Penyanyi Amira Othman tidak ketinggalan ditanya ramai peminat bila akan menamatkan zaman bujang terutamanya apabila ramai rakan-rakan baiknya kini telahpun melangkah ke alam rumahtangga, tak kurang juga yang sudah bergelar ibu.
Ads
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 31, mengakui dia masih lagi solo dan tidak mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Ketika ditemui NONA, Amira menjelaskan sudah menjadi satu kebiasaan bagi dirinya, apabila setiap kali ada rakan-rakan yang berkahwin, pasti dirinya tidak terkecuali diasak soalan bila dia bakal menamatkan zaman bujang.
“Penuh DM (Direct Message) saya, anda ucap dan doa macam-macam yang baik untuk saya. Terima kasih di atas doa yang baik-baik.
“Jodoh ni kan macam rezeki juga ajal, tiada siapa tahu. Cukuplah saya memberi jawapan saya memang tidak ada rancangan lagi untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
“Ramai ingat saya berahsia, tapi saya tidak menyembunyikan apa-apa tapi inilah jawapan jujur daripada saya. Anda doalah yang baik-baik ya,” tulis Amira.
Malah, ucapan Amira yang menitipkan doa ketika perkahwinan sahabat karibnya Wany yang bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun, pada 22 Julai 2022 yang lalu, telah menarik perhatian warganet.
“Untuk sahabat saya yang cantik, Wany Hasrita tahniah tau! Semoga kau berbahagia sampai syurga.
Ads
“Anak yang baik Wany ni, kawan yang baik, pergi haji sama-sama, pergi umrah sama, semua sama-sama… kahwin je tak sama-sama.
“Adib jaga Wany baik-baik okay? Sayang sangat,” tulis Amira lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Dalam kemeriahan Syawal, nampaknya keluarga pemain bola sepak negara, Zaquan Adha Abdul Razak dan Ayu Raudhah selamat menerima kehadiran ‘orang baharu’ dalam keluarga mereka.
Zaquan Adha berkongsi berita gembira melalui Insta Stories mengenai isterinya, Ayu Raudhah telah selamat melahirkan cahaya mata keenam pada jam 2.25 petang.
Sejak semalam, penyerang bola sepak Negeri sembilan itu berkongsi keadaan isterinya yang dimasukkan ke hospital. Malah dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa yang baik untuk isteri dan anaknya itu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup selama 12 tahun, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 9 tahun, Muhammad Aisy Aryann, 8, Laura Zuleyka, 5, Muhammad Aisy Khaliq, 3 dan Muhammad Aisy Al Jibreel, setahun enam bulan.
Minggu lalu, keluarga ini sempat meraikan sambutan Aidilfitri di Kedah bersama keluarga besar Ayu Raudhah di mana sudah menjadi kebiasaan keluarga ini berkumpul beramai-ramai untuk meraikan Aidilfitri.
Tahniah dan selamat berpantang!
Sumber: Instagram Zaquan Adha dan Ayu Raudhah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Antara filem popular lakonan Karisma Kapoor ialah Dil To Pagal Hai sekitar era tahun 90an. Lakonannya itu antara yang terhebat di samping aktor Shahrukh Khan dan Madhuri Dixit. Kelincahan Karisma dalam lenggok tarinya yang energetik sememangnya diingati dan ia sinonim buat bintang Bollywood ini.
Sudah lama Karisma tidak muncul di layar perak namun namanya sentiasa segar di hati para peminat khususnya filem Hindi. Pun begitu, Karisma dilihat sangat aktif di media sosial. Kini Karisma lebih banyak tampil sebagai ikon designer untuk pelbagai brand fashion. Karisma juga aktif sebagai model iklan fesyen serta produk kecantikan.
KEKAL JELITA
Terpesona melihat kejelitaan Karisma yang tak dimamah usia. Siapa sangka usianya kini sudah menjangkau 46 tahun! Seperti tidak percaya bila melihat wajahnya yang polos tanpa secalit solekan. Tidak seperti umur 40an pun.
Dari dulu sampailah sekarang tiada yang berubah terutama susuk tubuhnya yang kekal langsing dan menawan. Satu lagi tarikan yang ada pada Karisma ialah warna bola matanya yang kehijauan. Unik dan sangat seksi!
RAHSIA CANTIK, SIHAT & CERGAS
Aktiviti kecergasan menjadi salah satu rahsia awet muda Karisma. Sebab itulah Karisma berjaya mengekalkan bentuk tubuhnya sejak dulu sehingga kini malah dikatakan semakin menarik dari tahun ke tahun.
Kalau nak tahu, Karisma merupakan seorang pencinta yoga. Menurut Karisma, yoga membantu dirinya untuk kekal fokus seterusnya dapat mengembalikan energi menjadi lebih baik. Seterusnya, Karisma juga sentiasa menjaga pola pemakanan yang seimbang.
Berikut beberapa perkara menarik tentang Karisma Kapoor.
Usia tetap tidak menghalang Karisma untuk mengekalkan bentuk badan ideal idaman seluruh wanita.
Makin terserlah kejelitaannya tatkala menyarungkan busana tradisi India iaitu sari.
Merupakan ibu tunggal yang memiliki dua orang anak.
Karisma juga sangat aktif dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan.
SISTER GOALS Karisma Kapoor dan Kareena Kapoor merupakan pasangan adik beradik paling popular di Bollywood. Beza usia antara mereka ialah 6 tahun. Kebersamaan mereka juga dianggap sebagai sister goals! Karisma dan Kareena sering dijadikan inspirasi oleh wanita-wanita di luar sana bukan saja dari segi karier bahkan keakraban mereka.
