
Ratu Cantik Miss England 2019 telah mengambil keputusan meninggalkan kerja amal yang dilaksanakan sekarang untuk kembali ke United Kingdom bagi meneruskan kerjayanya sebagai seorang doktor dalam usaha memantu pandemik COVID-19.
“Saya rasa bersalah memegang gelaran Ratu Cantik England ketika dunia berperang melawan virus termasuk rakan-rakan saya,” jelas Dr. Bhasha Mukherjee yang mengambil cuti dari kerjayanya sebagai doktor junior bagi memberi fokus untuk bertanding dalam pertandingan Miss World pada Disember 2019.
Mukherjee, 24 tahun mewakili England telah dijemput menjadi duta untuk beberapa badan amal. Beliau merancang untuk memberi tumpuan kepada kerja kemanusiaan sehingga Ogos tahun ini.

“Saya dijemput ke Afrika, Turki, India, Pakistan dan beberapa negara Asia lain untuk menjadi duta kepada kerja-kerja kebajikan,” katanya kepada CNN.
Dalam serangan COVID-19 yang semakin teruk di United Kingdom, Mukherjee mendapat mesej daripada bekas rakan sekerja di hospital lamanya, Hospital Pilgrim di Boston, memberitahu betapa sukarnya keadaan mereka sekarang. Lantas, Mukherjee menghubungi pasukan pengurusan hospital untuk memberitahu mereka bahawa dia mahu kembali bekerja.
Beliau memberitahu CNN bahawa beliau merasa bersalah memakai mahkota Miss England, walaupun untuk kerja-kerja kemanusiaan, sementara orang di seluruh dunia mati akibat coronavirus.
“Apabila anda melakukan semua kerja kemanusiaan ini di luar negara, anda masih dianggap sebagai seorang ratu cantik yang memakai mahkota dan sentiasa bersiap untuk kelihatan cantik. Tetapi buat masa sekarang saya mahu pulang ke rumah dan terus bekerja.
Saya merasakan ini adalah masa terbaik untuk saya kembali dan menjadi sebahagian daripada rakan-rakan doktor lain dalam usaha membantu mereka dan rakyat England. Saya tahu, saya dapat membantu. Inilah masa yang tepat bagi saya untuk menjadi Miss England dan membantu England pada masa yang diperlukan,” katanya.
Mukherjee telah kuarantin diri selama satu hingga dua minggu, sebelum dia boleh kembali bekerja sebagai doktor di Hospital Pilgrim. Sehingga hari ini, United Kingdom telah mencatatkan lebih daripada 51,608 kes jangkitan dan hampir 5,373 kematian akibat COVID-19.
Sumber: CNN & Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!




Princess Sayako yang dahulunya dikenali sebagai Princess Nori kini membawa nama sebagai Sayako Kuroda setelah puteri diraja Jepun ini berkahwin dengan Yoshiki Kuroda pada tahun 2005. Disebabkan suaminya, Yoshiki hanya rakyat biasa… Sayako terpaksa melepaskan gelaran ‘puteri’ dan secara rasminya tersingkir sebagai ahli Imperial House of Japan. Beliau juga merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Maharaja Akihito dan Maharani Michiko
Pada Mei 2017, berita pertunangan puteri Jepun ini diumumkan kepada rakyat. Beliau telah bertemu jejaka pilihannya iaitu Kei Kumoro ketika sedang melanjutkan pengajian di International Christian University di Tokyo. Disebabkan perkara tersebut, Princess Mako harus melepaskan status diraja sama seperti yang berlaku kepada ibu saudaranya, Princess Sayako.
Puteri Thailand yang dikenali sebagai Princess Ubolratana Rajakanya ini menjalani kehidupan yang sukar selepas memutuskan untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki warga Amerika iaitu Peter Ladd Jensen. Meskipun ia perkahwinan ‘suka sama suka’, pasangan ini ditakdirkan berpisah pada tahun 1998 selepas dikurniakan tiga orang anak.
Kembali semula ke negara kelahiran biarpun selepas kehilangan gelaran diraja, beliau sekali lagi diuji apabila anak lelakinya yang bernama Khun Bumi Jensen maut akibat tragedi tsunami yang melanda Thailand pada tahun 2004.
Dahulunya dikenali dengan gelaran Princess Ayako of Takamado yang kini menggunakan nama Ayako Moriya. Beliau kehilangan status diraja setelah berkahwin dengan rakyat biasa, Kei Moriya pada 29 Oktober tahun lalu. Sehingga ke hari ini, beliau selesa membahasakan dirinya dengan panggilan Mrs. Kei Moriya.

Berbeza dengan situasi puteri diraja di atas, Princess Srirasmi yang merupakan bekas isteri kepada Raja Thailand yang baru, Raja Vajiralongkorn meminta bekas isterinya itu melepaskan status diraja yang disandangnya setelah berdepan pertuduhan rasuah melibatkan ahli keluarga Srirasmi.










