Demi kelainan dan mendapatkan capture yang menarik, sebuah kandang kuda bertaraf elit, The Royal Town Equestrian Club dipilih sebagai lokasi fotografi bersama penerima Nona Best Business Strategies Award, Dr CK Koh yang juga merupakan penasihat kelab berkuda ini.
“Selepas menamatkan pengajian dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal peringkat Ijazah di University of Aberdeen, United Kingdom, saya memulakan kerjaya sebagai Jurutera Pembuatan Senior di Daikin Malaysia Sdn Bhd. Di situ saya bertanggungjawab untuk memantau proses-proses pembuatan bagi meningkatkan produktiviti serta kualiti rangkaian pengeluaran,” kongsi Dr CK Koh memulakan bicara.
Terkini, Dr CK Koh bergelar Perunding Strategi Perniagaan. Lebih sedekad berada dalam industri pertanian, Dr CK Koh mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam pembekalan perdagangan baja kepada GLC (syarikat berkaitan kerajaan) serta bertindak selaku Penasihat Perniagaan yang dilantik oleh pelbagai syarikat terkemuka antaranya ialah Ken Biotech Inetrnational Sdn Bhd, Salvo Ventures Sdn Bhd, Agrojoy Sdn Bhd, Growth International GMBH (Austria) serta Tripelon Sdn Bhd.
“Saya seorang yang sentiasa melihat kepada pencapaian diri. Saya berfikir apa lagi pencapaian yang boleh dikembangkan. Saya mula mengendalikan bahagian pemasaran. Dari front manager tukar ke bahagian marketing. Dari situ saya melibatkan diri dengan bahagian R&D, syarikat GLC, MARDI dan MOA. Dari situ juga saya kendalikan bahagian pemasaran di samping membina formula baharu untuk bidang sawit di Malaysia.
Selama 6 tahun saya lebarkan network
dan bina kerjasama termasuklah mengendalikan bahagian pengurusan dan pemasaran. Dari pengalaman tersebut banyak yang saya belajar terutama perkara-perkara baharu. Dan bidang kerjaya saya kini lebih profesional.”Dr CK Koh telah memulakan kerjasama R&D bersama MARDI berkaitan teknologi Cocos Emulsion melalui syarikatnya iaitu Innshelf Sdn Bhd dan ia diedarkan oleh syarikat penjagaan kulit miliknya yang dikenali sebagai Cocosfera Sdn Bhd.
Memulakan platform digital, Dr CK Koh turut melaburkan masa serta sumbernya ke dalam beberapa syarikat yang sedang berkembang iaitu DY Global Holdings Sdn Bhd serta M4U Services Sdn Bhd. Di samping itu, Dr CK Koh percaya bahawa perniagaan digital mempunyai banyak potensi terutamanya semasa era pandemik ketika ini.
DORONGAN
“Semestinya isteri tersayang. Kami kenal sudah lama sejak zaman belajar lagi. Saya berasal dari kampung manakala isteri pula ketika itu top student. Jadi dialah yang banyak mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh demi masa depan bersama yang lebih baik. Walaupun banyak cabaran tetapi jodoh kami kuat. Kini saya gembira kerana dapat mengecapi kebahagiaan bersama dan dikurniakan dengan dua cahayamata. Isteri sentiasa memberi sokongan tanpa jemu dari dulu sampailah sekarang.
Pelan persaraan impiannya adalah dalam industri makanan dan minuman (F&B). Oleh itu, pada tahun 2021 Dr CK Koh mula membuka Monros Café di bawah Monros Sdn Bhd yang kemudiannya akan diperkembangkan kepada perniagaan francais pada masa hadapan. Selain memfokuskan kepada bidang perniagaan, Dr Ck Koh juga merupakan penasihat kepada The Royal Town Equestrian Club (TRTEC) dan The House of Love iaitu Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat. Di samping itu juga, Dr CK Koh aktif dalam pelbagai aktiviti CSR.
This website uses cookies.