Penyakit hernia atau angin pasang amat sinonim dengan lelaki namun ia bukanlah penyakit yang menular kepada lelaki semata-mata.
Walau bagaimanapun, penyakit hernia biasanya menyerang kerana terdapat bahagian khusus dalam rongga perut yang mengawal fungsi alat kelamin. Hernia juga dikenali sebagai angin pasang surut kerana kewujudan bonjol yang tenggelam dan timbul.
Jenis-Jenis Hernia
(a) Inguinal hernia
Penyakit ini terjadi di bahagian kelangkang. Hampir 75 peratus hernia berpunca daripada jenis ini. Hernia jenis ini boleh berlaku secara langsung dan juga tidak langsung.
- Angin pasang tidak langsung. Ini terjadi apabila kandungan bonjol terkeluar melalui jalan yang dilalui testis semasa perkembangan di peringkat janin dahulu.
- Angin pasang langsung. Ini terjadi di kawasan dinding abdomen kurang tebal. Biasanya hernia jenis ini menyerang lelaki di pertengahan usia.
(b) Hernia femoral
Saluran femoral adalah jalan salur darah arteri, vena dan saraf femoral keluar daripada abdomen untuk memasuki kawasan paha. Hernia jenis ini biasanya mempunyai bonjol di bawah lipatan kelangkang dan tengah paha.
(c) Hernia hirisan
Pembedahan abdomen boleh mengakibatkan dinding abdomen berubah dari segi struktur terutama di bahagian yang dihiris. Ia menyebabkan kawasan bekas hirisan ini menjadi lemah. Hernia boleh terjadi pada bahagian yang lemah ini.
Hernia bukan penyakit genetik dan boleh menyerang kepada semua peringkat usia tidak kira muda dan tua. Hernia bayi biasanya berlaku kerana kurang sempurna proses di kawasan testis.
Manakala hernia pada orang dewasa pula berlaku kerana tekanan yang tinggi dalam rongga perut dan otot dinding perut yang lemah kerana faktor usia.
Bahagian hernia
- Cincin
- Kantung
- Isi hernia
Apabila bahagian yang lemah daripada otot dinding perut maka usus dapat keluar ke tempat tidak sewajarnya seperti diafragma, lipatan paha atau pusat. Tekanan dalam perut yang meningkat boleh disebabkan oleh;
- Batuk yang kronik.
- Sukar membuang air besar.
- Pembesaran prostat.
- Mengangkat barang berat.
- Ada cecair di dalam ruang abdomen.
Penyakit hernia akan meningkat sesuai dengan peningkatan usia. Ini kerana jaringan menyokong usus semakin lemah dan terdapat penyakit yang meningkatkan tekanan dalam perut. Rasa sakit berbeza-beza, ada yang boleh rasa sakit walaupun sedang berdiri dan terdapat juga merasai kesakitan apabila disentuh.
Hernia boleh menjadi bahaya apabila berlaku kepitan isi hernia oleh cincin hernia. Pembuluh darah di kawasan tersebut lama-kelamaan akan mati dan menimbulkan penompokan racun. Jika dibiarkan terus, racun tersebut akan tersebar ke seluruh kawasan perut sehingga berlaku infeksi dalam tubuh.
Rawatan
Selain daripada umbilical hernia yang kecil, semua jenis hernia yang lain hanya terdapat satu rawatan iaitu pembedahan. Sama ada hernia akan menjadi berkurangan bergantung kepada saiz cincin pada pundi hernia. Ia tidak bergantung kepada saiz hernia. Semakin sempit cincin, kebarangkalian mendapat komplikasi adalah lebih tinggi.
Adalah dinasihatkan supaya pesakit tidak meletakkan syiling, tali pinggang dan lain-lain ikatan pada hernia kerana ini akan mengakibatkan hakisan pada kulit dan kebarangkalian mendapat halangan akan meningkat.
Cara mengesan hernia
Hernia dapat dikesan melalui luaran kerana hernia dalaman sukar dikesan di dalam tubuh. Mengesan hernia pada tubuh orang dewasa lebih mudah daripada mengesan hernia pada bayi.
Ketika membuang air misalnya, orang dewasa boleh merasa bonjol di bahagian perut. Bagi bayi pula walaupun dia dapat merasa tidak kelesa tetapi sukar mengungkapkannya. Bagi mengesan hernia bayi selalu perhati dan raba di bahagian pelipat paha atau pusatnya.
Bolehkah penyakit ini berulang?
Risiko untuk penyakit ini berulang adalah sangat rendah, kurang daripada 1 peratus. Walau bagaimanapun, peratusan kes ulangan adalah lebih tinggi sekiranya mengalami simptom angin pasang yang kronik dan disahkan tersumbat. Ketika itu, struktur dalaman kawasan inguinal membengkak dan menyebabkan pembedahan ketika kecemasan menjadi sukar. Hamizatul Maizan Mohamed