Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi.
Ads
Pelakon veteran itu mendahului senarai 297 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2023 pada istiadat pengurniaan di Istana Negara di sini.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu.
Pada istiadat pengurniaan itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran Datuk kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nazim Mohd Alim.
Seri Paduka juga berkenaan menganugerahkan Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada 14 individu dan Darjah Setia Mahkota (JSM) kepada 17 individu.
Ads
Yang di-Pertuan Agong turut mengurniakan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada 58 individu, Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD) kepada 15 individu dan Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) kepada 75 individu.
Pada istiadat pengurniaan hari ini, Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengurniakan Pingat Pangkuan Negara (PPN) kepada 72 individu dan Pingat Bentara Setia Diraja (BSD) kepada 43 individu.
Ads
Turut hadir pada istiadat itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahu-tahu dah kahwin! Ya itulah respon peminat serta warga maya selepas gambar-gambar persandingan pempengaruh terkemuka, Ryan Bakery yang tular di media sosial sejak dari tengahari tadi. Selepas mengikat tali pertunangan selama 5 bulan, personaliti TikTok Ryan Fahmi Bakery selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Elyia Ibrahim jam 11 pagi tadi.
Menyifatkan Elyia insan yang tetap berada di sisinya ketika jatuh bangunnya, menerusi hantaran di laman Instagramnya, Ryan menitipkan rasa syukur dapat mengenali wanita tersebut yang sentiasa ada di sisinya.
“Tetap ada waktu jatuh dan bangkit aku. Tetap setia menanti. Alhamdulillah 1/10/2022 @elyia.ibrahim telah sah menjadi isteriku. Terima kasih Ya Allah diatas kurnia ini. Kau berkatilah hidup kami hingga ke Syurgamu. Aamiin.
Terima kasih sahabat semua yang mendoakan kami. Hanya Allah yang mampu membalas segala baik budi kamu semua. Saya juga mendoakan kamu semua.”
Turut berkongsi gambar-gambar perkahwinan mereka, ialah adik kepada Ryan, iaitu Adam Bakery juga memuat naik satu hantaran di laman Instagram mengucapkan tahniah atas pernikahan abangnya.
Menerusi video-video persandingan Ryan dan isteri yang kini tular di aplikasi Tik Tok, Ryan dan isteri dilihat mengenakan persalinan serba putih dari Hijabista Hub.
Melihat reaksi warganet di laman Twitter pula, rata-rata menyambut baik berita gembira itu sekali gus mengucapkan selamat pengantin baharu kepada Ryan. Melihat pada laman Instagram isterinya pula, Elyia Ibrahim yang kini sudahpun mempunyai 26.7 ribu pengikut, malah di laman Tik Toknya pula 69.6K.
Turut kelihatan gambar-gambar di awal perkenalan mereka, menunjukkan Elyia cukup setia di samping Ryan Bakery.
Dunia kecantikan sudah sebati dalam diri pengasas dan pengarah Haus Cosmetics, Eiyma Jalil atau nama sebenarnya, Norazimah Jalil. Wanita kelahiran Pahang ini sudah 17 tahun menimba pengalaman dalam bidang yang amat diminati ini.
Malah ibu kepada tiga cahaya mata berusia 40 tahun ini pernah bergelar jurusolek atau make-up artist selama enam tahun dari 2006 hingga 2012.
Sekitar tahun 2013, Eiyma mula berjinak-jinak dalam dunia pengilangan kosmetik. Malah kesungguhannya dengan apa dilakukan juga dapat dilihat dengan tertubuhnya empayar kosmetik Haus pada 2017. Penerima NONA Best Halal Beauty Award 2020 ini sekali lagi mencipta sejarah dalam revolusi kecantikan tempatan.
Terbaharu jenama kebanggaan milik bumiputera ini melancarkan sekali gus mendedahkan suplemen kecantikan, Beaubright yang dirumus khas hasil kolaborasi bersama saintis dari Switzerland yang juga Pengasas Mibelle Biochemistry, Dr Fred Zullie.
“Selepas produk laku keras, Magicpink Compact Powder yang terjual lebih 50,000 unit sejak di pasaran Februari lalu, kami meletakkan pertaruhan terbaharu, Beaubright ini. Ia dilancarkan sejak Oktober lalu.
“Taruhan baharu ini dilaksanakan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama dua tahun bersama pasukan saintis dari Switzerland diketuai Dr Fred.
“Sebagai tunjang jenama ini, saya sentiasa mengambil berat mengenai kepuasan pengguna dalam mengatasi masalah berkaitan kecantikan. Kami juga tak pernah mengetepikan soal kualiti dalam penghasilan produk,” katanya yang pernah diiktiraf kejayaan produk terbabit menerusi anugerah Superbrand dan Nona Superwoman Award.
Menurut Eiyma yang pernah sezaman dengan jurusolek artis seperti Najeeb Azami dan Nuex Rosli, dia juga berbangga menjadi pengusaha legasi niaga yang memiliki dua kilang kosmestik selain sebuah lagi kilang suplemen.“Setakat ini kilang dimiliki berpengalaman dalam menghasilkan formula kosmetik unik. Malah saya sendiri bertindak sebagai Pengarah R&D di kilang GIM Cosmetic Industries Sdn Bhd di Cheras sejak 2013.
“Rangkaian produk kami juga halal dan selamat sekali gus diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),” katanya.
Anak sulung dari empat beradik ini menambah hingga kini jenama berkenaan yang dijual sekitar harga RM29 hingga RM89 sudah memiliki lebih 5,000 ejen dan stokis seluruh Malaysia.
“Insya-Allah jualan produk bagi tempoh sebulan sudah melepasi 10,000 unit secara purata. Kami juga mensasarkan jumlah unit yang terjual setiap bulan akan terjual lebih tiga kali ganda,” katanya.
Dalam pada itu, wanita memilki tahap pendidikan dalam ijazah sarjana teknologi maklumat ini turut mengumumkan penyanyi Marsha sebagai penyanyi lagu tema jenama produknya berjudul Cantik Luar, Cantik Dalam.
“Marsha sendiri antara penyanyi tempatan kegemaran saya kagumi mutu vokalnya sejak dia mencipta nama di Akademi Fantasia musim ketiga hinggalah melonjak nama selepas memenangi tempat kedua di Anugerah Juara Lagu (AJL) 36,” katanya yang berpegang moto jadi diri sendiri dan konsisten dalam apa dilakukan.
Suplemen Haus Beaubright ini dirumus khas dengan bahan-bahan terpilih seperti ekstrak campuran beri, Dracobelle™, Hithion™, vitamin A, B, D dan asid folik serta campuran sumber mineral seperti kalsium dan magnesium.
Fokus utama bahan-bahan ini adalah untuk memulihkan kolagen kulit, mencerahkan tona kulit tidak sekata, menjadi ejen anti-penuaan, memulihkan keremajaan serta menghidratkan kulit seiring dengan slogannya ‘Cantik Luar, Cantik Dalam’. Suplemen ini sesuai bagi mereka yang berumur 18 tahun keatas yang memiliki masalah kulit seperti kulit kusam, tona tidak sekata dan dehidrasi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
PASANGAN selebriti Son Ye Jin dan juga Hyun Bin selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 27 November lalu.
Berita kelahiran tersebut diperolehi menerusi kenyataan yang disiarkan oleh pihak agensi pasangan selebriti berkenaan.
“Memang benar Son Ye-jin bersalin hari ini. Ibu dan bayinya sihat,” kongsinya.
Kata agensinya, pelakon berusia 40 tahun itu sepatutnya bersalin pada awal Disember namun anaknya terpaksa dilahirkan lebih awal dari tarikh sepatutnya.
Melalui perkongsian Hyun Bin di laman Instagram miliknya, pasangan tersebut memuat naik sekeping foto sempena majlis gender reveal yang menunjukkan pasangan tersebut bakal menimang cahaya mata lelaki.
Terdahulu, Son Ye Jin pernah berkongsi berita gembira tentang kehamilannya di Instagram pada Jun lalu. Aktres ini pada awalnya memberitahu dia berasakan terdapat perubahan pada tubuh badannya sehinggalah disahkan hamil.
Bintang Crash Landing on You itu juga dikatakan sedang berpantang di sebuah pusat jagaan yang terletak di Yeoksam-dong, Seoul.
Bagaimanapun, menerusi tinjauan media sosial pasangan selebriti ini belum lagi mendedahkan nama mahupun wajah anak mereka kepada para peminat.
Untuk rekod pasangan ini berkahwin pada 31 Mac lalu di sebuah majlis tertutup berikutan penularan Covid-19. Pasangan ini dikatakan menjalinkan hubungan cinta selepas Crash Landing On You tamat siaran pada Mac 2020 namun mendedahkan kepada umum pada awal tahun 2021.
Untuk rekod, pasangan romantik ini telah mengumumkan hubungan mereka secara rasmi pada awal Januari tahun ini. Hyun Bin dan Son Ye Jin melangsungkan perkahwinan pada Mac lalu dan majlis diadakan secara tertutup kerana pandemik Covid-19.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...