Tindakan Ameera Khan memadam semua foto di Instagram miliknya sejak beberapa bulan lalu menimbulkan pelbagai persoalan kepada peminat. Meskipun bukan pertama kali ‘hilang’ dari radar media sosial namun ramai yang ingin mengetahui keadaan terkini adik kepada Noor Neelofa tersebut.
Ads
Tampil menjelaskan tindakan adik tersayang kepada media, Neelofa memberitahu Ameera sedang mengambil masa untuk bertenang dan proses mengenali diri sendiri.
“Dia ada cakap, I want to take a break for a while. Sebab dia ada terima banyak tawaran fesyen dari luar negara. Dalam Malaysia pun tak henti-henti orang nak dia, dia macam hanyut dalam gelombang tu. Tak sempat dia nak bernafas dan tengok balik mana yang okey, mana yang tak.”
Tambah isteri Haris Ismail ini lagi, “Dia pula baru dalam proses nak belajar agama, ada benda yang bercanggah, so dia nak bertenang and take a step back.
Sebenarnya benda ni kan dah pernah jadi. Sebagai kakak, saya melihat dia sedang membesar, dia membesar tu pula berbeza masa zaman saya.
Umur dia 22, dia dapat limelight awal lagi daripada saya. Umur belas-belas lagi dia dah terima banyak perhatian.
Dia tak sempat nak take a step back, nak tengok balik apa yang kurang dalam hidup, apa yang kena baiki, benda tu la yang membuatkan dia nak rehat sekejap. Lebih kepada dan mengenali diri.
Ads
Dia juga banyak tanya pasal soal-soal agama, pasal aurat, hukum ini, hukum itu pada saya. Benda yang saya tahu, saya kongsi. Mana yang saya tak tahu, saya refer pada orang yang pandai.”
Daripada penjelasan Neelofa itu, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan sedang berehat untuk memberi masa buat dirinya mencari haluan diri.
Ads
Dalam pada itu, Neelofa turut memaklumkan adiknya ada menyatakan hasrat untuk sambung pengajian ke luar negara dalam bidang fesyen.
Moga Ameera berada dalam keadaan baik-baik saja dan dipermudahkan segala urusan.
Alami ketenangan minda dengan alunan selawat dan doa dari Nunha Moon Pillow. Guna kod NONGPS5 untuk diskaun dan beli di sini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alahai, comel pula tengok gelagat Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh ketika menyaksikan perlawanan bola sepak Piala AFF 2022 di antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Januari lalu.
Cukup fokus menonton persembahan skuad Harimau Malaya dalam perlawanan penuh debaran itu, reaksi YB Hannah yang bersorak kegembiraan sebaik gol dijaringkan nyata mencuit hati peminat bola sepak.
Dalam perlawanan itu, Malaysia mengesahkan tiket ke separuh akhir dengan bergaya apabila menewaskan skuad Singapura 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B.
Skuad Harimau Malaya yang perlu menang untuk mara ke peringkat empat terbaik jelas tidak menghampakan lebih 65,000 penyokong setianya dengan mempamerkan persembahan bertenaga dan menghiburkan.
Teruja dengan kemenangan tersebut, YB Hannah menerusi media sosial miliknya memuji kesungguhan pasukan bola sepak negara. Malah, mengakui perlawanan itu membuatkan dirinya tidak keruan.
“Bersama 65,147 penyokong Harimau Malaya yang hadir menyokong pasukan negara Malaysia melawan Singapore. Kehadiran dan sokongan yang padu!
Congratulations FAM and FA Singapore for a great match. Saya tak boleh tidur malam ini kerana terlalu gembira. I came, I jumped and I cheered!”
Memang tak keruan dibuatnya apatah lagi stadium dengan kapasiti 87,411 itu gempita dengan sorakan penyokong seperti guruh apabila empat kali gawang Singapura dibolosi anak buah Kim Pan Gon.
Sejak mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dilihat komited melaksanakan tugas.
