Tiga hari lepas, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke London, United Kingdom (UK) bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 September lalu. Lawatan khas Seri Paduka Baginda bagi memenuhi jemputan rasmi kerajaan UK selama enam hari bermula hari ini, diiringi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Ads

Di Sekitar Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II Yang Dihadiri YANG DI-PERTUAN AGONG & PERMAISURI Di Sekitar Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II Yang Dihadiri YANG DI-PERTUAN AGONG & PERMAISURI

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Dato’ Sri Amran Mohamed Zin dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria.

BACA JUGA: Tempoh Berkabung 10 Hari Berakhir, RATU ELIZABETH II Disemadikan Hari Ini

Dan semalam, berlangsungnya istiada permakaman Ratu Elizabeth II dihadiri dihadiri oleh 2,000 tetamu khas yang diundang oleh kerajaan Britain untuk menyaksikan perjalanan terakhir mendiang Ratu Elizabeth II. Istiadat penuh protokol itu turut disiarkan secara langsung bermula pada pukul 6 petang ini di Westminster Abbey, London.

Biarpun istiadat ini dikawal rapi dengan mengira faktor keselamatan setiap pemimpin kenamaan dunia, Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah dilihat berkumpul lebih awal di Royal Hospital Chelsea untuk menaiki bas yang disediakan oleh pihak Istana Buckingham.

Di Sekitar Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II Yang Dihadiri YANG DI-PERTUAN AGONG & PERMAISURI
Kredit foto: Twitter (@digitaldidan)

Melihat pada beberapa keping gambar yang dimuatnaik di laman Instagram @malaysia.royalfamily, turut berkongsi beberapa keping gambar ketibaan Agong dan Permaisuri yang diambil dari laman web Daily Mail. Kelihatan Permaisuri Agong memilih untuk menyarung persalinan baju kurung serba hitam rekaan Dato’ Rizalman Ibrahim.

BACA JUGA: Demi Ratu Elizabeth II, DAVID BECKHAM Sanggup Beratur 13 Jam, Enggan Guna Laluan Istimewa

Ads

Di Sekitar Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II Yang Dihadiri YANG DI-PERTUAN AGONG & PERMAISURI

Seterusnya, kelihatan Agong dan Permaisuri duduk sebaris bersebelahan Maharaja Naruhito dan Maharani Masako dari Jepun dan Raja Abdullah II serta isteri Permaisuri Rania Al-Abdullah dari Jordan duduk di barisan hadapan.

BACA JUGA: “Rupa-Rupanya It Was The Late Queen’s Coffin…” ALIF SATAR & Keluarga Jadi Saksi ‘Perjalanan Terakhir’ Ratu Elizabeth II

Ads

Di Sekitar Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II Yang Dihadiri YANG DI-PERTUAN AGONG & PERMAISURI

Kredit foto: Instagram (@malaysia.royalfamily)

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI