Aktif melakukan aktiviti outdoor yang lasak seperti rock climbing, ski serta mengamalkan gaya hidup sihat pasti ramai yang tidak menyangka sebenarnya Sarah Herron dilahirkan dengan sebelah tangan sahaja akibat Amnioctic Band Syndrome. Bahkan, tidak sedikit pun Sarah menjadikan kekurangannya itu sebagai halangan beliau untuk bergerak lincah dan melakukan aktiviti kegemaran disamping menghayati keindahan alam sekitar.
“Seperti yang diketahui ramai, menjadi tugas saya untuk membuktikan wanita di luar sana yang mempunyai kelainan upaya apakah aktiviti outdoor yang boleh dilakukan oleh mereka. Hari-hari saya dihabiskan dengan menyelidik, meneroka, dan cuba membuka ‘sampul baru’ dalam kehidupan supaya dapat berkongsi keseronokan saya melakukan aktiviti luar”, jelas Sarah Herron dalam salah satu entri di laman instagramnya.
Sebelum ini Sarah juga pernah menyertai satu rancangan realiti mencari jodoh popular Amerika Syarikat, The Bachelor. Walaupun tidak berjaya menemukan pasangan di rancangan tersebut, Sarah kini bahagia bersama teman lelaki, Dylan Brown yang sedia menrima diri beliau seadanya. Disamping itu, pasangan ini juga berkongsi minat dan hobi yang sama.
Mengikuti perkembangan Sarah di laman instagram, terpancar keyakinan yang ada dalam diri wanita hebat berasal daripada Colorado ini apabila sentiasa menunjukkan kebolehan beliau melakukan adventurous outdoors
activity untuk memberi inspirasi kepada wanita pelbagai peringkat umur bahawa nothing is impossible!
Sumber gambar: @sarahherron
This website uses cookies.