Di Usia 54 Tahun Anak Dara Datin Suliza ‘Makan Hati’ Orang Cakap Macam Adik-beradik

Seronok melihat hubungan mesra yang terjalin di antara Datin Suliza Salam dengan anak-anaknya, Izzati Zainal Nazeri, Falahi Zainal Nazeri dan penyanyi Ismail Izzani Zainal Nazeri. Aank-anak Datin Suliza Salam bukan sahaja mewarisi kejelitaannya malah turut memiliki ‘mata kucing’ yang menjadi jolokan buat penyanyi ini.

Usik-mengusik di antara 3 adik-beradik ini hanya disaksikan oleh Datin Suliza dan sekali-sekala mencelah. Terhampur pertanyaan kepada anak-anak Datin Suliza, adakah kerap orang cakap mereka seperti adik-beradik. Jawab Izzati, “Memang ramai dan selalu sangat orang cakap kami macam adik-beradik,” sambil hujung mata menyoroti kepada ibunya.

Datin Suliza bersyukur kerana mampu kekal awet muda walau di usia 54 tahun. “Saya bersyukur bila orang kata saya macam adik-beradik dengan anak-anak. Pada saya tak ada sebarang rahsia cuma tak rugi menjaga amanah Allah SWT. Badan kita ni adalah amanah Allah SWT jadi kita kena jaga.

Cara saya menjaga amanah Allah SWT ini dengan menjaga makan. Petua kecantikan senang saja setiap pagi saya memang amalkan ambil jus. Boleh minum apa juga jenis jus tapi yang saya amalkan adalah lobak merah, epal, peria, beetroot dan celery. 5 bahan ini saya campur, blend dan minum. Jus ini sangat baik untuk menambah tenaga. Sometimes tukar-tukar juga,” tutur Datin Suliza yang kini bahagia dengan kehidupannya.

Selain menjaga pemakanan rupanya Datin Suliza yang popular dengan lagu Untuk Sekali Lagi juga mengamalkan pemakanan jamu. “Saya juga ada makan jamu. Memang dari kecil mak saya ajar makan jamu. Biasanya jamu yang dibuat sendiri. Saya juga mengamalkan minum kunyit tu. Saya amalkan sampai sekarang, sebenarnya kunyit itu adalah antiseptik yang terbaik. Sejujurnya mengamalkan pemakanan alami itu adalah terbaik,” ungkap Datin Suliza.

Tambah Datin Suliza, menikmati hidup yang bahagia juga salah satu faktor untuk kelihatan muda. “Memang dalam hidup ini tak ada orang yang dapat lari dari masalah, itu biasa. Hidup kan? Tapi you deal with it and try to be as good as you can. Daripada segi pemikiran, memang selalu kena berfikiran positif. Bila kita happy kita tak tertekan penyakit pun dijauhkan, insyaallah. Kadang-kadang sakit datang bila rasa tertekan dan depresi.

Satu lagi, perasaan ingin nampak okay tu kena ada. Ada setengah orang tu, bila dah meningkat usia sudah malas nak nampak cantik. Bagi saya bergaya tetap kena ada tak kira usia, tetapi dengan bersesuaian dengan usia kita. Macam usia saya tiba-tiba nak pakai ketat-ketat, tak boleh lah macam itu. Bergaya sangat perlu tetapi kena bersesuaian dengan peringkat umur.

Bercerita tentang pendidikan anak-anak pula, Datin Suliza lebih selesa memberi kebebasan kepada anak-anaknya untuk memilih bidang yang diminati. “Saya percaya kalau kita sebagai mak dan ayah restu apa juga pilihan anak-anak, insyaallah apa yang diusahakan pasti akan berjaya.

Tapi sebaliknya kalau kita paksa anak-anak jadi sesuatu dalam masa yang mereka memang tak boleh nak terima memang agak susah lah. Tinggal lagi kalau kita tetap mendoakan pun insyaallah. Macam Ismail Izzani, dia kata nak jadi penyanyi. Saya cakap boleh nak jadi penyanyi tapi kena buat betul-betul.

Bukti kepada saya Ismail boleh berjaya dalam bidang ini. Namun, bagi saya istilah anak yang berjaya sudah cukup bila anak-anak itu patuh kepada kita sebagai mak dan ayah mereka,” kata Datin Suliza sambil tersenyum menatap wajah anak-anaknya.

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed