Fatin Afeefa sememangnya diketahui seorang pelakon dan usahawan yang rajin membuat siaran LIVE di Tik Tok nya sambil menjawab persoalan yang diajukan peminat kepadanya. Dan baru-baru ini, Fatin Afeefa ada mengemaskini perkembangan terkini anak-anaknya saat diaju soalan oleh pengikutnya.
Antara soalan yang diaju kepada Fatin adalah tentang keberadaan anak lelakinya dan Fatin memberitahu bahawa kedua-dua anaknya, Adam Ais dan Ivy Herra sedang mengaji. Malah Fatin mendedahkan kedua-dua anaknya sedang dalam proses mengkhatam kitab suci Al-Quran.
“Anak-anak saya sekarang tak ada di rumah. Diorang pergi mengaji. Pukul 10 nanti baru balik dari waktu Isyak tadi,” ujar Fatin. Malah, Fatin juga memaklumkan bahawa anak-anaknya terutama Arrian melarang dirinya daripada mengambil mereka daripada tempat mengaji sebelum pukul 10 malam.
BACA JUGA: “Tak Hina Pun Status Janda Tu…” Nasihat FATIN AFEEFA Buat Semua Ibu Tunggal Untuk Terus Bangkit
Menurut sumber Ohbulan!, Fatin turut memberitahu anak-anak mereka berhajat untuk khatam kitab suci Al-Quran sebelum 2022 berakhir walaupun Fatin Afeefa menegaskan bahawa mereka berkemungkinan tidak sempat untuk berbuat demikian memandangkan baru saja masuk juzuk kesebelas.
“Diorang berdua tengah berlumba-lumba nak khatam Al-Quran tahun ini. Sebab itu, dua-dua tak bagi saya ambil balik mengaji awal. Arrian pula sebab Ivy dah lebih beberapa surah daripada dia, jadi dia nak kejar balik,” ulas Fatin lagi.
Bukan itu saja, Fatin Afeefa juga sempat mengatakan bahawa dia akan memastikan kedua-dua anaknya untuk sentiasa merujuk dan menghafaz Al-Quran pada masa akan datang.
Sumber: Oh!Bulan
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***