Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Jika dahulu, di usia mudanya penyanyi bersuara lunak Vanessa Reynould mendedahkan dirinya sering dibuli dan menerima layanan ‘body-shaming’ sejak kecil, namun kini dia boleh berbangga dengan apa yang dicapainya kini.
Menerusi perkongsian Vanessa di Instagramnya sekitar tahun lalu, Vanessa mendedahkan dirinya pernah mengalami kejutan yang melampau akibat apa yang dialami sehingga membuatkan dirinya trauma untuk ke sekolah. “Hitam, gemuk, hodoh antara ejekan yang saya terima,” dedah Vanessa.
Apatah lagi, Vanessa turut berkongsi yang dirinya juga mempunyai seorang abang istimewa menjadi pemangkin semangatnya untuk terus berusaha mencapai impian. Abangnya, Christopher merupakan penghidap sindrom down, Vanessa dari dulu berazam untuk berbakti dan memberikan yang terbaik agar dapat memberikan keselesaan buat keluarganya.
Jun lalu, Vanessa kelahiran Klang, anak kacukan Cina-India berkata bahawa dia sedang mengikuti pelajaran muzik dan mengambil bahagian dalam satu projek di China.
Vanessa, yang belajar bahasa Mandarin sehingga tahun enam, menjadi terkenal selepas menduduki tempat kedua dalam pertandingan nyanyian 2016 Water Cube Cup.
Pada 2015, Vanessa menduduki tempat keempat dalam pencarian bakat realiti Astro Ceria Popstar 3. Vanessa memenangi Artis Baharu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 2022. Dan terkini, Vanessa kini berada di China mewakili Malaysia dalam pencarian bakat realiti, Sing! China.
Penyanyi yang terkenal dengan imej rambut kembang itu memuat naik video ringkas di Instagram, dirinya yang menyanyikan lagu Mandarin mendapat tepukan gemuruh juri terkenal rancangan itu, Wakin Chau semalam.
Dia menerima tepukan gemuruh pada penghujung persembahannya dan lebih 400 warga maya mengucapkan tahniah kepadanya, berharap dia akan memenangi pertandingan selama tiga bulan itu.
Rata-rata ramai di kalangan peminat serta artis-artis yang memuji persembahan nyanyian Vanessa dan berharap Vanessa dapat membanggakan nama Malaysia. All the best Vanessa!!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.