Demi kelainan dan mendapatkan capture yang menarik, sebuah kandang kuda bertaraf elit, The Royal Town Equestrian Club dipilih sebagai lokasi fotografi bersama penerima Nona Best Business Strategies Award, Dr CK Koh yang juga merupakan penasihat kelab berkuda ini.“Dialah Yang Sentiasa Beri Sokongan Dari Dulu Sampai Sekarang Tanpa Jemu” DR CK KOH Kenang Jasa Isteri“Dialah Yang Sentiasa Beri Sokongan Dari Dulu Sampai Sekarang Tanpa Jemu” DR CK KOH Kenang Jasa IsteriBeliau antara ikon superhero yang wajar dijadikan sebagai sumber inspirasi. Pelbagai bidang diceburi menjadikan beliau seorang yang percaya dengan kemampuan diri dan berkeyakinan tinggi. Dr CK Koh atau nama sebenarnya ialah Koh Chin Keong berpengalaman luas hampir sedekad dalam bidang pertanian biarpun memiliki kelulusan dalam kejuruteraan mekanikal.

Ads
“Dialah Yang Sentiasa Beri Sokongan Dari Dulu Sampai Sekarang Tanpa Jemu” DR CK KOH Kenang Jasa Isteri
Dr CK Koh penerima Nona Best Business Strategies Award.

“Selepas menamatkan pengajian dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal peringkat Ijazah di University of Aberdeen, United Kingdom, saya memulakan kerjaya sebagai Jurutera Pembuatan Senior di Daikin Malaysia Sdn Bhd. Di situ saya bertanggungjawab untuk memantau proses-proses pembuatan bagi meningkatkan produktiviti serta kualiti rangkaian pengeluaran,” kongsi Dr CK Koh memulakan bicara.

“Dialah Yang Sentiasa Beri Sokongan Dari Dulu Sampai Sekarang Tanpa Jemu” DR CK KOH Kenang Jasa IsteriDr CK Koh kemudiannya menyertai Consolidated Fertilizer Corporate Sdn Bhd dan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Operasi. Ketika menguruskan bahagian operasi, Dr CK Koh juga turut terlibat secara langsung dalam urusan penyelidikan kerjasama bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia untuk formulasi MPOB F6 di bawah Program Subsidi Baja Malaysia seterusnya menyertai kajian kolaborasi bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan.

Terkini, Dr CK Koh bergelar Perunding Strategi Perniagaan. Lebih sedekad berada dalam industri pertanian, Dr CK Koh mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam pembekalan perdagangan baja kepada GLC (syarikat berkaitan kerajaan) serta bertindak selaku Penasihat Perniagaan yang dilantik oleh pelbagai syarikat terkemuka antaranya ialah Ken Biotech Inetrnational Sdn Bhd, Salvo Ventures Sdn Bhd, Agrojoy Sdn Bhd, Growth International GMBH (Austria) serta Tripelon Sdn Bhd.

“Saya seorang yang sentiasa melihat kepada pencapaian diri. Saya berfikir apa lagi pencapaian yang boleh dikembangkan. Saya mula mengendalikan bahagian pemasaran. Dari front manager tukar ke bahagian marketing. Dari situ saya melibatkan diri dengan bahagian R&D, syarikat GLC, MARDI dan MOA. Dari situ juga saya kendalikan bahagian pemasaran di samping membina formula baharu untuk bidang sawit di Malaysia.

“Dialah Yang Sentiasa Beri Sokongan Dari Dulu Sampai Sekarang Tanpa Jemu” DR CK KOH Kenang Jasa Isteri
Ketika menghadiri malam Nona Superhero Award baru-baru ini.

Selama 6 tahun saya lebarkan network dan bina kerjasama termasuklah mengendalikan bahagian pengurusan dan pemasaran. Dari pengalaman tersebut banyak yang saya belajar terutama perkara-perkara baharu. Dan bidang kerjaya saya kini lebih profesional.”

Ads

Dr CK Koh telah memulakan kerjasama R&D bersama MARDI berkaitan teknologi Cocos Emulsion melalui syarikatnya iaitu Innshelf Sdn Bhd dan ia diedarkan oleh syarikat penjagaan kulit miliknya yang dikenali sebagai Cocosfera Sdn Bhd.

Memulakan platform digital, Dr CK Koh turut melaburkan masa serta sumbernya ke dalam beberapa syarikat yang sedang berkembang iaitu DY Global Holdings Sdn Bhd serta M4U Services Sdn Bhd. Di samping itu, Dr CK Koh percaya bahawa perniagaan digital mempunyai banyak potensi terutamanya semasa era pandemik ketika ini.

Ads

DORONGAN
“Semestinya isteri tersayang. Kami kenal sudah lama sejak zaman belajar lagi. Saya berasal dari kampung manakala isteri pula ketika itu top student. Jadi dialah yang banyak mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh demi masa depan bersama yang lebih baik. Walaupun banyak cabaran tetapi jodoh kami kuat. Kini saya gembira kerana dapat mengecapi kebahagiaan bersama dan dikurniakan dengan dua cahayamata. Isteri sentiasa memberi sokongan tanpa jemu dari dulu sampailah sekarang.

“Dialah Yang Sentiasa Beri Sokongan Dari Dulu Sampai Sekarang Tanpa Jemu” DR CK KOH Kenang Jasa Isteri
Dr CK Koh bersama isteri tersayang (Kredit Foto: Instagram Dr CK Koh).

“Dialah Yang Sentiasa Beri Sokongan Dari Dulu Sampai Sekarang Tanpa Jemu” DR CK KOH Kenang Jasa IsteriPERANCANGAN
Pelan persaraan impiannya adalah dalam industri makanan dan minuman (F&B). Oleh itu, pada tahun 2021 Dr CK Koh mula membuka Monros Café di bawah Monros Sdn Bhd yang kemudiannya akan diperkembangkan kepada perniagaan francais pada masa hadapan. Selain memfokuskan kepada bidang perniagaan, Dr Ck Koh juga merupakan penasihat kepada The Royal Town Equestrian Club (TRTEC) dan The House of Love iaitu Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat. Di samping itu juga, Dr CK Koh aktif dalam pelbagai aktiviti CSR.

“Dialah Yang Sentiasa Beri Sokongan Dari Dulu Sampai Sekarang Tanpa Jemu” DR CK KOH Kenang Jasa IsteriNasihat saya, dalam apa jua perniagaan yang diusahakan kepercayaan adalah amat penting. Sebagai perunding perniagaan adalah sangat penting untuk mendapat kepercayaan daripada para pelanggan. Mereka akan dengar setiap nasihat atau saranan yang kita berikan jika ianya bagus. Begitu juga jika bekerjasama dengan klien atau partner, saya perlu lihat kepada sikap mereka. Seperkara lagi, pastikan mereka merasa selesa sepanjang proses berunding. Kesimpulannya lakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang kita lakukan jika mahu impian tercapai.”

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI