Digelar Wanita Paling Hodoh Di Dunia. Lizzie Velasquez Tidak Pernah Patah Semangat. Menjadikan Kekurangan Diri Sebagai Kekuatan

Tiada sesiapa mahu dilahirkan tidak sempurna di dunia, namun itu bukanlah piihan yang ada di tangan kita. Bagaimana cara kita mengendalikan kehidupan adalah perkara penting dalam merencana sesebuah kejayaan. Seperti wanita berusia 28 tahun ini, dia pernah dimalukan secara terang-terangan apabila gambar wajahnya dimuat naik di laman youtube sebagai wanita paling hodoh di dunia pada tahun 2006 dan ketika itu di baru sahaja berusia 17 tahun.

Dilahirkan dengam nama penuh Elizabeth Ann Velasquez pada 13 Mac 1989, dia dilahirkan dengan masalah genetik tidak terminal yang menyerupai simptom penyakit seperti Progeria. Dari segi kajian perubatan, penyakitnya menyebabkan Lizzie tidak mampu menaikkan berat badan dan ini menjadikan beratnya tidak pernah melebihi 29 kilogram.

Badannya juga tidak mampu menghasilkan lemak meyebabkan dia boleh makan secara kerap untuk mendapatkan sumber kalori sebanyak empat ke lima ribu kalori sehari. Oleh itu badannya begitu kurus seperti kulit membalut tulang. Selain itu dia juga buta di mata sebelah kanannya dan mata sebelah kiri pula memiliki masalah penglhatan.

Lizzie bersama dengan keluarganya.

Ekoran dicaci sebagai manusia paling hodoh di dunia, dia menjadikan perkara itu sebagai pembakar semangat untuk menyebarkan kesedaran tentang penyakitnya dan juga memberikan inspirasi kepada semua orang tentang makna sebenar kecantikan. Popular sebagai pakar motivasi, dia menjadikan statusnya sebagai satu platfrom untuk menyebarkan kempen ‘anti-pembuli’.

Di majis menandatangani buku motivasi hasil tulisannya.

Setakat ini Lizzie telah menerbitkan empat buah buku iaitu Lizzie Beautiful : The Lizzie Velasquez Story (2010), Be Beautiful Be You (2012), Choosing Happiness (2014) dan yang terbaru Dare To Be Kind yang diterbitkan pada tahun 2017.

Share
Published by
Fiezreen