Tan Sri Michelle Yeoh bukan suatu nama yang asing bagi peminat dunia seni tempatan dan antarabangsa. Anak kelahiran Ipoh, Perak ini telah mempertaruhkan bakat dalam bidang lakonan sehingga diterima oleh pengiat seni di Hollywood. Usaha wanita yang mempunyai ketinggian 163 sentimeter ini nyata berbaloi.
IKLAN
Filem lakonan Tan Sri Michelle Yeoh bukan calang-calang dan berjaya melakonkan watak sebagai ‘Gadis Bond’ yang diidamkan oleh pelakon wanita seluruh dunia. Bergandingan dengan pelakon terkenal, Pierce Brosnan dalam filem Tomorrow Never Dies yang ditayangkan pada tahun 1997 benar-benar mencipta namanya di persada dunia.
Walau bagaimanapun, dalam filem Crazy Rich Asian tan Sri Michelle Yeoh membawakan watak sebagai ibu kepada pelakon Hendry Golding benar-benar melekat di hati seluruh peminatnya. Hampir 30 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, nampaknya bakat wanita yang pernah mendapat gelaran Miss Malaysia Pageant 1983 ini masih diperlukan. Projek terbaharunya termasuk melakonkan watak adiwira terbaharu, Shang-Chi oleh Marvel Film.
IKLAN
Terbaharu, Tan Sri Michelle Yeoh telah mencipta sejarah, apabila telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada 100 Most Inspiring and Influential Women 2020 oleh British Broadcasting Corporation (BBC). Segala usaha dan jerih perih wanita yang berusia 58 tahun ini nyata ‘terbayar’ dengan penghargaan sedemikian rupa.
IKLAN
Siapa yang tidak bangga melihat nama tersenarai begitu. Tan Sri Michelle Yeoh juga teruja apabila melihat namanya tersenarai. “Great honour to be part of the list along with all these amazing influential women,” tulisnya di laman media sosialnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih ingat lagi dengan penyanyi cantik bersuara lunak, Azie Mustapha? Terkenal dengan lagunya Pelamin Anganku Musnah dan Kau Tetap Dalam Anganku. Inilah wajah terkininya, masih cantik dalam usia 45 tahun.
Nona menyingkap rahsia serta perkembangan terkini artis kelahiran Kuching, Sarawak ini yang rancak berniaga dari rumah secara online dengan tanda pagar #aziedapoanganku
“Saya kini menetap sepenuhnya di Kuching, Sarawak bersama suami dan 3 cahayamata. Anak sulung dah berusia 20 tahun, anak kedua 17 tahun dan yang ketiga 11 tahun. Saya kini menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, ibu dan surirumah sepenuh masa sejak berlakunya pandemik COVID-19. Semua undangan nyanyian sebelumnya terpaksa ditolak. Redha dengan keadaan dan saya yakin dengan rezeki.
Sekarang ini saya bergiat dalam bisnes masakan dan baking secara online. Bisnes harian saya ialah menghasilkan Curry Puff Carbonara dan Popia Carbonara Goreng. Saya juga menerima tempahan frozen food. Manakala tempahan kek, kuih, hidangan minum petang, untuk bersedekah pun saya terima. Bila perayaan saya turut menerima tempahan biskut-biskut terutama daripada regular customer.
Sebagai peniaga kecil-kecilan, saya sentisa pastikan produk betul-betul fresh kerana saya tak suka simpan stok. Bila customer gembira ia satu kepuasan bagi saya. Alhamdulillah feedback yang diterima pun sangat memberangsangkan, selalu dapat repear order. Dengan adanya online business ini dapatlah juga penuhi masa lapang saya di rumah.
MASIH ANGGUN
Saya bersyukur atas kurniaan Allah Taala. Yang penting jaga kesihatan. Kaya macam mana sekalipun kita kalau tidak sihat tiada makna. Paling penting percaya dan redha denagn ciptaan Allah SWT. Untuk kekal sihat dan cantik, rutin harian saya dengan mengamalkan makan suplemen dan vitamin serta minum air kosong secukupnya. Tidur kena cukup, makan minum kena jaga lebih-lebih lagi kalau dah berusia 35 tahun ke atas penyakit mudah nak ‘datang’.
Saya jaga waktu makan. Paling penting ialah sarapan, jangan skip. Kalau tak makan tengahari sekalipun sekurang-kurangnya dah bersarapan kerana ia membekalkan tenaga. Sebagai suri rumahtangga nak kena bekerja sepanjang hari. Kerja mesti selesai semuanya. Saya pula berbisnes jadi perlukan tenaga yang cukup. Saya sentiasa berdoa agar diberi kesihatan yang baik. Hati kena bersih. Bila dalaman bersih akan terserlah kecantikan sebenar di luaran.
Kredit Foto: Instagram @azie_mustapha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Kami tidak pernah merancang untuk menjadi pensyarah bersama di universiti ini memandangkan masing-masing tidak pernah mempunyai minat dan cita-cita yang sama,” luah dua pensyarah kembar Prof Madya Dr Noraniza Mohd Adzahan dan Prof Madya Dr Noranizan Mohd Adzahan.
Kongsi Prof Madya Dr Noranizan pensyarah di Jabatan Teknologi Makanan, Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan sejak di bangku sekolah rendah lagi ibu bapanya sudah berpesan agar beliau dan kakak kembarnya bergaul dengan rakan-rakan yang lain.
“Bermula darjah satu lagi emak dan ayah kami sudah berpesan kepada guru untuk mengasingkan kelas supaya kami berkawan juga dengan orang lain. Oleh sebab itu, kami mempunyai kumpulan kawan yang berbeza.
“Ketika sekolah menengah di MRSM Jasin yang kini menjadi MRSM Tun Ghafar Baba, kami diletakkan dalam satu kelas yang sama kerana pihak sekolah tidak mahu memisahkan kami, namun rakan saya dan kakak daripada kumpulan yang berbeza,” katanya.
Kedua-duanya mempunyai personaliti, minat dan kecenderungan yang berbeza. Namun perbezaan itu menjadikan pasangan kembar ini saling melengkapi.
“Selalunya, kembar suka pakai baju dan warna yang sama tetapi kami sebaliknya. Saya lebih gemar berbaju kurung atau berkain manakala kakak lebih selesa berseluar.
“Saya lebih ekstrovert namun kakak sebaliknya. Jika ada tetamu beliau lebih gemar membuat air di dapur tetapi saya akan bergaul. Begitu juga personaliti yang lain, kami sentiasa berlawanan,” katanya.
Mengimbau kembali zaman persekolahan, nama kakaknya pernah dipotong ketika mengambil ujian lisan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berikutan pengawas peperiksaan merasakan terdapat kesilapan ejaan nama yang hanya berbeza ‘N’ dihujung nama.
“Nombor kad pengenalan kami juga sama cuma yang membezakan ialah nombor belakang. Begitu juga ketika mengundi baru-baru ini yang mana kami mengundi di kawasan yang sama.
“Jadi, hampir sahaja nama saya dipotong kerana pegawai bertugas fikir nama ada dua kali ditulis. Namun kakak saya maklumkan seorang lagi itu adik kembar dan sedang menunggu di luar bilik mengundi,” katanya.
Mengulas tentang kerjayanya di UPM, beliau memulakan perkhidmatan sebagai tutor pada 2001 manakala kakaknya mula menjadi ahli akademik pada 2003.
Sementara itu, Prof Madya Dr Noraniza atau lebih mesra dengan panggilan Dr Niza, merupakan pensyarah di Jabatan Perubatan dan Pembedahan Haiwan Ladang & Eksotik, Fakulti Perubatan Veterinar. Katanya, walaupun masing-masing sudah bekerja di UPM namun mereka jarang bertemu.
“Fakulti Veterinar terletak jauh di luar kawasan kampus utama menyebabkan kami jarang berjumpa. Kami akan bersama jika terdapat program besar universiti.
“Kami pernah menerbitkan kertas kajian bersama. Itupun hanya sekali kerana ketika itu pelajar seliaan Dr Nora memerlukan sedikit kepakaran saya. Mungkin selepas ini kami akan merancang untuk bekerjasama sekali,” katanya.
Jelasnya, peluang yang dibuka oleh UPM menyebabkan masing-masing membina nama dalam bidang kepakaran mereka sehingga ke hari ini.
Menurutnya lagi, beliau membina identiti sebagai pakar kesihatan kuda di UPM selama hampir 20 tahun berjinak dan bermain bersama kuda. Jelas Dr Nora, kepakaran UPM dalam bidang teknologi makanan menjadikan beliau selesa mengembangkan penyelidikan dalam bidang tersebut di universiti ini.
“UPM merupakan sebuah universiti yang mempunyai reputasi baik bahkan kehebatan tersendiri dalam sesuatu bidang. UPM turut membantu untuk menaikkan nama kami dalam bidang kepakaran kami. Saya rasa rugi sekiranya meninggalkan UPM,” katanya.
Sumber: Universiti Putra Malaysia (UPM)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
9 Syawal menjadi tarikh paling bermakna buat pelakon popular, Mira Filzah apabila selamat bergelar seorang ibu. Mira selamat melahirkan zuriat sulungnya itu tepat jam 3.40 pagi. Lebih mengujakan ialah bayi mereka itu berkongsi tarikh sama dengan Mira iaitu 9 Syawal (mengikut kalender Islam).
Berita gembira ini telah dikongsi oleh suami Mira iaitu Wan Emir Astar melalui satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagramnya sebentar tadi. Wan Emir memaklumkan isterinya itu selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka tepat jam 3.40 pagi.
Wan Emir turut menyatakan isteri dan bayi lelaki mereka itu kini berada dalam keadaan sangat baik.
Pastinya Syawal tahun ini lebih meriah dengan kehadiran cucu dalam keluarga sebelah Mira dan juga Wan Emir.
“Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW. Isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40pagi.
Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.”
Wan Emir tidak lupa untuk menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengirimkan doa serta harapan terhadap perkahwinan mereka.
“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.
May Allah SWT bless & guide each and every one of us in our own personal journeys through this temporary life, aamin YRA.”
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan warganet menitipkan ucapan tahniah buat pasangan ini.
Semoga cahaya mata sulung mereka itu menjadi anak yang soleh buat ibu ayah.
Untuk rekod, Mira Filzah dan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar bertunang pada 17 Julai 2020 dan sah bergelar suami isteri pada 3 September 2020. Majlis pernikahan mereka diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara Kuala Lumpur. Manakala majlis resepsi berlangsung di Le Meridian, Putrajaya serta A-Park, Pulau Meranti Puchong.
Wan Emir adalah anak sulung kepada Datin Mastura Mohd Yazid yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
Kredit Foto: Instagram Wan Emir Astar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!