Kisah pergolakan rumahtangga pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shukada terus diperkatakan sehingga kini. Kelmarin, pelakon, Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu semalam, selepas hakim membaca pertuduhan berhubung kes mendatangkan kecederaan terhadap isterinya.
Dan terbaru, menerusi Instagram Shuhada, ibu kepada dua orang cahaya mata ini dilihat sudah berjumpa dengan peguam yang akan mewakilinya iaitu Nor Zabetha. Menurut Shu, dia berharap segala urusannya untuk menegakkan keadilan di dunia ini dipermudahkan oleh Allah.
“Allahuakbar, ALLAH yang Maha Besar, ALLAH yang Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku, ALLAH yang Maha Melihat setiap yang terjadi. Semoga ENGKAU permudahkan urusan kami menegakkan keadilan di dunia kerana aku tahu Ya ALLAH , di akhirat kelak, sejauh mana berlari, tetap yang salah akan mendapat balasan yang setimpal.
“This is my journey, this is for my kids. ALLAH hadirkan seorang peguam hebat @zabethanor yang akan bantu kita sayang, Humairah and Umar. Insya-ALLAH #ALLAHujiALLAHsayang,” titip Shuhada.
Nor Zabetha menerusi Facebook berkongsi momen pertemuan kedua-dua mereka. “Bersama anak guam saya, Puan Shuhada Sukri. Waktu dia jumpa saya tadi dia salam, dia peluk erat. Suasana jadi sepi seketika. Pelukan yang erat dan kuat.
“Dia kuat dan terus ingin kuat untuk anak-anak. Katanya dia akan terus usaha. Saya nampak dan rasa semangat juangnya,” kongsi Nor Zabetha.
Di ruangan Instagram Nurul Shuhada, ramai dari kalangan peminat terutama sekali golongan wanita menyokong tindakan yang diambil dia, dan mendoakan semoga semuanya dipermudahkan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.