Sesiapa pun yang tengok telatah Isaac Raees pasti tertawan dengan kecomelan anak Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza ini. Walau masih kecil namun Isaac mempunyai tarikan tersendiri yang mampu membuatkan peminat ibu bapanya ‘terpukau’ dengan telatah comel anak kecil berkenaan.
Lumrah anak selebriti, Isaac juga tidak terlepas daripada tempias dunia glamor ibu dan ayah. Apatah lagi melihat gelagat anak kecil ini yang petah berbicara dan fasih cakap Melayu!
Meskipun ibu tersayang, Zahirah berketurunan British namun dia dan Aiman selesa mendidik anak sulung mereka berkomunikasi dalam bahasa ibunda.
Aktres jelita ini dibesarkan di Sheffield, London dan Perth, Australia. Zahirah mempunyai darah keturunan British dari sebelah bapa dan Melayu dari ibunya.
Sebagai anak kacukan pasti dia fasih berbahasa Inggeris namun Zahirah dan aktor kacak tersebut selesa berbahasa Melayu dengan anak tersayang.
Leka dibuatnya kalau tengok video-video Isaac yang dikongsikan Aiman dan Zahirah di media sosial mereka. Bukan saja bijak, Isaac juga seorang anak yang ceria dan suka senyum.
5 Januari lepas merupakan ulang tahun kelahiran Isaac Raees. Diam tak diam, dah tiga tahun usia permata hati Aiman dan Zahirah ini.
“My first born is 3 today. Only 3 years old but you have taught me so much and surprised me in countless ways. Happiest 3rd to our sweet, funny, smart and incredibly cheeky baby boy. We all love you more than you’ll ever know.”
Zahirah selamat melahirkan anak sulung pada tanggal 5 Januari 2021 di Perth, Australia. Kini pelakon drama Curi-Curi Cinta berkenaan sedang sarat hamil anak kedua.
Suri hati Aiman Hakim ini mendedahkan berita kehamilan keduanya pada 17 Disember lepas.
Figura berusia 28 tahun ini ialah anak sulung daripada empat beradik. Bapanya, Zainol Johari MacWilson juga bergelar pelakon dan pernah berkahwin dengan Maslinda Yusof.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak iaitu Zahirah, Zulaikha, Haziq dan Nur Zahra Aina.
Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.
This website uses cookies.