Daripada industri perbankan, wanita ini mencabar keupayaan diri untuk menceburi bidang pengangkutan awam. Awal penglibatan sekitar tahun 1995 banyak perkara baru yang harus diterokai namun atas kapasiti ibadah demi Allah SWT segalanya ditempuh dengan sabar. Sehingga berjaya mengecap puncak kerjaya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Express Rail Link (ERL).

Ads

Dilahirkan pada 3 Ogos 1957, Noormah Mohd Nor yang berkelulusan perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Association of Chartered Certified Accountants, United Kingdom memulakan karier sebagai Ketua Unit Bahagian Perbankan Korporat di Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) yang kini dikenali sebagai CIMB Bank selama 11 tahun. Daripada bidang perbankan, kerjayanya kemudian menembusi industri pengangkutan rel.

Berpegang kepada falsafah ‘Work hard, give the best, always do the right thing and never give up’, Noormah mengakui kemerosotan ekonomi pada 1998 adalah cabaran terbesar bagi dirinya. Pernah dikritik khalayak kerana tekad meneruskan pelaksanaan ERL menjadi suntikan semangat buat anak kelahiran Negeri Sembilan ini untuk berbakti kepada kesejahteraan dan pembangunan bersama.

“Untuk memastikan kelestarian jangka panjang, a very good maintenance regime amat penting. Tren kami diimport dari Jerman yang memiliki kualiti dan teknologi terkini. Kami sentiasa memastikan penyelenggaraan tren mengikut jadual dan spesifikasi terperinci.”

Menguruskan lebih 500 pekerja nyata bukan tugas mudah. Ironinya, apabila wanita menjadi tulang belakang dalam sesebuah syarikat akan timbul keraguan terhadap kemampuan diri mereka sebagai pemimpin. Tatkala diaju tentang diskriminasi gender dalam arena pekerjaan, Noormah bersyukur situasi yang diibaratkan itu tidak berlaku kepada dirinya.

Dikritik Kerana Tekad Bawa Kemajuan Pengangkutan Rel, CEO Berusia 60 Tahun Ini Optimis Terajui ERL

“Saya rasa bertuah sebab di negara kita isu diskriminasi jantina ini kurang dan hampir tiada. Mungkin kerana peredaran masa dan masyarakat kini lebih berfikiran terbuka. Apa pun, sebagai wanita kita perlu bekerja lebih keras daripada lelaki untuk buktikan kita mampu buat lebih baik atau setanding mereka. Jujurnya saya adalah wanita yang sangat kuat bekerja dan saya juga harapkan perkara sama di kalangan pekerja saya. Jenis saya, saya akan pastikan kerja yang dilakukan diterjemahkan dengan baik oleh pekerja secara lebih teliti. Walau tegas tapi hakikatnya saya juga amat mengambil berat tentang kebajikan mereka dan kerja berkumpulan,” terangnya.

Ads

Menginjak usia 60 tahun Noormah tetap menjadikan keluarga sebagai keutamaan. Kelapangan waktu cuti hujung minggu dimanfaatkan dengan aktiviti kekeluargaan sama ada hanya beriadah di rumah mahupun di pusat beli-belah untuk menonton wayang. Dikurniakan 2 anak lelaki dan seorang perempuan yang kini mempunyai kehidupan sendiri tidak mudah bagi Noormah untuk meluangkan masa bersama-sama.  “I try to spend time dengan anak-anak misalnya dengan menikmati makan malam bersama atau berjumpa pada setiap hari minggu. Kalau ada masa lebih, kami akan pergi bercuti satu keluarga. Dalam negara pun jadilah. At least 3 ke 4 hari. Melancong ke luar negara pun ada tapi dalam setahun hanya sekali dua saja. Maklumlah, anak-anak dah kerja dan ada yang dah bekeluarga.

Dikritik Kerana Tekad Bawa Kemajuan Pengangkutan Rel, CEO Berusia 60 Tahun Ini Optimis Terajui ERL

Ads

Jika ada kesempatan saya akan pergi bercuti bersama suami. Kami berdua memang suka berjalan tengok negara orang, masyarakat dan budaya di sana. Setiap negara yang dilawati, kami akan ambil perkhidmatan tren. Bukan saja kerana tren satu budaya pengangkutan popular di sana tapi servis mereka juga cekap dan terbaik seperti di negara-negara Eropah, China dan Jepun. Dalam masa sama, saya boleh ambil guna usaha yang mereka lakukan untuk dipraktikkan di sini,” terangnya yang gemar mengunjungi negara bersejarah dan kaya dengan alam semula jadi.

Menyokong pembabitan wanita dalam apa jua industri yang diceburi, Noormah sempat menitipkan kata-kata semangat berikut. “Untuk berjaya dalam apa jua bidang, kita perlu ada visi dan misi hidup. Saya selalu tekankan work hard to earn living tapi tidaklah terlalu sibukkan diri dengan kerja. Keluarga amat penting begitu juga dengan pengurusan masa. Pada saya, semuanya perlu berbalik kepada asas dan ajaran agama. Kita perlu sedar pekerjaan ini juga adalah satu ibadah penting kerana dengan bekerja kita dapat membantu orang lain. Terapkan apa yang dipelajari daripada ajaran Islam itu sebagai landasan kepada alam pekerjaan. Harus amanah, jujur, tawakal dan lakukan tugas sebaiknya serta usah mengalah. Insha Allah, ada berkah di kemudian hari.” SUZIANAABUDAUD

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI