Siapa yang tidak kenal model antarabangsa, Bella Hadid yang juga saudara kembar kepada model Gigi Hadid. Umum mengetahui Bella Hadid merupakan model antarabangsa kacukan Belanda-Palestin yang aktif menuntut kemerdekaan Palestin. Bukan sahaja menerusi suaranya, Bella juga sering mengambil bahagian dalam aktiviti kemanusiaan dalam misi menghentikan perang Israel-Palestin.
Foto: Koleksi Harper’s Bazar
Namun, ianya tidak mudah bagi model sepertinya. Bella Hadid berkata dia telah malah sanggup hilang ‘job’ sebagai model bagi meneruskan niatnya membela nasib Palestin. Bella yang berumur 25 tahun dan pernah bekerja dengan jenama fesyen utama seluruh dunia, berkata dia menyedari yang dia ‘bukan berada di bumi ini untuk menjadi model’ semata-mata.
Seperti yang dinyatakan dalam Independent bertarikh 19 Ogos 2022, Bella berkata “Saya sangat beruntung berada di posisi di mana saya dapat bersuara. Namun, saya perlu menerima hakikat saya akan kehilangan pekerjaan”.
Bella juga mendedahkan bahawa dia telah kehilangan banyak peluang menjadi model kerana pandangannya tentang Palestin. Malah, Bella dijauhi oleh rakan-rakannya.
“Banyak jenama sudah enggan bekerja dengan saya,” kata anak perempuan kedua Mohamed Hadid.
******************************
Jadikan Al Quran Kareem sebagai panduan hidup, demi ketenangan di alam sana. Dapatkan My Qalam Elite Digital Al-Quran Bertajwid Wakaf Iftida 2.0. Yang penting guna kod promo NONGSP5 untuk beli harga diskaun, murah daripada beli di kedai (klik).
******************************
“Ramai kawan-kawan saya juga sudah mula menjauhkan diri. Jika dulu semua kawan-kawan menjemput saya makan malam pada setiap malam jumaat selama tujuh tahun, kini tidak lagi malah mereka tidak membenarkan saya masuk ke dalam rumah mereka”.
Menerusi wawacara bersama majalah GQ, Bella Hadid yang membesar di California merasakan dirinya ‘terputus hubungan’ dengan asal usul negara kelahirannya selepas ibu dan ayahnya bercerai pada 2000.
“Sudah lama saya kehilangan sebahagian dari diri saya, dan itu membuat saya benar-benar sedih dan kesepian,” ujar Bella Hadid. Malah Bella juga menyatakan keinginannya untuk hidup dalam budaya Muslim.
Kami di NONA mendoakan agar Bella Hadid dapat menggunakan suara dan pengaruhnya dalam mengembalikan kemerdekaan buat saudara-saudara kita di Palestin sana.