Erra Fazira, dan Fasha Sandha. Kedua-dua nama ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Kedua-duanya wanita ini cukup berbakat besar, anggun dan miliki pengaruh dan peminat yang tersendiri. Berpuluh tahun dalam industri, Erra dan Fasha tetap unggul di liga seni lakonan tempatan. Namun siapa menyangka, dua-dua selebriti hebat ini tak pernah bekerjasama.
Namun harapan peminat untuk kedua-dua primadona ini berlakon bersama akhirnya kesampaian apabila baru-baru ini Fasha berkongsikan yang dirinya akan bergandingan bersama idolanya dalam dalam sebuah drama Rampas Cintaku 2.
Fasha yang berkongsi gambar di balik tabir pengambaraan drama itu di Instagram berkongsi rasanya apabila pertama kali berlakon bersama pelakon kegemarannya.
“Tuhan je yang tau, jantung berdebar dejak 6 pagi tadi. Sepanjang dalam perjalanan ke lokasi penggambaran masih berdebar debar. Hari ini dalam sejarah, nak bertemu dengan idolaku, satu frame dengan idolaku Erra Fazira.
Satu family ku tau sejak di bangku sekolah memang nama kak Erra yang ku jerit-jerit lompat-lompat setiap kali menonton anugerah di kaca TV, peminat setia ni..” tulis Fasha Sandha di Instagram.
Menariknya, Fasha turut mendedahkan sikap dan keperibadian Erra di matanya yang tak semua tahu. Menurut Fasha, Erra sentiasa senyum dalam apa jua keadaan, malah tidak pernah berkata buruk mengenai sesiapapun.
“Beliau yang masih disegani, masih disayangi, the one and only primadona Erra Fazira. Primadona yang sentiasa senyum dalam apa jua keadaan, tidak pernah berkata tidak baik tentang sesiapapun, primadona yang tidak pernah kenal erti penat.”
Tak lama kemudian, Erra Faizra tampil memberi respon di ruangan komen menjelaskan dirinya hanyalah manusia biasa dan masih belajar walau dari mereka yang lebih muda darinya, malah sempat berseloroh meminta Fasha berkongsi rahsia kecantikannya.
“MasyaAllah adikku..Melangit sungguh pujian awak tu. Akak biasa-biasa dan masih lagi belajar walau dari yang lebih muda. Ia adalah satu penghormatan dapat bekerja dengan orang yang cantik danberbakat seperti awak. Yang penting awak memang cantik kebabowww! Jangan lupa share tips.” balas Erra Fazira.
Pastinya ramai tak sabar nak tengok gandingan dua pelakon hebat ini di kaca TV nanti kan!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.