Digelar THE TENNIS BRACELET, Ini Kisah Di Sebalik Rantai Tangan Berlian Chris Evert Yang Elegan!

Tampak kemas dan elegan, pemakaian ‘the tennis bracelet’ kini kian menambat hati penggemar fesyen. Seutas rantai bertatahkan berlian kecil, cantik betul melingkari pergelangan tangan!

Tennis bracelet merupakan perhiasan rantai tangan berlian kecil dengan susunan yang simetri. Namanya berasal daripada kisah pemain tenis Amerika, Chris Evert, yang kehilangan rantai ini dalam sebuah kejohanan dan sanggup berhenti bermain sehingga rantai itu ditemui semula.

Peminat sukan tenis pasti pernah mendengar kisah tentang aksesori ini. Pada tahun 1987, pemain tenis Amerika yang terkenal iaitu Chris Evert beraksi di kejohanan US Open. Dianggap sebagai lucky charm,

wanita ini sering memakai seutas rantai tangan berlian rekaan George Bedewi di gelanggang.
Aksi Chris Evert dan rantai tangan kesayangannya

 

Chris Evert (Gambar: Getty Images)

 

Wanita yang mempopularkan ‘tennis bracelet’

 

Suatu hari sewaktu perlawanan tenis di antara Chris Evert dan Wendy Turnbull disiarkan secara langsung di televisyen, wanita ini tiba-tiba menghentikan permainan apabila menyedari rantai itu tiada di pergelangan tangannya.

Beliau berusaha mencari rantai kesayangan itu dan hanya menyambung perlawanan apabila ia dijumpai semula.

Insiden yang disaksikan oleh ramai penonton itu melonjakkan populariti rantai tangan yang digelar ‘the tennis bracelet’

oleh para media. Malah bintang tenis Serena Williams turut kelihatan menggayakannya.

Tennis bracelet juga dikenali sebagai rantai tangan berlian atau rantai tangan eternity. Ia diperbuat daripada emas putih atau platinum kerana dua logam ini menyerlahkan kilauan batu berlian yang berharga. Ada juga pilihan rose gold dan sebagainya.

 

Swarovski

 

Tiffany & Co

 

De Beers

 

Kini terdapat banyak variasi tennis bracelet di pasaran barangan kemas. Ia didatangkan dalam ketebalan, jenis logam atau batu-batuan berharga yang berbeza untuk menyempurnakan gaya pemakainya.

 

ILHAM GAYA TENNIS BRACELET

Kenakan tennis bracelet mengikut suasana. Anda boleh memakai dress

hitam dengan rantai emas putih ke acara formal atau rantai rose gold dengan summer dress untuk ke acara lebih kasual dan percutian.

Pilih tennis bracelet dari jenis berlian berwarna agar lebih menyerlah dan menjadi statement jewellery. Tapi sebaiknya kekalkan gaya yang ringkas bagi menonjolkan sisi aktif anda, namun tetap kewanitaan.

Serena Williams

 

Meghan Markle

 

Sesuai dipadankan dengan jam tangan

 

 

Share
Published by
Norzalina