Beruntung Datin Wong Mew Choo dikurniakan empat lelaki istimewa dalam hidupnya. Berkahwin dengan jaguh badminton tanah air iaitu Datuk Wira Lee Chong Wei pada 10 November 2012, rumah tangga Datin Mew Choo yang juga bekas pemain badminton wanita ini lebih bermakna dengan kehadiran tiga orang cahaya mata lelaki!
1 Mei lepas isteri kepada Datuk Chong Wei berkenaan genap meniti usia 40 tahun. Sepanjang berkahwin dengan bekas atlet kesayangan ramai itu, Datin Mew Choo sentiasa menjadi tulang belakang dan setia di sisi suami tercinta.
Sedekad mendirikan rumah tangga, jelitawan ini tidak pernah menjaja kisah peribadi kepada khalayak dan cukup menjaga reputasi suami. Beruntung Datuk Chong Wei!
Walau sibuk menguruskan tiga anak kecil yang juga lelaki dan suami, Datin Wong Mew Choo kelihatan masih anggun dan ‘fit’.
Melihat peribadi dan penampilan figura ini, dia bukan hanya seorang wanita yang ringkas dan low profile.
Malah sering tampil bersederhana meskipun suami terkenal dan berstatus bekas jaguh sukan di peringkat antarabangsa.
Menzahirkan rasa syukur dan terharu dengan pengorbanan isteri, Datuk Chong Wei menerusi media sosial pernah menitipkan ucapan istimewa buat Datin Mew Choo.
“To my wife Wong Mew Choo, happy mother’s day. Thank you for standing beside me for all these years and giving me 3 ninjas.
All your sacrifices… I know. All your love, I keep! All my heart to you, I give!”
Legenda badminton tersebut pernah berada di ranking nombor satu dunia selama 199 minggu berturut-turut iaitu dari 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.
Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2012 dan mereka menerima kehadiran cahaya mata ketiga pada 29 November 2022. Ketiga-tiga anak bekas atlet ini ialah Kingston, dan Terrance, dan Anson.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/suami-selalu-pinjamkan-telinga-bila-diperlukan-nurul-izzah-bahagia-dikurnia-yin-shao-loong/
This website uses cookies.