Terdapat pelbagai punca yang mengakibatkan kegagalan buah pinggang tetapi diabetes adalah punca utama bagi penyakit buah pinggang kronik. Dianggarkan 1 dalam 3 orang dewasa yang menghidapi diabetes juga menghidap penyakit buah pinggang kronik, ia melibatkan sebanyak 40% pesakit diabetes jenis 21. Kondisi ini dipanggil Penyakit Buah Pinggang Diabetik (Diabetes Kidney Disease atau DKD) juga dikenali, Diabetic Nephropathy.

Ia berlaku apabila buah pinggang anda mengalami masalah menapis sisa buangan daripada darah yang kemudiannya dikeluarkan dalam bentuk air kencing. Jika ia tidak dirawat, buah pinggang anda akan gagal dan tidak boleh berfungsi. Jika ini berlaku, anda mungkin memerlukan pemindahan buah pinggang atau dialisis.

Ads

Berdasarkan laporan Malaysian Dialysis and Transplant Registry 2018, 69.2% pesakit buah pinggang peringkat akhir adalah disebabkan oleh DKD. Semakin tinggi tahap diabetes seseorang, semakin tinggi peluang mereka untuk menghidapi DKD.

Trend yang membimbangkan ini menyebabkan Malaysia mempunyai kadar prevalens kegagalan buah pinggang paling tinggi di dunia yang berpunca dari diabetes.

 

3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penyakit Buah Pinggang Diabetik (DKD)

 

1. Diabetes adalah punca No.1 kegagalan buah pinggang

Kebiasaannya diabetes mengambil masa bertahun-tahun untuk merosakkan buah pinggang dan jika ia berlaku, gejala DKD tidak begitu ketara di peringkat awal dan hanya akan lebih jelas apabila penyakit sudah di peringkat serius.

Oleh itu, kedua-duanya, diabetes dan penyakit buah pinggang digelar sebagai pembunuh senyap tanpa gejala terutamanya pada peringkat awal.

Masalahnya apabila diabetes tidak didiagnosis atau tidak terkawal. Ramai orang tidak menyedari bahawa mereka menghidap diabetes jenis 2 untuk jangka masa yang lama yang boleh mengakibatkan peluang yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit buah pinggang sejurus selepas disahkan menghidap diabetes.

Beberapa gejala bagi penyakit buah pinggang yang berpunca dari diabetes adalah seperti pertambahan berat badan, pergelangan kaki bengkak, loya atau muntah, air kencing berbuih, lesu, nafas berbau air kencing, gatal-gatal, selera makan berkurangan dan kaki bengkak. Selain itu, organ lain yang mungkin terjejas oleh penyakit buah pinggang ialah mata dengan gejala seperti penglihatan kabur dan floaters.

 

2. Bagaimanakah saya boleh memastikan buah pinggang saya sihat jika saya menghidap diabetes?

Cara terbaik untuk melambatkan atau mencegah komplikasi buah pinggang yang berkaitan dengan diabetes adalah dengan sentiasa mengekalkan tahap glukosa darah yang sihat. Selain itu, ia adalah penting untuk menjalani gaya hidup sihat di mana salah satu faktor terbesar adalah pemakanan.

Pemakanan yang sihat tidak bermakna anda hanya perlu mengambil salad sementara yang lain menjamu ayam belanda dan biriyani. Anda pun boleh mengambilnya tapi dengan kadar pengambilan yang berpada-pada.

 

Ads

3. Rawatan untuk Penyakit Buah Pinggang Diabetik (DKD)

Dengan ubat-ubatan serta rawatan terkini yang tersedia di pasaran, kunci kepada rawatan yang berkesan untuk komplikasi ini ialah hubungan yang kukuh antara pesakit, doktor, sokongan daripada ahli keluarga dan paramedik seperti pakar pemakanan dan jururawat.

Kadar kematian dan penyakit kardiovaskular meningkat secara eksponen bagi pesakit dengan Penyakit Buah Pinggang Diabetik(DKD). Pesakit DKD biasanya akan menemui ajal lebih awal sebelum mencapai peringkat akhir penyakit buah pinggang. Jika pesakit mencapai

peringkat akhir penyakit buah pinggang, mereka memerlukan terapi penggantian buah ping-gang termasuk pemindahan buah pinggang atau dialisis. Pesakit perlu memantau kormoditi mereka dengan penuh teliti bersama doktor mereka termasuk hipertensi, obesiti, hiperkoles-terolemia dan merokok. Kesemua penyakit ini boleh membawa maut bersama diabetes.

Diabetes Punca Utama Penyakit Buah Pinggang Kronik, 3 Perkara Ini Anda Wajib Tahu!

 

Ads

SERIUS

Pakar penjagaan kesihatan biasanya akan menasihati pesakit diabetes tanpa gejala untuk menjalani saringan penyakit buah pinggang dan jantung. Ini kerana penyakit ini biasanya berlaku secara senyap dan biasanya tidak menampakkan sebarang gejala sehingga sampai ke peringkat serius.

Saringan yang disyorkan untuk penyakit buah pinggang diabetes (DKD) adalah dengan melakukan ujian mudah, seperti ujian air kencing yang dipanggil Urine ACR bagi meneliti kebocoran protein serta ujian darah bagi melihat fungsi buah pinggang yang dipanggil serum creatinine.

Saringan perlu dilakukan pada hari yang sama seseorang itu didiagnosis menghidapi Diabetes Jenis 2 dan 5 tahun selepas bermulanya diabetes Jenis 1. Walau bagaimanapun, cadangan untuk menyaring pesakit diabetes tanpa gejala untuk penyakit kardiovaskular pernah menimbulkan kontroversi dan perlu dinilai secara individu.

Bagi pesakit diabetes yang sudah menghidap penyakit buah pinggang atau jantung, strateginya adalah untuk mengurangkan kesan penyakit daripada menjadi lebih teruk dan saringan bukan lagi menjadi keutamaan.

Sebagai sebuah negara, kita berlumba dengan masa kerana 1 daripada 5 orang dewasa di negara ini menghidap diabetes. Oleh itu, pengesanan awal, pencegahan dan rawatan adalah kunci utama.

Namun, kebanyakan rakyat Malaysia yang menghidap diabetes atau pra-diabetes masih beranggapan mereka sihat kerana diabetes selalunya tiada gejala. Maka dengan itu, adalah penting untuk melakukan pemeriksaan secara berkala. Saringan adalah cara terbaik untuk mencegah diabetes dan komplikasinya.

For Your Sweetheart Campaign mengajak semua rakyat Malaysia untuk memelihara kesihatan diri dan orang tersayang dengan Pemeriksaan Diabetes HbA1c PERCUMA di klinik yang mengambil bahagian di seluruh negara. Inisiatif ini disokong oleh Boehringer Ingelheim dengan kerjasama Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES) dan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM).

Anda boleh layari www.foryoursweetheart.my untuk mendaftar Saringan Percuma hari ini atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang diabetes.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI