Inspirasi

“Depa Dah Perkenan Masakan Melayu,” Air Tangan Lana Nodin Pikat Selera Mentua & Terliur Tengok Lauk!

Terliur tengok air tangan Lana Nodin! Patutlah keluarga mentua ‘ketagih’ juadah masakan menantu kesayangan. Nampak pun dah sedap. Untung suami dikurniakan isteri yang rajin masuk dapur dan pandai memasak.

Suka betul dengan cara aktres jelita ini jaga rumah tangga dan pikat hati insan tersayang.

Mengenali Lana, isteri Mohd Daud McKienzie ini memang tak kekok memasak. Bahkan sejak awal berkahwin lagi Lana komited menyediakan sajian untuk seisi keluarga.

Dalam kesibukan kerjaya sebagai pelakon dan usahawan makanan, tetap cari masa untuk jaga perut suami.

Kredit Instagram @lananodinmckienzie
Kredit Instagram @lananodinmckienzie
Kredit Instagram @lananodinmckienzie

Berkongsi video memasak di media sosial miliknya baru-baru ini, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin memberitahu mentua dari California, Amerika Syarikat minta dia masak sajian Melayu.

Request from in law.. masakan Melayu. Kalau balik kampung suami, wajib masak daging masak merah ke, ayam kunyit ke, nasi lemak ke.

Sebab depa dah perkenan masakan Melayu pasal I dah ‘racun’ mereka dengan kesedapan makanan Melayu kita. Dah jadi tekak Melayu, mula-mula si suami sekarang 1 family in law.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon wanita ini menyajikan lauk daging masak kunyit dan sayur brokoli berkuah. Kecur tengok air tangan Lana Nodin!

Kredit Instagram @lananodinmckienzie
Kredit Instagram @lananodinmckienzie
Kredit Instagram @lananodinmckienzie

Selain itu, Lana juga aktif mengusahakan perniagaan bakeri dan rancak menyertai pelbagai bazar jualan di dalam mahupun luar negara. Antara yang dijual ialah Bombolana, Keria, Butter Cakes dan sebagainya.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/dari-kecil-dah-comel-foto-kanak-kanak-lana-nodin-jadi-perhatian-kini-usahawan-bakeri-berjaya/

Artikel https://www.nona.my/air-tangan-kita-penuh-kasih-sayang-rajin-masuk-dapur-kecur-lauk-kampung-farahdhiya/

Figura ini mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang juga atlet kelahiran Amerika Syarikat pada tahun 2015.

Kredit Instagram @lananodinmckienzie
Kredit Instagram @lananodinmckienzie
Kredit Instagram @lananodinmckienzie
Kredit Instagram @lananodinmckienzie

Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya maat iaitu Gia Quinn McKienzie berusia tujuh tahun dan William Daud McKienzie yang berumur empat tahun.

Walau berkahwin dengan lelaki ‘Mat Saleh’ namun ibu berusia 43 tahun ini masih berpegang kuat dengan amalan kecantikan semula jadi.

“Kalau keluar ke mana-mana terutama pada waktu siang, saya lebih selesa tidak mengenakan sebarang solekan. Apatah lagi suami, dia tidak suka saya bermekap berlebih-lebihan. Cukup sekadar penyeri wajah agar tidak terlihat kusam atau tidak bermaya.”

 

 

Share
Published by
Suzi