Jika sebelum ini Jutawan Muda, Kylie Jenner telah menderma sebanyak RM4.3 juta (USD1 juta) untuk membantu hospital-hospital di Los Angeles mendapatkan bantuan dan bekalan untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19. Kini selebriti wanita TERKAYA di dunia, Oprah Winfrey pula telah melakukan tanggungjawab sosialnya.
Oprah telah mengumumkan akan menghulurkan sumbangan sebanyak RM44 juta (USD10 juta) bagi membasmi pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat. RM4.3 juta (USD1 juta) daripada jumlah sumbangan “Help Americans During This Pandemic” itu, akan didermakan kepada America’s Food Fund bagi membantu mereka yang kelaparan akibat pandemik ini.
Oprah Winfrey atau lebih terkenal dengan nama Lady O ini sememangnya berjiwa pemurah. Ingat lagi 16 tahun lalu, apabila wanita ini telah mencipta sejarah dalam dunia penyiaran melalui rancangan bual bicara popularnya “Oprah Winfrey Show”. Oprah telah memberi kejutan paling dikenang sehingga kini apabila menghadiahkan 276 unit kereta kepada setiap penonton dalam studionya.
Benar orang kata, lagi banyak kita memberi lagi murah rezeki yang kita dapat. Siapa sangka, jiwa pemurah yang dimiliki wanita ini, melayakkannya dinobatkan sebagai selebriti wanita TERKAYA di dunia dengan jumlah bersih kekayaan bernilai RM15 billion (USD3.5 billion). Semua yang diraih oleh Oprah ini adalah hasil titik peluhnya sendiri.
Sikapnya dalam memajukan diri sangat menginspirasikan. Teringat kata-katanya, “Think like a queen. A queen is not afraid to fail. Failure is another steppingstone to greatness
,”. Wanita berusia 66 tahun ini mula mencipta nama dalam rancangan bual bicara popularnya “Oprah Winfrey Show” yang mula diterbitkan pada tahun 1984.Bayangkan program ikonik ini telah bersiaran selama 25 tahun sebelum berakhir pada tahun 2011. Jumlah gaji yang diterima oleh wanita ini tidak diketahui tetapi beliau memperoleh sekitar RM720 juta (USD165 juta) di antara Mei 2011 dan Mei 2012.
Setelah program bual bicaranya berakhir, Oprah telah melancarkan saluran kabelnya sendiri, Oprah Winfrey Network (OWN). Pegangan sahamnya sebanyak 25.5 peratus dalam saluran kabel ini dianggarkan bernila RM327 juta (USD75 juta). Selain itu, Oprah juga memiliki syarikat majalah sendiri dengan menjadi sebahagian Ahli Lembaga Pengarah dalam Weigh Watchers.
Menurut CNBC, harga saham syarikat wanita yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni/Sains, Universiti Tennessee State ini, mencapai rekod tertinggi pada bulan Jun 2018. Forbes melaporkan sahamnya telah berubah dari RM192 juta (USD43.5 juta) menjadi RM1,747 juta (USD400 juta).
Selain itu, Oprah juga memiliki syarikat bernama Harpo Production yang memiliki rangkaian tunggal dengan Discovery Communication. Harpo Production merupakan kekuatan di sebalik program Dr. Phil, Rachael Ray dan The Dr. Oz Show. Ini bermakna jiwa wanita ini sudah sebati dengan dunia penyiaran dan tidak mampu meninggalkannya meskipun bekerja di belakang tabir sahaja.
Foto: Facebook Oprah Winfrey
This website uses cookies.