Dibesarkan Sebagai Wanita Selama 28 Tahun, APRILIO PERKASA Kini Temui Cinta Sejati Selepas Kembali Ke Fitrah Asal

Masihkah anda ingat dengan kisah bekas atlet bola tampar wanita Indonesia dan anggota Angkatan Tentera Darat Indonesia (TNI), nama Aprilia Santini Manganang yang tular suatu ketika dulu kerana kisahnya yang dibesarkan sebagai seorang wanita selama 28 tahun walhal dirinya adalah seorang lelaki. Selepas menjalani pemeriksaan perubatan, Aprilio rupanya mengalami masalah kesihatan dipanggil hypospadias yang membabitkan ciri abnormal pada alat sulit. Masalah kesihatan ini sering dialami oleh bayi lelaki semasa dilahirkan.

Dia yang dibesarkan sebagai seorang perempuan akhirnya berasa lega setelah keputusan ujian perubatan mendapati dia adalah seorang lelaki kerana mempunyai organ dan kadar hormon testosteron lebih tinggi seperti seorang lelaki.

Selepas menjalani pembedahan, beliau yang menggunakan nama Aprilia Manganang secara rasmi bergelar lelaki dan menukarnya kepada Aprilio Perkasa Manganang semasa perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Daerah Tondano, Sulawesi Utara, Mac 2021.

Ujian perubatan pula mendapati beliau adalah seorang lelaki kerana mempunyai organ dan kadar hormon testosteron lebih tinggi. Paling menyentuh hati apabila perjalanan proses rawatan Aprilio yang dikongsi di YouTube TNI AD sehingga membuatkan mereka yang hadir pada upacara tersebut menitiskan air mata.

Setahun kemudian selepas menjadi “lelaki” dan kembali kepada fitrah asalnya, khabarnya Aprilio sudah bernikah dengan kekasihnya yang bernama Claudia Cvanrhyn. Hari bahagia Aprilio, 30, dikongsikannya di Instagram termasuk memuat naik gambar bersama isterinya menunjukkan cincin perkahwinannya dengan kapsyen ‘Bebas’.

Claudia menyarung persalinan gaun anggun berlengan panjang berwarna putih serta dibaluti rantai putih, manakala Aprilio pula memakai 2-piece suit dengan blazer berona biru bercorak bunga di mana kedua-duanya menunjukkan cincin kedua-dua pengantin baru ini.

Senyuman gembira juga jelas terpancar di wajah pasangan pengantin. Didoakan semoga prkahwinan mereka kekal hingga ke anak cucu.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus