Hebat usahawan yang juga anak Malaysia, Dato’ Azril Mohd Radzi sebab berjaya memiliki hartanah di Kota London! Bukan calang-calang kejayaan. Selain memiliki empayar perniagaan kukuh di Malaysia, dia rupa-rupanya juga makin rancak menceburi bidang hartanah.
Ads
Ketika pertemuan bersama Nona sekitar Januari lepas, Dato’ Azril mendedahkan dia bakal menerima kunci rumah di Maida Vale di London dan berada di sana selama sebulan.
Teruja berkongsi khabar gembira itu, bapa kepada dua anak ini memuat naik gambar dirinya di hadapan sebuah kediaman di sana pada hujung Mac lalu.
Ujarnya, “Alhamdulillah satu lagi investment saya untuk anak-anak nanti kalau nak sambung belajar di UK. Rumah ni dah lama saya beli dan baru sempat ambil kunci baru ni.
Setelah sebulan berada di London, akhirnya rumah ni sempat saya siapkan interiornya. Lepas ni kalau nak ke Europe, inshaAllah rumah ni akan jadi transit untuk kami sekeluarga.
Rumah ni saya berikan nama The Estate London sebab seiring dengan series hartanah-hartanah lain yang saya buat ‘short term rental’.
The Estate London terletak di West London dan mampu memuatkan sehingga 10 orang tetamu pada satu masa.”
Bercerita lanjut mengenai rumah tersebut, Dato’ Azril menambah, “Rumah ini didatangkan dengan 4 bilik dan ‘walking distance’ ke Portobello Market, Queen’s Park, Maida Hill, Nothing Hill dan Little Venice.
Berdekatan dengan masjid hanya 20 meter dan banyak restoran halal sekitar Harrow Road jarak kurang 100 meter dan kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan uber.
Ads
Rumah ini juga berhampiran tube station Queen’s Park & Westbourne Park, penginap boleh ke sentral London dengan menaiki underground hanya beberapa minit.
Doakan series The Estate saya, The Estate Hulu Rening dan The Estate Batang Kali inshaAllah hujung nanti The Estate Batang Kali akan beroperasi dan tahun depan The Estate Setiu, depan Pantai Penarik di Kampung Mangkuk Terengganu pula akan beroperasi.”
Alhamdulillah, tumpang bangga dengan pencapaian Dato’ Azril.
Lebih bermakna, isteri tercinta juga kini hamil anak ketiga! Beberapa hari sebelum menyambut Syawal, Dato’ Azril berkesempatan ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah.
Mendirikan rumah tangga sejak tujuh tahun lalu, Datuk Azril dan Datin Balqish dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sarra Ayesha dan Umar Mateen yang masing-masing berusia lima dan empat tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesibukan kerjaya serta cabaran yang terpaksa dihadapi sebagai petugas barisan hadapan khususnya ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetap tidak melunturkan semangat pasangan suami isteri ini untuk menggenggam Ijazah Sarjana dalam bidang komunikasi.
Mohd Hafiz Hafizul Khaidir dan Siti Narika Amirudin bersyukur akhirnya mereka berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh dua tahun sekaligus dapat mengenggam Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat di Majlis Konvokesyen UPM ke-46 baru-baru ini.
Mohd Hafiz berkhidmat sebagai Pegawai Penguatkuasa di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur manakala isterinya yang berasal dari Negeri Sembilan berkhidmat sebagai Pegawai Perlesenan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Mereka dikurniakan dua cahaya mata berusia empat dan dua tahun.
Mohd Hafiz mengakui, pelbagai cabaran yang terpaksa beliau dan isteri lalui sepanjang dalam tempoh pengajian. Namun begitu, ia menjadi pencetus semangat untuk mereka meneruskan pengajian di samping menabur bakti kepada masyarakat serta negara.
“Sepanjang tempoh pengajian, kami bukan sahaja terpaksa bekerja dalam tempoh 24 jam secara bergilir sementara cuti pula dibekukan.
“Dalam tempoh itu juga, kami terpaksa belajar secara dalam talian walaupun ketika waktu operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) dengan suasana bising akibat daripada bunyi kenderaan. Pernah juga, kami terpaksa mengadakan pembentangan kelas ketika bertugas di jalan raya,” kata Mohd Hafiz yang berusia 35 tahun dan berasal dari Kelantan.
Kongsi Siti Narika pula, beliau pernah hampir berputus asa kerana sukar untuk memberi komitmen semasa belajar terutama untuk menyiapkan tugasan yang ditetapkan oleh pensyarah.
“Saya dan suami bersyukur kerana pensyarah dan majikan begitu memahami keadaan kerjaya kami. Ia membuatkan saya kembali bersemangat untuk meneruskan pengajian.
“Ketika itu kami rasa tak boleh nak beri komitmen lagi kerana banyak benda perlu dibuat dalam satu-satu masa. Belum lagi masa dengan anak-anak. Namun pensyarah sentiasa memberi kata-kata semangat dan bertolak ansur terutama dalam soal tugasan.”
Menurut pasangan ini, mereka memilih jurusan tersebut kerana kemahiran berkomunikasi sangat penting bagi anggota polis terutama dalam aspek penyampaian maklumat serta pencegahan jenayah kepada rakyat.
Seterusnya pasangan ini turut berpandangan, antara kelebihan menyertai kerjaya beruniform ialah dapat membentuk sahsiah serta jati diri agar menjadi seorang yang berjiwa kental ketika menghadapi cabaran dan halangan.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu ‘Tiada Lagi’ Mayangsari mendedahkan antara rahsia awet mudanya ialah kebahagiaan yang dikecapinya dalam rumahtangga.
Hakikatnya ia memang benar kerana apabila seseorang itu sentiasa merasa gembira dan bahagia, ketenangan jiwanya akan terserlah pada luaran.
Wajah pun akan berseri-seri dan awet muda.
Menurut Mayangsari, selama 23 tahun bergelar isteri kepada usahawan terkenal, Bambang Trihatmodjo, dia tidak pernah memeriksa telefon bimbit suaminya itu.
Untuk info, mereka mendirikan rumahtangga pada tahun 2000.
Memetik perkongsian di saluran YouTube Melaney Ricardo bertarikh 19 April 2023, Mayangsari juga tidak pernah mengongkong suaminya.
“Mungkin cara kita menghilangkan kebosanan adalah dengan tidak menahan satu sama lain.
“Salah satunya tidak memeriksa telefon bimbit pasangan. Saya sendiri tidak pernah melakukan sedemikian.
Selain itu, Mayangsari dan suami juga tidak pernah meletak password (kata laluan) pada telefon bimbit masing-masing.
“Saya tidak tahu dan dia tidak pernah menggunakan kata laluan. Saya juga tidak pernah menggunakan kata laluan, kami tidak kisah,” jelas Mayangsari.
Mayangsari juga tidak pernah berprasangka buruk terhadap suaminya seperti mana wanita-wanita lain.
“Itu nampak sangat menyeksakan, saya tidak mahu,” jelasnya. Dia juga sedar sikap sebegini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi jika sudah berkahwin.
Apa pun kata Mayangsari, kunci utama kebahagiaan ialah saling menghormati antara satu sama lain. Semoga Mayangsari dan suami bahagia selamanya.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Kredit Foto: Instagram Mayangsari
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi pengikut setia laman Instagram figura berwajah manis dan anggun Azrinaz Mazhar Hakim pastinya sudah mengenali beliau sebagai seorang yang sangat aktif bersukan dan suka untuk menyertai pelbagai aktiviti lasak tidak kira di dalam negara mahupun luar negara.
Kali ini, pastinya keseronokan menyertai setiap aktiviti sukan lasak yang menjadi hobinya itu lebih bermakna apabila turut disertai oleh suami tersayang, Fairos Khan Abdul Hamid.
Pasangsn romantis yang baharu 6 bulan mendirikan rumah tangga ini menyertai Hong Kong Spartan Race di Kam Tin Country Club, Hong Kong pada 10 November lalu.
Melalui perkongsian gambar di laman instagram yang dimuat naik sendiri oleh Azrinaz, Nona kagum melihat kesungguhan dan kekuatan mereka melakukan setiap halangan sehingga ke garisan penamat. Dan yang paling manisnya dalam setiap gambar, jelas menunjukkan sang suami setiasa berada di belakang memberi sokongan penuh buat Azrinaz selain exchanging positive vibes untuk melepasi semua halangan! Awhh…memang loving sangat.
Hong Kong Spartan Race merupakan Spartan kali kelima buat Azrinaz dan kali ini dalam kategori Super dimana dia dan suami perlu melalui 25 halangan sepanjang 12 kilometer! Halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh mereka pun boleh tahan susahnya seperti Atlas Carryd dan Tire Drag! Semuanya memang menguji tahap kemampuan fizikal selain mencabar Azrinaz dan Fairos untuk keluar daripada comfort zone!
Biarpun comot bermandi peluh dan lumpur, mereka tidak jemu untuk memberi sokongan antara satu sama lain.
Mungkin dengan melakukan aktiviti sukan bersama adalah cara wanita berusia 39 tahun ini meluangkan masa bersama tersayang selain meningkatkan rasa kasih dan sayang antara mereka berdua. Jadi, apa salahnya jika kita pratikkan cara yang dilakukan oleh pasangan ini untuk mengukuhkan lagi rumah tangga yang telah dibina. Lagi pun, aktiviti seperti ini boleh membantu kita untuk menjadi lebih sihat dan bertenaga!
sumber: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...