Sebagai seorang wanita apabila disahkan doktor berbadan dua pasti hati berbunga riang. Lebih-lebih lagi pengalaman kali pertama. Namun, kegirangan itu tercalar apabila bayi yang membesar di dalam rahim tidak dapat diselamatkan dan terpaksa digugurkan. Galau hati bukan kepalang dan hanya orang yang pernah mengalami keguguran sahaja yang tahu perasaannya.

Wanita yang bernama Datin Azrene Ahmad ini pula begitu tabah dan tidak pernah putus asa melahirkan zuriat demi kebahagiaan bersama suami tercinta, Dato’ Fazley Yaacob apabila terpaksa melalui pengalaman 14 kali keguguran. “Alayna Selma merupakan puteri sulung dan anak bongsu daripada empat beradik.

Ads

Demi Zuriat DATIN AZRENE Sanggup Alami KEGUGURAN 14 Kali

Kredit gambar: Instagram @azrene_ahmad

Sebelum mendapatkan Alayna saya mengalami keguguran sebanyak 10 kali. Kelahiran Alayna juga melalui kaedah pembedahan seperti abang-abangnya dahulu. Namun, saya tidak kisah demi usaha mendapatkan cahaya mata perempuan.

Ini bermakna keempat-empat anak saya dilahirkan melalui pembedahan dan atas nasihat Doktor Pakar saya tidak digalakkan untuk hamil lagi. Bagi saya kehadiran empat orang cahaya mata ini sudah cukup untuk melengkapkan kebahagiaan kami suami isteri. Bukan serik untuk mengandung lagi tetapi boleh dikatakan setiap kali saya mengandung saya mengalami pengalaman pahit yang berbeza-beza.

Sebelum mengandungkan anak pertama, saya mengalami keguguran sebanyak empat kali. Fariedz, anak sulung kami sepatutnya mempunyai adik kembar tetapi kembarnya tidak dapat diselamatkan. Fieradz pula terpaksa dilahirkan pada usia 34 minggu dan akibatnya mengalami laryngomalacia kronik dan alahan.

Fierudz pula saya mengalami alahan teruk di trimester pertama dan pada usia kandungan 28 minggu terpaksa ulang alik ke hospital kerana hampir bersalin awal. Di bilik pembedahan pula saya mengalami penumpahan darah yang teruk dan hampir meninggalkan suami dan anak-anak buat selama-lamanya. Di antara Fierudz dan Alayna saya gugur sebanyak 10 kali dan paling teruk adalah keguguran anak kembar pada usia kandungan 20 minggu dan terpaksa bersalin secara normal,” jelas Datin Azrene yang mampu menyembunyikan kisah dukanya di sebalik senyuman manisnya.

Demi Zuriat DATIN AZRENE Sanggup Alami KEGUGURAN 14 Kali

Kredit gambar: Instagram @azrene_ahmad

Bercerita tentang anak-anak, terdetik di hati penulis bagaimana wanita yang berkelulusan perundangan ini membahagikan masa di antara keluarga dan perniagaan. “I am extremely strict with my time and focus. Walaupun saya giat menceburi pelbagai bidang perniagaan sepenuh masa, saya tidak mengabaikan anak- anak. Setiap pagi saya akan pastikan anak-anak bersiap dan akan hantar ke sekolah serta menjemput mereka setelah selesai sekolah.

Ads

Saya juga akan pastikan mereka makan dan menghabiskan segala kerja rumah dan menyertai pelbagai aktiviti ko-kurikulum di sekolah dan juga luar sekolah. Pada masa yang saya terlalu sibuk memastikan tanggungjawab perniagaan dijalani dengan sempurna, saya akan pastikan anak- anak bersama saya di dalam bilik mainan yang telah disediakan khas untuk mereka di pejabat.

Demi Zuriat DATIN AZRENE Sanggup Alami KEGUGURAN 14 Kali

Saya juga akan pastikan sewaktu saya bercuti ataupun bersiar bersama anak-anak, saya tidak akan memegang komputer ataupun telefon bimbit untuk tujuan kerja. My attention is 100 percent trained on them. Falsafah saya adalah klien dan duit boleh dicari di mana sahaja tetapi kasih sayang dan masa bersama anak-anak tidak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit,” bicaranya sambil mengelus lembut rambut puterinya yang baru tertidur.

Ads

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI