Ramai wanita ambil kesempatan diet ketika puasa. Sememangnya ketika berpuasa merupakan peluang untuk mengawal pemakanan tetapi tidak perlu memaksa diri sehingga boleh menjejaskan kesihatan.

Ads

Bila melihat baju raya yang memenuhi ‘feed‘ di media sosial menambahkan lagi keinginan untuk diet ketika puasa. Namun ramai juga yang tidak mengamalkan pemakanan sihat untuk mencapai hajat tersebut.

Diet Ketika Puasa, Tak Perlu Paksa Diri Cuma Amal Pemakanan Yang Betul
Gambar hiasan. Foto: Instagram @mytudungfazura

Sebenarnya berdiet bererti mengehadkan jumlah pengambilan sesuatu jenis makanan tertentu mengikut keperluan tubuh tanpa menjejaskan kesihatan diri. Ini bermakna anda masih boleh berdiet walaupun sedang berpuasa.

Jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh
Diet yang salah apabila mengambil makanan lebih sedikit kalori daripada jumlah yang diperlukan oleh tubuh. Wanita dewasa memerlukan 1600 – 2000 kcal kalori sehari manakala bagi lelaki pula, mereka memerlukan lebih kurang 2000 – 2500 kcal kalori sehari.

Diet Ketika Puasa, Tak Perlu Paksa Diri Cuma Amal Pemakanan Yang Betul
Gambar hiasan. Foto: Instagram @theduckgroup

Semakin aktif diri anda bermakna semakin banyak kalori yang diperlukan oleh tubuh. Tetapi, setiap 8000 kcal lebihan kalori yang terkumpul dalam badan anda sebenarnya akan menaikkan berat badan sebanyak 1 kilogram.

Katakan tidak pada makanan berlemak?
Apabila berdiet anda langsung tidak mengambil makanan berlemak? Kecur liur melihat makanan yang berasaskan santan yang dijual di bazar Ramadan? Anda sebenarnya salah jika langsung tidak menjamah makanan yang berlemak.

Makanan berlemak ini sebenarnya salah satu elemen penting dalam kalori yang diperlukan oleh tubuh. Apa yang perlu anda lakukan adalah menghindarkan lemak yang jahat. Lemak perlu dalam pengambilan makanan tetapi biar rendah lemak.

Diet Ketika Puasa, Tak Perlu Paksa Diri Cuma Amal Pemakanan Yang Betul
Gambar hiasan. Foto: Instagram @rizmanruzaini

Memilih kelompok makanan tertentu
Anda pernah mendengar teman menyatakan dia sedang berdiet protein atau berdiet karbohidrat? Amalan menghindar kelompok makanan tertentu membuatkan anda tidak mendapat khasiat yang diperlukan oleh tubuh.

Amalan makan buah-buahan atau sayur-sayuran semata-mata membuatkan tubuh kekurangan vitamin atau mineral diperoleh daripada komponen makanan yang diperlukan oleh tubuh.

Ads

Hakikat sebenarnya sewaktu menjalankan program diet, tubuh kita memerlukan keseimbangan antara makanan yang masuk ke dalam tubuh dengan nutrisi untuk menjaga agar tubuh tetap sihat dan cergas.

Diet Ketika Puasa, Tak Perlu Paksa Diri Cuma Amal Pemakanan Yang Betul
Gambar hiasan. Foto: Instagram @naelofar

Tubuh memerlukan air yang banyak, beberapa vitamin penting, karbohidrat, sedikit lemak, mineral, serat dan oksigen. Apa yang penting, anda perlu memastikan agar program diet banyak menggalakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ini akan membantu tubuh anda membangunkan sistem imun.

Mendapat nasihat doktor
Jika anda sudah membuat keputusan untuk mengurangkan berat badan dengan berdiet maka sebak-baiknya dapatkan nasihat doktor yang bertauliah serta pakar tentang pemakanan dan penurunan berat.

Ads

Jika anda mempunyai sebarang penyakit berterus-terang dengan mereka. Pakar ini dapat menjelaskan tentang kandungan nutrisi yang sebenar yang perlu diambil.

Diet Ketika Puasa, Tak Perlu Paksa Diri Cuma Amal Pemakanan Yang Betul
Gambar hiasan. Foto: Instagram @galeriariani

Makan hanya ketika lapar
Kita boleh mengehadkan makanan yang masuk ke dalam tubuh tetapi, lagi disekat makanan lebih pula cepat terasa lapar. Jadi, apabila berbuka puasa makan dalam jumlah yang sedikit dahulu.

Jangan pula makan semua yang ada di atas meja. Kemudian baru mengambil makanan yang berat sedikit. Biar jumlahnya sedikit tetapi kerap. Jika terasa lapar semula baru tambah pemakanan anda. Makan mengikut perlu bukan nafsu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

Baca juga; Zulin Aziz Tunai Umrah Lagi, Sempat Kongsi Resipi Siput Sedut Kam Heong Sebelum Berlepas

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI