“Dia Juga Banyak Tanya Soal Agama, Aurat, Hukum Pada Saya,” NEELOFA Ulas Keadaan AMEERA KHAN

Tindakan Ameera Khan memadam semua foto di Instagram miliknya sejak beberapa bulan lalu menimbulkan pelbagai persoalan kepada peminat. Meskipun bukan pertama kali ‘hilang’ dari radar media sosial namun ramai yang ingin mengetahui keadaan terkini adik kepada Noor Neelofa tersebut.

Tampil menjelaskan tindakan adik tersayang kepada media, Neelofa memberitahu Ameera sedang mengambil masa untuk bertenang dan proses mengenali diri sendiri.

“Dia ada cakap, I want to take a break for a while. Sebab dia ada terima banyak tawaran fesyen dari luar negara. Dalam Malaysia pun tak henti-henti orang nak dia, dia macam hanyut dalam gelombang tu. Tak sempat dia nak bernafas dan tengok balik mana yang okey,

mana yang tak.”
Credit Instagram @naelofar
Credit Instagram @neelofa
Credit Instagram @neelofa

Tambah isteri Haris Ismail ini lagi, “Dia pula baru dalam proses nak belajar agama, ada benda yang bercanggah, so dia nak bertenang and take a step back.

Sebenarnya benda ni kan dah pernah jadi. Sebagai kakak, saya melihat dia sedang membesar, dia membesar tu pula berbeza masa zaman saya.

Umur dia 22, dia dapat limelight awal lagi daripada saya. Umur belas-belas lagi dia dah terima banyak perhatian.

Credit Instagram @neelofa
Credit Instagram @noorkartini
Credit Instagram @noorkartini

Dia tak sempat nak take a step back, nak tengok balik apa yang kurang dalam hidup, apa yang kena baiki, benda tu la yang membuatkan dia nak rehat sekejap. Lebih kepada dan mengenali diri.

Dia juga banyak tanya pasal soal-soal agama, pasal aurat, hukum ini, hukum itu pada saya. Benda yang saya tahu, saya kongsi. Mana yang saya tak tahu, saya refer pada orang yang pandai.”

Daripada penjelasan Neelofa itu, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan sedang berehat untuk memberi masa buat dirinya mencari haluan diri.

Credit Instagram @naelofar
Credit Instagram @neelofa

Dalam pada itu, Neelofa turut memaklumkan adiknya ada menyatakan hasrat untuk sambung pengajian ke luar negara dalam bidang fesyen.

Moga Ameera berada dalam keadaan baik-baik saja dan dipermudahkan segala urusan.

Alami ketenangan minda dengan alunan selawat dan doa dari Nunha Moon Pillow. Guna kod NONGPS5 untuk diskaun dan beli di sini.

Share
Published by
Suzi