Kalau tengok rupa paras cantik dan kulit gebunya pasti ramai yang tidak menyangka gadis cantik ini seorang anggota pasukan keselamatan yang berani menggalas senjata. Siapa kata gadis cantik hanya pandai bermekap dan bersenang-lenang sahaja? Hikma Nursyafa berjaya membuktikan kecantikan yang dimiliki hari ini seiring dengan keberanian untuk bertempur lawan.

IKLAN

Meskipun perlu mengenakan uniform yang tebal dan lengkap dengan topi serta but setiap hari namun gadis ini tetap menjaga penampilan diri. Setiap kali keluar bertugas menjaga keamanan dan keselamatan penduduk, Hikma yang berasal dari Yogjakarta akan memastikan keadaan dirinya kemas dan cantik… walaupun berhijab dan berdepan situasi panas serta tidak menentu saban hari.

Dikelilingi Peluru & Senjata, HIKMA NURSYAFA Jadi Viral Kerana Keberanian & Wajah Cantiknya!

Dikelilingi Peluru & Senjata, HIKMA NURSYAFA Jadi Viral Kerana Keberanian & Wajah Cantiknya!

Tidak hairanlah nama Hikma Nursyafa menjadi viral dan bualan netizen di media sosial kebelakangan ini. Dia bukan hanya dikurniakan raut wajah menawan bahkan semangatnya menjaga ketenteraman dan kerjaya mencabar yang jarang diceburi kaum wanita ini mencetuskan ‘pemandangan’ luar biasa masyarakat.

Dikelilingi Peluru & Senjata, HIKMA NURSYAFA Jadi Viral Kerana Keberanian & Wajah Cantiknya! Dikelilingi Peluru & Senjata, HIKMA NURSYAFA Jadi Viral Kerana Keberanian & Wajah Cantiknya! Dikelilingi Peluru & Senjata, HIKMA NURSYAFA Jadi Viral Kerana Keberanian & Wajah Cantiknya!

Hikma Nursyafa yang kini berusia 25 tahun merupakan anggota polis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Khabarnya sudah lebih setahun gadis ini  berkhidmat bersama PBB yang berpangkalan di Bangui, Afrika Selatan sejak Jun 2018.

Biarpun kebanyakan rakan seperjuangan terdiri daripada kaum lelaki namun ia bukan halangan buat Hikma. Sebaliknya gadis berkulit cerah ini tenang mengangkat senjata dan menjalani ujian ketahanan sama seperti anggota lain.

Dikelilingi Peluru & Senjata, HIKMA NURSYAFA Jadi Viral Kerana Keberanian & Wajah Cantiknya! Dikelilingi Peluru & Senjata, HIKMA NURSYAFA Jadi Viral Kerana Keberanian & Wajah Cantiknya! Dikelilingi Peluru & Senjata, HIKMA NURSYAFA Jadi Viral Kerana Keberanian & Wajah Cantiknya! Dikelilingi Peluru & Senjata, HIKMA NURSYAFA Jadi Viral Kerana Keberanian & Wajah Cantiknya!

IKLAN

Mengintai media sosial Hikma, kecantikan gadis ini tidak ubah seperti pelakon sinetron popular. Selain meminati bidang lasak dan mencabar, Hikma juga memiliki naluri kewanitaan yang gemar akan kecantikan dan fesyen. Lebih menarik, dia turut mengenakan solekan nipis ketika bertugas demi memastikan penampilan diri sentiasa terjaga.

https://www.instagram.com/p/B0rNz6EHHSj/

Iyalah, takkan wanita yang bekerja di pejabat saja nak nampak cantik. Yang menjaga sempadan negara pun hendak sentiasa nampak bersedia. Lagipun penampilan diri sangat penting tidak kiralah walau di mana berada sekali pun. Sesetengah wanita akan rasa lebih yakin bila sudah bermekap. Mungkin beginilah cara Hikma untuk raih keyakinan diri dan kekal bersedia menjaga keamanan penduduk tempatan.

IKLAN

Apa-apa pun Nona bangga dengan Hikma kerana berjaya mengangkat martabat dan kredibiliti kaum wanita ke tahap lebih tinggi. Semoga kejayaan gadis ini menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk menjadi anggota pasukan keselamatan yang kental, berani dan dalam masa sama memiliki sifat-sifat terpuji yang boleh diteladani. Syabas buat Hikma!

 

 

Kredit foto: Instagram Hikma Nursya

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI