
Luar biasa, jom rasai keunikan destinasi makan-makan dengan aura ‘old money’ di Bangsar, Bunglow37 ni cukup ideal untuk semua majlis.
Umpama permata yang tersembunyi, restoran Bunglow37 yang terletak di 37, Off Jalan Abdullah, Bangsar menawarkan suasana menjamu selera yang tiada di tempat lain.
Sama ada untuk makan tengah hari bersama rakan sekerja atau meraikan hari istimewa dengan orang tersayang, restoran ini pasti mencipta suasana yang sempurna untuk anda.
Terletak di tengah-tengah Bangsar, Bunglow37 menawarkan lokasi yang strategik dan mudah diakses, tersembunyi dalam kejiranan yang tenang di hujung jalan. Tempat letak kereta pun luas, ada ruang parkir yang cukup untuk 100 kereta.
Nyaman dan privasi, jom tinjau Bunglow37 secara eksklusif bersama Nona…
Ketika melangkah ke halaman restoran, persekitaran hijau yang subur menciptakan rasa nyaman bagaikan berada di resort percutian. Menurut Pengarah Perhubungan Awam Bunglow37, Omar Fashah, banglo ini dibina sebelum zaman kemerdekaan dan pernah menjadi rumah ibadat bukan Muslim serta cottage bed & breakfast. Cukup bersejarah!
Sambil menghirup udara segar di bahagian luar, Omar Fashah terus bercerita bahawa ruangan ini sesuai untuk menikmati al fresco dining. Tetamu yang ingin berbuka puasa juga boleh berkunjung ke sini kerana terdapat pelbagai set berbuka ditawarkan dengan aneka menu-menu lazat yang membuka selera.
Masuk ke bahagian dalam, terdapat beberapa ruang makan yang sesuai mengikut bilangan tetamu. Ruang makan utama boleh menempatkan sehingga 40 orang, sesuai untuk menikmati apa jua hidangan sepanjang hari.
Bagi yang ingin menganjurkan mesyuarat korporat atau perjumpaan santai dengan ahli keluarga mahupun teman-teman, ruang lounge di sini juga sesuai dengan suasananya yang cozy serta bermakna.
Anda juga boleh menjamu selera di Terrace yang terletak di tingkat atas. Ruang yang boleh menempatkan sehingga 45 orang tetamu ini menawarkan pemandangan sekitar Bangsar yang indah dengan atmosfera elegan dan klasik.
Nak ruang makan yang lebih kecil dan privasi? Ada. Di Bunglow37, terdapat beberapa Private Room dengan ‘old money vibe’ yang khusus untuk tetamu dalam kumpulan kecil menjamu selera.
Buat family gathering pun sesuai di bilik-bilik dengan dekorasi Oriental umpamanya di Emerald, Jade, Topaz, Diamond, Ruby, Sapphire, Gold dan Cigar Lounge. Nak berkaraoke pun boleh!
SAJIAN KULINARI
Peminat makanan Western pasti teruja dengan seleksi menu yang ditawarkan di Bunglow37. Dari sarapan pagi, makan tengah hari hingga makan malam, terdapat banyak pilihan yang menepati selera.
Antaranya sarapan Colonial Big Breakfast dan B37 Nasi Lemaknya yang popular. Ada juga Classic French Toast, Lobster Omelette dan Curry Laksa yang lazat untuk memulakan hari anda. Menu sarapan pagi bermula dari jam 8.30AM hingga 2.30PM.
Bagi yang datang untuk menikmati makan tengah hari, menu ini terhidang dari jam 12.00PM hingga 5.30PM. Anda boleh nikmati salad, sup, tapas, main course, pizza dan aneka pencuci mulut lazat dengan pelbagai minuman yang menghilangkan dahaga.
Antara yang mesti dicuba adalah Lamb Fried Rice, Pan Seared Halibut, Black Angus Ribeye, Australian Beef Short Rib ‘Sriracha’ Honey Glaze, Mutton Masala Pizza dan banyak lagi. Tiramisu dessert dan aiskrim pandan kelapa pun sedap, memang terangkat!
Petang-petang kalau nak minum teh dengan teman, Bunglow37 ada afternoon tea tier set pada harga RM115/set. Dalam set minum petang ni ada sandwich lobster, smoked salmon truffle mayo roll, cream cheese kyuri sandwich, skon, tart, kek keju, churros dan madelaine yang dihidang bersama seteko teh panas.
RUANG ACARA
Tidak hanya sekadar destinasi makan-makan yang ideal, Bunglow37 juga sesuai dijadikan lokasi ruang acara yang indah dengan hidangan lazat.
Majalah Nona sendiri pernah menganjurkan majlis Nona Superwoman Talkshow yang dibawakan oleh Bartech Beautee dan HAWA FG Ekonomi yang berlangsung pada Januari 2025 di sini.
Di Bunglow37, terdapat beberapa ruang venue untuk dipilih mengikut kapasiti tetamu anda. Ciptakan momen bermakna dan sukar dilupakan, sama ada untuk majlis hari jadi, perkahwinan, pelancaran produk, sidang media atau sebagainya sambil nikmati sajian kulinari terbaik Asia dan Barat.
Jadi tunggu apa lagi? Boleh mula buat tempahan sekarang dengan hubungi Bunglow37 melalui talian 012-6308407 atau layari Instagram @Bunglow37.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/tan-sri-shahrizat-bakar-semangat-wanita-ceburi-bisnes-nona-superwoman-talkshow-medan-kongsi-ilmu-idea/