“Dia Ada Waktu Jatuh & Bangkit Aku..” RYAN BAKERY Tamatkan Zaman Bujang, Kini Hero Di Hati ELYIA IBRAHIM

Tahu-tahu dah kahwin! Ya itulah respon peminat serta warga maya selepas gambar-gambar persandingan pempengaruh terkemuka, Ryan Bakery yang tular di media sosial sejak dari tengahari tadi. Selepas mengikat tali pertunangan selama 5 bulan, personaliti TikTok Ryan Fahmi Bakery selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Elyia Ibrahim jam 11 pagi tadi.

Menyifatkan Elyia insan yang tetap berada di sisinya ketika jatuh bangunnya, menerusi hantaran di laman Instagramnya, Ryan menitipkan rasa syukur dapat mengenali wanita tersebut yang sentiasa ada di sisinya.

“Tetap ada waktu jatuh dan bangkit aku. Tetap setia menanti. Alhamdulillah 1/10/2022 @elyia.ibrahim telah sah menjadi isteriku. Terima kasih Ya Allah diatas kurnia ini. Kau berkatilah hidup kami hingga ke Syurgamu. Aamiin.

Terima kasih sahabat semua yang mendoakan kami. Hanya Allah yang mampu membalas segala baik budi kamu semua. Saya juga mendoakan kamu semua.”

Turut berkongsi gambar-gambar perkahwinan mereka, ialah adik kepada Ryan, iaitu Adam Bakery juga memuat naik satu hantaran di laman Instagram mengucapkan tahniah atas pernikahan abangnya.

Menerusi video-video persandingan Ryan dan isteri yang kini tular di aplikasi Tik Tok, Ryan dan isteri dilihat mengenakan persalinan serba putih dari Hijabista Hub. 

Melihat reaksi warganet di laman Twitter pula, rata-rata menyambut baik berita gembira itu sekali gus mengucapkan selamat pengantin baharu kepada Ryan. Melihat pada laman Instagram isterinya pula, Elyia Ibrahim yang kini sudahpun mempunyai 26.7 ribu pengikut, malah di laman Tik Toknya pula 69.6K.

Turut kelihatan gambar-gambar di awal perkenalan mereka, menunjukkan Elyia cukup setia di samping Ryan Bakery.

Kredit Foto: Instagram @ryanbekery dan @elyiaibrahim

Share
Published by
Wan Firdaus