Kedua-dua anak kepada pasangan aktor terkenal Randhir Kapoor dan Babita ini mewarisi bakat seni bapa mereka. Karisma terlebih dulu memulakan karier sebagai pelakon dan model pada tahun 1996. Beberapa tahun kemudian, si adiknya pula Kareena mengikut jejak langkah. Minatnya membuahkan hasil apabila nama Kareena melonjak naik melalui filem-filem terlaris seperti Dev (2004).
Selain itu, Karisma dan Kareena juga dikatakan antara aktres yang menerima bayaran termahal serta telah memenangi banyak anugerah dalam industri perfileman India. Karisma dan Kareena menjadikan ibu mereka, Babita sebagai sumber kekuatan dan inspirasi kerana telah membesarkan mereka seorang diri dengan baik. Ibu mereka kini berusia 73 tahun.
KARISMA & KAREENA SISTER GOALS
Keakraban mereka sudah terjalin sejak kecil lagi.
Gemar memakai pakaian yang sama/sedondon.
Karisma sentiasa ada untuk Kareena. Antaranya ketika Kareena hamil anak pertama, Karisma kerap menemani adiknya itu ke hospital.
KAREENA AWET MUDA DI USIA 40 TAHUN
Kareena Kapoor berkahwin dengan aktor terkenal, Saif Ali Khan. Mereka dikurniakan seorang anak yang sangat comel iaitu Taimur Ali Khan Pataudi yang kini berusia 4 tahun. Sejak memiliki anak, Kareena lebih memberi tumpuan kepada keluarga.
Antara rahsia cantik Kareena pada usia 40 tahun ialah mengamalkan banyak minum air kosong setiap hari di samping diet yang konsisten. Kareena juga mengamalkan rutin membersihkan wajah dengan air suam setiap hari serta kurang bersolek dan tidak melakukan sesuatu yang berlebihan pada kulit.
Kredit Foto: Instagram @therealkarismakapoor @kareenakapoorkhan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
TERJAWAB sudah persoalan siapa Perdana Menteri Malaysia ke-10 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjawat jawatan berkenaan secara rasmi di Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan hari ini.
Jom kenali lebih dekat figura bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim
– Datuk Seri Anwar Ibrahim berusia 75 tahun dikenali di seluruh dunia sebagai seorang muslim demokrat dan reformis.
– Lahir di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
– Merupakan anak kepada Datuk Ibrahim Abdul Rahman yang merupakan merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO. Allahyarham menang bertanding dalam PRU 1959 bagi kawasan Seberang Tengah, Pulau Pinang (1958-1964).
– Ibunya, Che Yan Abdul Hamid Hussein ialah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO.
– Memulakan alam persekolahan pada tahun 1954 di Bukit Mertajam Boys School, Pulau Pinang dalam aliran Bahasa Melayu. Kemudian beliau meneruskan persekolahan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada 1960. Beliau juga merupakan Ketua Pengawas MCKK.
– Sewaktu di sekolah menengah, beliau aktif sebagai pemidato dan aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu serta menjadi wakil pembahas.
– Pada tahun 1968, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Melayu (Sastera).
– Berkahwin dengan doktor mata, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga mengikut jejak langkah beliau dalam arena politik. Dr Wan Azizah merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika pentadbiran PH pada 2018 hingga 2020.
– Anak sulung pasangan ini, Nurul Izzah merupakan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai pada tahun 2008 hingga 2018, dan Permatang Pauh pada 2018 hingga 2022.
– Memulakan karier politik sebagai Ketua Pemuda UMNO pada 1982-1987, Naib Presiden UMNO (1987- 1990), Timbalan Presiden UMNO (1990-1998), Ketua Umum KEADILAN (2005-2018), Presiden KEADILAN/PKR (2018-kini) dan Pengerusi PH (2020-kini).
– Pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 1982-1983, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983-1984), Menteri Pertanian (1984-1986), Menteri Pendidikan (1987- 1990), Menteri Kewangan (1990-1998).
– Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dari tahun 1993 sehingga 1998.
– Pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Dunia oleh EuroMoney 1993, Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh AsiaMoney 1996 dan Tokoh Muslim Berpengaruh Dunia oleh The Royal Islamic Strategic Centre, Jordan 2017-2022.
– Penglibatan dalam badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi antarabangsa antaranya Pengasas dan Pendidik Yayasan Anda Akademik 1971, Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1971-1982.
– Beliau dikenali sebagai salah seorang daripada pengasas NGO Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, ABIM dan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama tiga tahun (1974-1976) kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan di Baling, Kedah.
– Merupakan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) pada 1973-1976, Penasihat Majlis Belia Kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (1973), Canselor dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1983-1998), Pensyarah Jemputan Georgetown University, Washington DC (2006-2008) dan Pengasas dan Pengerusi Emeritus Institut Pemikiran Islam Antrabangsa (IIIT).
– Beliau juga merupakan pemimpin popular di seluruh dunia dan rapat dengan beberapa pemimpin luar negara termasuk Allahyarham Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad al-Thani.
– Menghasilkan koleksi buku antaranya ‘Membangun Negara Madani’. Buku setebal 187 muka surat itu menggariskan aspek merangkumi kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan dan ihsan.
(Sumber: ASTRO AWANI)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...