Bahkan ibu dua cahaya mata ini turut meluangkan masa bertemu atlet seperti Datuk Azizulhasni Awang dan bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Khairy Jamaluddin dalam usaha memperkasa lagi industri sukan tanah air.
Moga terus maju jaya diucapkan kepada YB Hannah!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kepelbagaian agama dan budaya dalam negara kita yang tercinta sudah semestinya sesuatu yang wajar dibanggakan. Atas dasar menghormati dan menyanjungi adat dan susila sesuatu kaum, setiap dari kita harus meneladani sikap seperti apa yang ditonjolkan oleh Merrywati Manuil.
Merrywati Manuil, pesilat dari Keningau Sabah baru-baru ini tular di media sosial dek aksinya bertudung ketika Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 dekat Ayer Keroh bulan lalu sedangkan dirinya adalah beragama Kristian.
Menjelaskan tiada paksaan dalam tindakannya itu, Merrwati mengakui cukup menghormati dan mengagumi seni silat yang merupakan warisan orang Melayu.
“Banyak yang tertanya kenapa saya pakai tudung walaupun saya Kristian. Silat adalah warisan orang-orang Melayu. Saya sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, mengagumi dan mencintai silat,” jelasnya.
Merrywati memenangi pingat emas pada kejohanan itu bagi Kategori Solo Kreatif Wanita sekali gus memegang status juara dunia dan turut penyumbang tujuh pingat emas skuad silat negara di kejohanan tersebut sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).
Merrywati memberitahu, walaupun tidak diwajibkan untuk menutup bahagian kepala tetapi dia selesa memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan.
“Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu, tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan,” ujarnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun Baru Cina bakal disambut kurang seminggu lagi. Pastinya menu untuk disajikan sempena musim perayaan ini sedang berlegar-legar di pemikiran kebanyakan wanita. Usah bimbang, Ayamas memperkenalkan ayam panggang terbarunya, Golden Sesame Roaster sempena perayaan Tahun Baru Cina. Selain itu, ia turut melancarkan Buku Masakan Mutiara Johor Corporation berjudul “Nak Masak Apa Mak? Meh Mak Tunjuk …” di Ayamas Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini.
Dengan kombinasi yang sempurna daripada rasa masam, manis dan savuri, Golden Sesame Roaster adalah ayam panggang Ayamas yang enak yang diperap menggunakan kaedah vacuum tumbler marinator dan diadun dengan perisa bijan panggang, mencetuskan rasa yang unik dan pastinya memuaskan selera anda!
Ayam panggang Golden Sesame Roaster dijual dengan harga RM26.88 dan bagi mereka yang inginkan hidangan yang lebih besar, set hidangan “Prosperity Feast” dan set hidangan “Prosperity Dinner” tersedia untuk perkhidmatan Ayamas Roaster Express dan cawangan Deli Ayamas sahaja.
Golden Sesame Roaster boleh dinikmati mulai hari ini sehingga 12 Mac 2018 di semua kedai-kedai Ayamas, restoran Rasamas, Ayamas Roaster Express dan Deli Ayamas.
Buku masakan bertajuk “Nak Masak Apa Mak? Meh Mak Tunjuk…” pula mengandungi 60 jenis resepi tradisional kegemaran sepanjang zaman, termasuk hidangan salad dan sayuran, lauk-pauk, pastri, kek, biskut dan pencuci mulut. Dengan harga RM29.90 senaskah, penerbitan buku masakan ini adalah bagi pengumpulan dana program kebajikan serta kesejahteraan sosial yang dijalankan oleh Mutiara Johor Corporation dan juga bagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan wanita di ladang-ladang milik Kulim (Malaysia) Berhad melalui WOW.
Hasil daripada jualan buku-buku ini akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan.
Buku masakan ini adalah koleksi resipi Melayu tradisional yang disumbangkan oleh wanita Kulim (Malaysia) Berhad yang juga ahli WOW. Dengan nuansa nostalgianya yang tersendiri, buku masakan ini diharap akan menjadi warisan yang akan dapat ditinggalkan kepada generasi muda untuk rujukan mereka dalam menyediakan hidangan tradisional.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...