Pasangan ini adalah contoh ibu bapa yang hebat jiwanya! Benar, ujian yang mereka hadapi ini bukan sesuatu yang mudah untuk diterima. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menggalasnya.
Tiga lagi anak mereka ialah Ahmad Aydeel, 16, Kintan Myra, 14, dan Ahmad Khaliff, 10.
Keterbukaan pasangan ini untuk berkongsi perihal anak sulung menjadi inspirasi buat ibu bapa yang berhadapan dengan situasi sama. Lebih membanggakan, pada Februari 2016 pasangan ini telah menubuhkan sebuah sekolah pendidikan khas dan terapi buat anak-anak (OKU) yang diberi nama Eden Firdaus School.
Sekolah ini juga merupakan harta serta bekalan masa depan buat Ahmad Firdaus untuk dia membina kehidupannya sendiri andai kedua ibu bapanya sudah tiada kelak.
“Sebelum ini kami menempatkan anak sulung di Saint Claire, Singapura pada tahun 2014. Dua tahun di sana kami nampak perkembangan positifnya. Dari situlah tercetusnya idea membina Eden Firdaus School. Ditambah pula dengan pengalaman saya yang hampir 20 tahun mengendalikan pusat jagaan dan pendidikan kanak-kanak.
Amy Aziz mempunyai latar belakang pendidikan awal kanak-kanak dan pernah menubuhkan Tadika Sinar Indah Montessori di Ampang sekitar 1998-2010.
Walaupun memiliki anak istimewa, tidak menghalang Dr Ahmad Idham untuk sukses dalam karier seninya. Kini, Dr Ahmad Idham bergelar Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) selain sebagai Pengarah dan penerbit filem.
Satu ketika dulu lakonan mantapnya dalam drama bersiri popular ‘Cinta Antara Benua’ dan ‘Cinderella’ sering menjadi sebutan ramai.
Sang isteri sentiasa menjadi tulang belakang di saat susah mahupun senang. Selama 21 tahun hidup bersama, mereka bukan saja tabah mengharugi asam garam rumahtangga bersama-sama bahkan menjaga anak istimewa sehingga mampu berdikari.
ANAK ISTIMEWA
“Kisahnya bermula ketika anak sulung kami itu berusia dua tahun. Dia diserang sawan dan doktor mengesahkan dia mengalami focal encephalitis sehingga mengalami kesukaran berjalan dan bertutur. Sebagai ibu bapa, kami pastinya sedih. Dalam tempoh dua tahun itu akademiknya terganggu kerana banyak yang delay.
Kami menerima banyak sokongan moral daripada keluarga dan teman-teman rapat. Alhamdulillah hingga ke hari ini anak istimewa kami ini tidak pernah lagi dikecam atau dihina dengan keadaannya itu. Dia sangat bertuah kerana ramai yang menyayanginya.
DIDIKAN
Anak-anak yang lain memang rapat dengan anak sulung. Kerana sejak kecil kami didik mereka saling menghormati, prihatin dan tak pandang rendah kepada orang lain. Tak semua bertuah dikurniakan anak istimewa seperti keluarga kami.
Sebagai ibu saya layan mereka seperti sahabat termasuk berkongsi cerita, pendapat mahupun masalah. Selalunya mereka lebih selesa dengan saya kalau berkongsi masalah atau meluah perasaan. Jika ada sebarang masalah berkaitan anak-anak, saya akan update kepada suami.
Sekarang ini kami ada banyak masa untuk mengaji dan solat berjemaah. Kami juga sering berpesan kepada mereka, kalau nak kesenangan di dunia jangan lupa Allah SWT. Harapan kami dapat melihat kejayaan mereka sebelum menutup mata.
RAHSIA KEKAL BAHAGIA
Bila berkahwin dengan seorang selebriti, saya perlu bersedia dengan segala dugaan dalam perkahwinan. Kami amalkan toleransi dan tak cepat melatah jika ada sebarang gosip. Alhamdullilah kami mampu harunginya bersama. Bohonglah kalau kata tak pernah bergaduh, yang penting jangan pendam dalam hati.
BANGGA KEJAYAAN SUAMI
Saya sentiasa menyokong dan bangga dengan setiap kejayaan suami. Berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D.) adalah pencapaian terbesar suami sekaligus mendidik anak-anak tentang betapa pentingnya ilmu. Arwah ayah saya adalah penyokong tegarnya kerana sentiasa berbangga dengan pencapaian suami.
Kredit foto: IG @amyabdaziz
This website uses cookies.