Gandingan pasangan selebriti popular Fauzi Nawawi dan isteri, Lisdawati seringkali menjadi tumpuan netizen terutamanya di laman sosial. Bukan sahaja disebabkan kerana kehebatan lakonan kedua-duanya, malah kemesraan kedua-dua pelakon hebat ini sebagai suami isteri antara sebab netizen suka melihat mereka.
Baru-baru ini, ketika ditemu bual oleh Harian Metro, Fauzi Nawawi atau nama sebenar Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 49, berhasrat untuk memulakan perniagaan makanan dalam masa terdekat. Hal ini disebabkan oleh dia dan juga isterinya berasa bimbang terhadap masa depan mereka sekeluarga.
Tambahan pula, saiz keluarga semakin membesar semenjak dikurniakan cucu, yang menjadikan mereka lebih peka untuk membina masa depan yang lebih terjamin.
Menurut Fauzi, apabila sudah bercucu, dia lebih kerap memikirkan mengenai peluang lain selain dari bidang lakonan.
Jujurnya, saya lebih banyak berfikir ke arah itu. Saiz keluarga yang semakin besar membuatkan saya bimbang mengenainya.
Fauzi turut menyatakan bahawa semenjak bercucu, dia lebih memilih tawaran berlakon terutamanya bagi watak jahat. Bagi dirinya, dia risau sekiranya watak jahat yang dilakonkan akan memberi kesan tidak baik kepada cucunya.
Tambah lagi jika nak berlakon sesuatu watak terutamanya watak jahat. Saya terfikir mendalam kerana ia akan bagi kesan dulu pada anak dan sekarang cucu. Watak yang dapat sekarang pun bapa-bapa dan yang baik-baik kerana watak jahat dah kurang. Tawaran begitu pun dah kurang yang datang.
Oleh kerana itu, dia dan isteri membuat persiapan awal dengan mencari peluang lain dan bakal membuka kafe di kawasan Bukit Bintang.
Akan dilancarkan pada hujung Disember ini atau awal Januari tahun depan, mereka memasang impian untuk mewujudkan konsep francais di seluruh negara. Kafe yang mengetengahkan masakan Semenanjung dan dari Sabah ini merupakan idea pasangan ini di mana resipi bagi makanan Semenanjung adalah daripada isterinya.
Kafe kami itu sudah 70 peratus siap dan akan ada empat cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor yang akan dimiliki oleh kami. Manakala di seluruh Malaysia ada 26 francais.
Biarpun masih dalam proses pemilihan nama, Fauzi berasa teruja untuk memiliki kafe sendiri terutamanya apabila melihat kejayaan orang lain dalam perniagaan makanan.
“Jika tiada tawaran berlakon sekurang-kurangnya saya boleh buat sesi live Instagram dan TikTok dengan peminat. Pada masa yang sama, bila ada kedai makanan, kami boleh banyak bersedekah kepada golongan yang memerlukan,” katanya.
Sumber gambar:
This website uses cookies.