Demi Tanggungjawab SOSIAL, Penulis Buku ‘Born To Smile’ Bantu Frontliners Melalui SUMBANGAN Peribadi & Korporat

Ketika ini kita dapat melihat ramai yang telah menghulurkan bantuan khususnya buat frontliners yang bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Penulis buku Born To Smile, Nora Tan Sri Abu Hassan salah seorang rakyat Malaysia yang prihatin dalam melaksanakan tanggungjawab sosial. Nora merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Abu Hassan Omar. Nora merupakan anak sulung daripada 5 beradik.

 

DILAHIRKAN SUMBING

Ibu tunggal kepada 3 anak ini sebenarnya seorang insan istimewa kerana dilahirkan sumbing (bibir dan lelangit).

Walau dilahirkan dengan kekurangan diri, keprihatinan wanita berusia 50an ini terhadap golongan senasib sepertinya wajar dipuji.

Diinspirasikan dari kisah itu maka terhasilnya buku Born To Smile. Keprihatinan Nora tidak terhenti di situ apabila turut membantu frontlioners dalam usaha mengekang wabak COVID-19.

“Terkesan dengan isu COVID-19, sebagai rakyat Malaysia saya turut terpanggil untuk membantu. Saya merasakan wabak ini sangat merbahaya kerana selain mengancam nyawa ia juga menyebabkan kejatuhan ekonomi individu serta korporat. Oleh itu, saya juga bertanggungjawab untuk membantu frontliners dalam menyelamatkan Malaysia seterusnya menyelamatkan pesakit-pesakit COVID-19 secara keseluruhannya.”

Dari segi sumbangan korporat,  sebahagian jualan e-book di eSentral semasa Pesta Buku Digital Malaysia 2020 disalurkan kepada frontliners melalui badan-badan NGO terplilih.

Selain itu, Nora turut memberi sumbangan secara peribadi kepada barisan-barisan hadapan ini melalui badan-badan atau NGO yang membuat kutipan.

HARAPAN & NASIHAT

Buat seluruh pejuang di barisan hadapan teruskanlah usaha dan tabahkan jiwa. Cekalkan hati agar semangat terus kekal dalam diri anda. Jangan berputus asa, sentiasa menjaga kesihatan mental serta fizikal. Kami semua bersama menyokong usaha anda dan setiap saat berdoa demi menyelamatkan Malaysia.

Manakala buat seluruh rakyat Malaysia pula, silalah berada di rumah masing-masing agar kita dapat membantu frontliners seterusnya mengurangkan kadar peningkatan kes COVID-19. Tak mustahil untuk kita putuskan rangkaian COVID-19 jika kita berkejasama.

Jika terdapat simptom-simptom COVID-19 sila serah diri ke hospital untuk membuat saringan. Berlaku jujur untuk diri sendiri dan orang lain. Jangan pentingkan diri sendiri. Jaga SOP yang ditetapkan. Sentiasalah mengikut arahan kerajaan.

Lakukan aktiviti-aktiviti sihat di rumah. Rapatkan jurang silaturahim sesama ahli keluarga. Tingkatkan jati diri dan baca buku untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Inilah masanya!

Duduk di rumah bukan alasan untuk tidak berhubung dengan rakan-rakan. Rapatkan jurang persahabatan secara virtual. Saling berpesan dengan rakan taulan agar sentiasa berada di rumah jika tiada urusan penting untuk keluar.

 

Manfaatkan media sosial seperti Facebook dan Instagram bagi menyebarkan kebaikan melalui video mahupun penulisan.”

Bekas graduan University of New England ini pernah bertugas sebagai Ketua Jabatan Akaun Semasa di sebuah bank terkemuka. Nora juga merupakan pengasas dan Pengetua tadika bertaraf prestij iaitu The Children’s Cottage.

Kredit Foto: Instagram @nhassan8

Share
Published by
Amy Mohd