Dunia seni tanah air semalam digemparkan dengan kematian mengejut pelakon vateran, Ridzuan Hashim yang yang menghembuskan nafas terakhir sekitar pagi semalam.
Bercakap pada Harian Metro, bekas isteri arwah pelakon Didie Alias mendedahkan dia dan keluarga sudah lama mengetahui tentang sakit jantung dihadapi oleh bekas suaminya, Allahyarham Ridzuan Hashim.
“Ksemua dalam keluarga memang tahu bahawa arwah menghidap sakit jantung sejak tiga tahun lalu. Tapi, dia nak rahsiakan sebab takut tak dapat tawaran kerja.
“Tiga tahun lalu, dia pernah diserang serangan jantung selepas bermain bola. Jadi, apabila dia sesak nafas, dia dibawa ke hospital dan sejak itulah kami tahu dia sakit jantung.
Ads
Malah dia pernah berbincang dan meminta anak-anak untuk menemani Ridzuan yang juga aktor oleh kerana arwah tinggal bersendirian. Dia tinggal bersendirian, jadi kami anak beranak berbincang untuk anak-anak menjaganya. Jadi, sejak tahun lalu, anak saya Muhammad Dhanial menjaganya di rumah dan menemaninya.
“Kami takut benda-benda tak diingini berlaku bila dia bersendirian,” kata Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @ Ali.
Ads
Didie berkata, arwah sepatutnya menghadiri majlis perkahwinan Dhanial yang akan berlangsung dua minggu lagi sekali gus membuatkan anak mereka itu terkilan tanpa kehadiran bapa.
Didie dan Ridzuan berkahwin pada 1991 dan bercerai 11 tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima cahaya mata.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Itulah plot akhir cerita dongeng Puteri Disney yang Nona yakin, diingati oleh semua orang.
Alkisah puteri Disney telah diceritakan kepada kita sejak kecil lagi. Sama ada melalui buku yang dibacakan sebelum tidur atau filem-filem kartun yang ditonton, watak-watak seperti Cinderella, Belle dan Snow White sememangnya cukup dekat di hati.
Tapi cuba bayangkan jika puteri-puteri Disney itu benar-benar hidup pada zaman ini. Bagaimanalah agaknya wajah dan pakaian mereka?
Teka-teki ini mendorong artis digital, Fernanda Suarez ‘menjelmakan semula’ watak-watak legenda Disney mengikut arus fesyen semasa. Jaket denim, off shoulder tops, aksesori tribal dan solekan neutral berjaya ‘menukar’ karakter biasa mereka.
Agaknya kalau mereka ‘hidup’ di dunia realiti, tentu jadi social media influencer, kan. Jom tengok 7 ilustrasi Suarez yang hebat ni. Mana satu kesukaan anda? Norzalina Mohd Alias
(1) Mulan
(2) Belle
(3) Ariel
(4) Jasmine
(5) Pocahontas
(6) Snow White
(7) Cinderella
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
15 Januari lepas telah berlangsungnya Majlis Perkahwinan Diraja dengan Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dengan Yang Amat Mulia (YAM) Pengiran Muda Bahar yang dirai penuh tradisi, gilang-gemilang dan meriah di Istana Nurul Iman, Brunei Darussalam.
Dalam istiadat itu, kedua-dua pengantin diraja kemudiannya dijunjung berangkat dari majlis oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
Berkongsi momen terindah dan istimewa kekanda tersayang, DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Mateen turut tidak ketinggalan memuat naik beberapa foto di majlis istiadat perkahwinan yang berlangsung.
Kredit Instagram @tmskiKredit Instagram @tmskiKredit Instagram @tmskiKredit Instagram @tmski
Namun salah satu foto tersebut mengundang pelbagai reaksi dan teka-teki dalam kalangan followers putera diraja Brunei tersebut. Ini selepas DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen merakam gambar kenangan di samping pasangan mempelai yang turut disertai seorang wanita cantik berselendang dan mengenakan persalinan songket.
Difahamkan wanita berwajah kacukan itu ialah cucu kepada salah seorang menteri di Brunei. Yang pasti, kehadiran gadis bernama Anisha Isa-Kalebic ini mengundang persoalan mengenai status hubungan di antara mereka berdua.
Terdapat desas-desus mengatakan Anisha ialah adik kepada sahabat Pengiran Muda Mateen iaitu Danial Isa. Namun tiada banyak maklumat mengenai gadis itu yang turut dikhabarkan menetap di England dan masih belajar di sana.
Kredit Instagram @danialik / Anisha di samping abangnya yang juga sahabat Putera MateenKredit Instagram @tmskiKredit Instagram @tmski / Gambar kahwin YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah tahun lepasKredit Instagram @tmski / Gambar kahwin YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah tahun lepas
Ini bukanlah kali pertama Pengiran Muda Mateen memuat naik gambar Anisha di media sosial miliknya. Bahkan ketika perkahwinan kekandanya, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah pada Januari tahun lalu juga kelihatan Anisha di samping putera kacak berkenaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Warga tua makin ramai? Ya, mengikut kajian Malaysia’s Ageing Population Trends, populasi penduduk Malaysia yang lanjut usia dianggarkan mencecah 16.3% pada tahun 2040. Ini bermakna, kadar wanita menopaus juga bakal meningkat sekaligus mengundang banyak penyakit seperti menopaus.
Tulang tebal dan kuat semasa remaja. Pada sekitar umur 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda, dan masih aktif semasa berumur, kurang risiko osteoporosis, kerana tulang masih kuat.
Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis: Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopaus. Wanita berisiko tinggi apabila :
Mengalami menopaus awal sebelum umur 45 tahun.
Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45 tahun, terutama jika ovari dibuang sekali.
Tidak datang haid dalam jangkamasa lama disebabkan senaman berlebihan atau makan berlebihan.
Hormon lelaki iaitu testosteron juga menolong menjadikan tulang sihat. Lelaki menghasilkan hormon secara berterusan walaupun usia lanjut, tetapi berisiko mendapat osteoporosis jika paras hormon rendah.
Penyakit yang menjejaskan penghasilan hormon boleh menyebabkan osteoporosis. Hormon wanita, estrogen dan hormon lelaki, testosteron adalah penting untuk menjadikan tulang kuat, dengan memproses mineral seperti kalsium.
Mak mak sering sakit lutut atau lenguh pinggang? Sebenarnya masalah osteoporosis boleh menjejaskan mana-mana tulang namun ia paling mudah rapuh di bahagian pergelangan tangan, pinggul dan tulang belakang.
Proses penguraian dan pembentukan tulang yang berterusan dikenali sebagai proses pembentukan tulang baru, dan osteoporosis berlaku apabila penguraian berlaku lebih cepat daripada pembentukan tulang. Inilah sebabnya pencegahan dan penjagaan awal mesti dibuat.
Osteoporosis merujuk kepada keadaan rangka seseorang yang mengalami pengurangan jisim tulang dan menyebabkan tulang rapuh.
Hal ini meningkatkan risiko fraktur kerapuhan atau tulang patah, menjejaskan kebebasan, kualiti hidup, serta kelangsungan hidup mereka.
“Osteoporosis merupakan punca utama fraktur dalam kalangan wanita selepas menopaus. Mereka yang telah mengalami fraktur akibat osteoporosis berisiko tinggi mengalami fraktur berikutnya sekiranya rawatan rejimen yang sesuai tidak dimulakan.
Sebagai pakar bedah dan doktor, kami sentiasa mencari ubat inovatif yang menawarkan pilihan rawatan terbaik dan boleh membantu memberikan pesakit kami kualiti hidup yang lebih baik.
Saya menasihati para wanita yang mengalami osteoporosis selepas menopaus yang parah untuk berbincang dengan doktor mereka untuk menentukan pilihan rawatan terbaik bagi mengurangkan risiko fraktur pada masa hadapan.” Dato’ Dr Lee Joon Kiong, Perunding Pakar Bedah Ortopedik
Dato’ Dr Lee Joon Kiong
CARA ATASI
Bagi mengatasi masalah osteoporosis, kaum wanita kini mempunyai pilihan untuk mengurangkan risiko kepatahan tulang.
“Osteoporosis sering diabaikan walaupun ia boleh mengakibatkan keadaan yang lebih parah. Kami menyedari kepentingan melindungi kesihatan tulang dan mencegah fraktur kerapuhan ketika wanita memasuki fasa menopaus.
Kami percaya bahawa wanita yang mengalami osteoporosis selepas menopaus akan mendapat manfaat daripada rawatan agen pembentukan tulang yang terbaru seperti EVENITY yang dilancarkan oleh Amgen.
Amgen adalah antara salah satu peneraju dalam bidang kesihatan tulang dan kami komited untuk menyediakan rawatan yang berkesan bagi membantu pesakit yang mengalami osteoporosis.” Colin Chan, Pengurus Besar Amgen Malaysia
Colin Chan
Gen anda menentukan potensi ketinggian dan kekuatan rangka anda. Walau bagaimanapun, amalan cara hidup yang sihat, seperti pemakanan dan senaman boleh mempengaruhi kesihatan tulang anda.
Mengamalkan cara hidup sihat melambatkan berlakunya kejadian osteoporosis. Senaman yang berkala amat diperlukan. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.
Dua jenis senaman yang penting untuk mengukuhkan kepadatan tulang bagi mencegah osteoporosis adalah senaman ’weight bearing’ dan senaman ’resistance’. Joging, lompat tali (skipping), senaman aerobik dan melompat atas dan bawah di tempat yang sama baik untuk kekuatan tulang.
Bagi mereka yang berusia, senaman ringan dan selamat, seperti berjalan, main tenis atau berenang amat berguna. Untuk orang yang lebih tua, senaman perlu bersesuaian dan selamat, seperti berjalan perlahan, menaiki tangga 10 kali sehari atau bermain tenis yang sederhana.
Selain itu, pelancaran EVENITY (romosozumab) oleh Amgen dikatakan terbukti meningkatkan ketumpatan mineral tulang dengan ketara serta mengurangkan risiko fraktur tulang belakang dalam masa 12 bulan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.