Digelar BAT WOMAN, Prof Shi Zhengli Adalah Ilmuwan Pertama Temui Virus COVID-19

Sering digelar bat woman, Prof Shi Zhengli merupakan seorang saintis yang berjasa dalam penemuan virus COVID-19. Selama lebih sedekad, ahli virologi berusia 57 tahun ini mengabadikan dirinya untuk mengkaji sains termasuk meneroka hutan tebal, mendaki gunung-ganang dan keluar masuk gua di seluruh 28 wilayah di China.

Tujuan beliau cukup unik. Beliau sanggup keluar masuk hutan semata-mata untuk memungut najis kelawar dan membawa spesimen haiwan itu ke makmal di Wuhan.

Penelitian Shi di Wuhan National Biosafety Laboratory

itu berjaya mengumpulkan database lengkap mengenai virus-virus terkait kelawar di dunia.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Virologi China (Mikrobiologi) turut merupakan saintis pertama yang membongkar fakta bahawa virus SARS berasal dari kelawar.

Saintis wanita Prof Shi Zhengli

 

Keberanian Prof Shi Zhengli meredah hutan belantara demi mengkaji kelawar

 

WANITA HEBAT

Dilahirkan pada 26 Mei 1964 di Xixia, Henan, China, Prof Shi Zhengli merupakan graduan lulusan Universiti Wuhan pada tahun 1987. Beliau menerima ijazah sarjana dari Institut Virologi Wuhan, Akademi Sains Cina (CAS) pada tahun 1990 dan PhD dari Universiti Montpellier 2 di Perancis pada tahun 2000.

Pada 2014, Prof Shi Zhengli terpilih sebagai penerima geran daripada kerajaan Amerika Syarikat serta geran dari program Penyelidikan Asas Negara China, Akademi Sains China, Yayasan Sains Alam Semula Jadi China dan dari Program Penyelidikan Keutamaan Strategik Akademi Sains China untuk membiayai penyelidikan beliau tentang virus COVID-19.

Semasa penularan wabak COVID-19, Shi dan 12 ahli sains yang lain membentuk kumpulan penyelidikan khas untuk mengkaji Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS-CoV 2).

Hasil kajian mereka telah diterbitkan dalam sebuah artikel bertajuk ‘Wabak Radang Paru-Paru Berkaitan COVID-19 Berkemungkinan Asal Dari Kelawar’ dan mengatakan bahawa SARS-CoV 2 berada di kelompok yang sama dengan SARS, serta paling mirip dengan keputusan kajian mereka tentang kelawar.

Kajian Prof Shi Zhengli pernah disalah tafsir

 

Beliau mahu manusia lebih menghargai dan menghormati alam yang didiami

 

Bagi ilmuwan tersebut, virus COVID-19 yang menular adalah cara alam bertindak balas terhadap manusia. Menggunakan seluruh pengetahuan dan ilmu saintifik yang ada, Prof Shi Zhengli dilaporkan telah bergabung dengan para saintis hebat dari serata dunia untuk menghasilkan vaksin COVID-19 serta menghentikan wabak tersebut.

Share
Published by
Norzalina