Wah, betapa terujanya Dr Malar bila dapat bertemu dengan the only one penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza buat pertama kali.
Iyelah kan, siapa pun akan teruja kalau tiba-tiba artis terkenal muncul depan mata. Selama ni hanya baca ceritanya je di laman media.
Dr Malar ada memuat naik satu hantaran di akaun media sosialnya berkongsi momen indah itu. Katanya, beliau telah dijemput ke majlis berbuka puasa bersama YB Nurul Izzah Anwar yang diadakan secara tertutup.
“Saya masih di awang awangan!!!
“Alkisahnya saya dijemput untuk ke majlis Iftar bersama YB Nurul Izzah Anwar hari ini. Saya diberitahu majlis ini hanya bersama 12 wanita lain dan berlaku secara tertutup katanya.”
Kata Dr Malar, mulanya beliau teragak-agak juga hendak memenuhi jemputan itu.
“Walaupun mulanya teragak-agak, namun saya terima jemputan dengan rendah diri sebab saya sangat minat dengan YB Nurrul Izzah dari dulu lagi.
“Bukan kerana parti politik, bukan kerana jawatan, tetapi kerana kecekalannya sebagai seorang wanita srikandi, and I love her perseverance. Itulah sebab utama saya terima jemputan ini.
“Namun bagai pucuk dicita, ulam mendatang… ketika saya di majlis sambil berborak dengan beberapa tetamu lain, tiba tiba Dato’ Sri Siti Nurhaliza melangkah masuk dengan baju kurung hitam segak dan bau semerbak wanginya!!!
“Oh my God!! Oh my God!!”
“Saya tak tahu Dato’ Siti pun ada dalam guest list. Saya tengok guest list, sumpah saya tengok, tapi takde pun nama Dato’ Siti bila saya baca guest list tu.
“Sampai sekarang saya tak sangka saya duduk semeja makan malam dengan Dato’ Seri Siti Nurhaliza!!
“Sampai sekarang saya tak percaya saya dah selfie, dah wefie, dah record video dengan penyanyi Malaysia FEVRET saya, Siti Nurhaliza!!
Luah Dr Malar lagi, beliau juga berpeluang untuk berswafoto bersama dua figura hebat itu dan menganggap ianya memori paling indah dalam hidupnya.
“Dan memori paling indah, saya dapat wefie bersama 2 wanita inspirasi, YB @n_izzah & @ctdk dalam satu frame. Gambar ni kena frame gantung kat umah.
“So blessed!! I’m so blessed. I’m just speechless guys. Tak tahulah malam ni dapat tidur ke tak. Sebagai seorang #sitizoner sejak berumur 13 tahun, HARI INI HARI PALING INDAH”
Hantaran tersebut telah mendapat lebih 10 ribu tanda suka. Rata-rata para pengikutnya turut teruja. Mereka menganggap Dr Malar sangat bertuah kerana dapat bertemu dengan dua wanita hebat itu.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona