Demi Terlihat Seperti Jimin BTS, Aktor Kanada Temui Ajal Pada Usia 22 Tahun Selepas Jalani 12 Pembedahan Plastik

Pembedahan plastik di Korea Selatan menjadi sebahagian daripada pelancongan kesihatan di negara ginseng itu.

Seorang pelakon yang berasal dari Kanada, Saint Von Colucci menemui ajal pada usia 22 tahun selepas dirawat seketika di sebuah hospital di Korea Selatan. Colucci meninggal dunia pada pagi Ahad, 23 April 2023. Dia mengalami beberapa komplikasi akibat pembedahan plastik yang dijalaninya beberapa bulan lalu.

Saint Von Colucci (Sumber Foto: Twitter)

Memetik laporan DailyMail, ejennya Eric Blake menjelaskan Colucci menjalani pembedahan bagi mengeluarkan implan dari dagunya yang dipasang pada November 2022.

Saint Von Colucci mengalami jangkitan kuman daripada implan tersebut. Disebabkan komplikasi. dia telah diintubasi dan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

“Sangat tragis dan sangat malang,” kata Blake yang pernah bekerja dengan pelakon muda itu sejak Mac 2022.

 

Blake berkata, Colucci elah menjalani 12 prosedur pembedahan plastik sepanjang tahun lalu termasuk pembedahan dagu, penempatan implan, facelift, operasi hidung, angkat mata, angkat kening, pengurangan bibir, dan beberapa pembedahan kecil lain.

Sumber Foto: Twitter.

Dia juga telah membelanjakan 220 ribu dolar AS untuk prosedur yang djalani demi peranan Jimin BTS untuk siaran penstriman di Amerika.

Jimin dari kumpulan BTS (Sumber Foto: Getty Image).

Blake mengakui bahawa Colucci memahami betapa berisikonya pembedahan implan dagu untuk membentuk semula dagu asal. Namun, Colucci tetap bertekad untuk melakukannya.

“Dia sangat tidak selesa dengan penampilannya,” katanya.

“Dia mempunyai garis rahang dan dagu yang sangat segi empat sama dan dia tidak menyukai bentuk itu kerana dia fikir ia terlalu lebar jadi dia mahukan bentuk V, bentuk dagu kebanyakan orang Asia.”

Sumber Foto: Twitter.

RASA DIDISKRIMINASI
Colucci, yang dilahirkan di Quebec, Kanada, memutuskan untuk berpindah ke Korea Selatan kira-kira tiga tahun lalu demi kerjayanya dalam dunia hiburan. Dia mula memasuki industri muzik pada 2019. Sejak itu, dia mula tidak berasa yakin dengan wajah dan penampilannya.

Colucci mempunyai rambut perang gelap, mata biru dan tinggi 6 kaki (182 cm) dengan berat 82 kg.

“Amat sukar baginya untuk mendapatkan pekerjaan di Korea Selatan dan dia berasa sangat didiskriminasi kerana penampilannya sebagai orang Barat.”

Colucci berjaya mendapat watak dalam drama Korea Pretty Lies yang akan disiarkan di platform penstriman Amerika hujung tahun ini.

Colucci memegang watak utama sebagai pelajar antarabangsa. Walaupun tidak dapat mendedahkan terlalu banyak butiran, Blake berkata rancangan lapan episod itu akan disiarkan di rangkaian penstriman utama AS pada Oktober 2023.

“Dia sebenarnya seorang yang sangat bersemangat dan bekerja keras,” kongsi Blake.

Untuk info, sebuah syarikat mengambil Colucci dan membayar untuk perumahan, pengangkutan dan perbelanjaan hidupnya. Colucci berada di bawah kontrak selama tujuh tahun.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad