye  165, 000 Baht (Anggaran RM20,566)
Fat Transplant (twice) 90,000 Baht (Anggaran RM11,217)
Cut 180,000 Baht (Anggaran RM22,440)
Cut jaw 200,000 Baht (Anggaran RM24,930)

2. Dr. Baek
Nose Correction + cut nose wings 360,000 Baht (Anggaran RM44,874)
** the nose is expensive because the doctor says case is hard.

Anggaran jumlah keseluruhan bernilai RM124,027.

=======================

Selepas 2 bulan pembedahan, akhirnya Piya boleh senyum semula

Sebaik sahaja berkongsi gambar-gambar peribadinya di laman sosial, Piya menerima pelbagai pujian dan kritikan. Namun secara positif, Piya menjelaskan dia tidak berasa apa-apa. Dia hanya mahu memperkenalkan dirinya yang baru. Buat mereka yang mengkritik, pesannya jangan ada sikap cemburu dengan orang lain. Lihat dari segi yang positif dan jangan menjatuhkan seseorang dengan rasa tidak puas hati serta berfikiran negatif. Apa yang penting, perlu meneroka kelebihan diri sendiri untuk menikmati kehidupan yang lebih gembira.

Berubah menjadi wanita lebih sempurna dan cantik di matanya sendiri, Piya yang juga public figure di Bangkok dilihat semakin rancak memasarkan pelbagai produk kosmetik. Tidak hairanlah ramai yang terdorong mengikut jejak langkah Piya di sana biarpun ada yang menyatakan semua itu kecantikan palsu.

Namun sejauh mana pula penerimaan anda terhadap pembedahan plastik? Tepuk dada, tanya selera.

 

 

 

Share
Published by
KR