Sejak bersara daripada arena sukan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dilihat lebih terbuka berkongsi aktiviti peribadi. Sama ada ketika menghadiri hari sukan sekolah
anak-anak mahupun bercuti bersama isteri tersayang, jaguh badminton negara ini pasti akan memuat naik momen indahnya buat tatapan peminat. Terbaru, sempena sambutan
Hari Kekasih… beliau secara terang-terangan meluahkan rasa kasih kepada wanita tersayang, Datin Wong Mew Choo. Memang romantik dan belum pernah Datuk Lee Chong Wei membuat pendedahan istimewa seperti itu sebelum ini.

IKLAN

Mengambil ungkapan romantis itu di IG miliknya, beliau mengakui selepas hampir lapan tahun berkahwin baru kini dia merasai persamaan dirinya bersama isteri. “Pada mulanya
saya tidak percaya sehinggalah melihat gambar-gambar ini. Kami melakukan ‘pattern’ badminton yang sama dan sudah tentu saya tak mahu kelihatan sepertinya kerana dia jauh
lebih cantik!

“Dia Jauh Lebih Cantik!” Luahan Romantis DATUK LEE CHONG WEI Kepada Isteri Buat Ramai ‘Cair’! “Dia Jauh Lebih Cantik!” Luahan Romantis DATUK LEE CHONG WEI Kepada Isteri Buat Ramai ‘Cair’! “Dia Jauh Lebih Cantik!” Luahan Romantis DATUK LEE CHONG WEI Kepada Isteri Buat Ramai ‘Cair’!

Saya pernah berjenaka dengannya yang saya perlu memenangi kejuaraan antarabangsa kerana jika tidak, dia pasti tidak akan pandang ‘wajah’ saya ini. Namun jauh di sudut hati,
saya percaya dia tetap akan menyayangi saya meskipun saya bukanlah sesiapa.”

Ujar atlet yang pernah menyandang ranking pertama dunia ini lagi, “Kami mula mengenali satu sama lain sewaktu saya sedang membersihkan gelanggang di BJSS. Sejak itu, dia adalah insan terpenting dalam hidup saya dan anak-anak hingga ke hari ini. Sepanjang saya berjuang menjauhi kanser, saya sudah kuatkan semangat dan enggan mengalah kerana tidak mahu melihat dia menangis kerana saya.

“Dia Jauh Lebih Cantik!” Luahan Romantis DATUK LEE CHONG WEI Kepada Isteri Buat Ramai ‘Cair’! “Dia Jauh Lebih Cantik!” Luahan Romantis DATUK LEE CHONG WEI Kepada Isteri Buat Ramai ‘Cair’!

“Dia Jauh Lebih Cantik!” Luahan Romantis DATUK LEE CHONG WEI Kepada Isteri Buat Ramai ‘Cair’!

IKLAN

 

Happy Valentine’s Day Mrs Lee. Tiada siapa yang tahu pengorbanan yang pernah awak buat untuk saya selain Tuhan. Terima kasih di atas segala-galanya dan saya mencintai awak sepenuh hati.”

IKLAN

Tambah Datuk Lee Chong Wei sambil berseloroh, “Today is the time in the year, where you can post jiwang-jiwang tanpa malu-malu kucing.”

Alahai, mesti hati Datin Wong Mew Choo berbunga-bunga lepas baca ungkapan romantis daripada suami tersayang ini. Moga perkahwinan pasangan atlet ini terus bahagia hingga ke anak cucu.

 

Kredit foto: Instagram Lee Chong Wei

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI