Bayangkan betapa luluhnya hati apabila diketawakan dan dihina oleh suami sendiri. “Dia jalin hubungan sulit dan saya terbaca mesej mereka. Dia panggil saya lembu gemuk,” imbau Betsy Ayala, 35 tahun yang pernah mengalami kegemukan lepas bersalin.
Meskipun kisah benar ini berlaku di Texas, Amerika Syarikat, namun kes yang sama bukanlah asing lagi di seluruh dunia. Perceraian akibat isteri gemuk selepas melahirkan anak bukan saja membuktikan rupa fizikal punca utama kecurangan, malah betapa rapuhnya cinta lelaki terhadap wanita yang bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.
Menurut Dailymail, berat badan Betsy mendadak naik selepas melahirkan anak perempuannya, Isabella, pada tahun 2013. “Kami telah bercinta sejak umur 17 tahun dan berkahwin dengannnya. Tapi selepas Isabella lahir, dia hanya berpura-pura mengatakan saya okay dengan berat 119 kilogram,” tulisnya.
Selepas kes perceraian mereka selesai, Betsy tekad membalas dendam dengan bekerja keras menurunkan berat badannya. Hari ini, dia tampil hebat dengan berat 46 kilogram, body melentik seksi, rambut panjang berkepuk-kepuk dan senyuman paling bermakna pernah dilemparkan.
Ya, selepas peristiwa perit itu, Betsy mula mengubah corak pemakanan dan gaya hidupnya. Bersama adiknya, Betsy mengambil pemakanan sihat, berlari, mengangkat berat dan mengambil kelas Zumba enam hari seminggu.
“Saya menganggap apa yang berlaku ada rahmatnya. Saya mendapat peluang kedua untuk mengubah hidup, mungkin bukan dengan cara yang saya impikan sebelum ini. Namun saya bersyukur.
Pengkhianatan ini adalah jalan untuk kesihatan saya. Saya tekad untuk sihat demi Isabella. Hubungan saya dan bekas suami baik-baik saja. memang mengambil masa untuk lupakan apa yang dia telah lakukan, namun perjalanan hidup ini membantu saya memahaminya,” tulis Betsy.
Betsy yang bekerja sebagai pengurus pemasaran, kini turut berkhidmat di Herbalife sebagai jurulatih kesihatan untuk membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan dan mendapat bentuk badan yang ideal. Dia juga menjadi inspirasi kepada ramai wanita serta mengumpul followers yang ramai di Instagram miliknya, @queen_b_b.
This website uses cookies.