Dalam sarat memasuki trimester ketiga,Hanis Zalikha sememangnya amat bertuah kerana dilantik sebagai duta Happikiddo, sebuah concept store barangan bayi yang selama ini menjadi pilihan Hanis dalam melalui kehidupan sebagai ibu kepada cahayamata sulungnya, Yusuf Iskandar.
Ads
Malah, pelakon dan isteri kepada actor Hairul Azreen ini sering berkongsi barangan kelengkapi bayi dan kanak-kanak yang menjadi pilihannya untuk Yusuf. Hanis berkongsi kebaikan produk yang digunakan untuk Yusuf bersama 4.8 juta pengikut di laman instargram miliknya. Pemilihan Hanis sebagai duta Happikiddo selama setahun ini pastinya menyaksikan Hanis berkongsi ilmu dan pengetahuannya menguruskan Yusuf dan anak kedua yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Ketika ditanya mengenai pengalaman hamil buat kali kedua, Hanis ternyata teruja dengan kehamilan kali ini tetapi merasakan perbezaan yang ketara dari segi stamina dan kekuataan tenaga fizikalnya.
“Sewaktu hamil Yusuf, Hanis alami alahan sepanjang kehamilan. Tetapi kali ini, memasuki trimester kedua, segalanya ok. Tetapi semasa hamil Yusuf, Hanis bertenaga dan boleh lakukan pelbagai perkara seperti sesi fotografi, turun padang untuk promosi produk dan sebagainya. Tapi kali ni, Hanis cepat letih dan kurang tenaga seperti dulu. Jadi, Hanis lebih banyak berehat dan jika ada mesyuarat mengenai kerja juga Hanis lebih selesa lakukan di rumah,” ujarnya yang jelas Nampak sedikit mengah dan tercungap-cungap memandangkan kandungan sudah memasuki trimester ketiga.
Pada majlis perlantikan Hanis sebagai duta Happikiddo, Hanis turut diraikan dalam majlis baby shower Bersama keluarga dan sahabat terdekatnya anjuran pihak Happikiddo. Jelas Hanis, walaupun ini merupakan proses kehamilan kedua, dia teruja untuk meraikan majlis baby shower memandangkan ia tidak dilakukan ketika mengandungkan Yusuf.
Ads
“Saya terkejut dan berterima kasih kepada Happikiddo kerana menganjurkan majlis baby shower ini. Ketika hamilkan Yusuf, saya tidak menganjurkan majlis baby shower. Kali ini, diraikan sebegini. Terima kasih dan saya amat hargai,” ujar Hanis yang sempat mengerling ke arah Yusuf yang berada tidak jauh dari dirinya.
Ads
Walaupun sarat hamil, wajah Hanis tampak berseri-seri dan teruja untuk menantikan kelahiran zuriat keduanya Bersama suami tersayang. Ditanya mengenai persiapan bayi kedua, menurut Hanis segalanya masih dalam peringkat awal memandangkan Hairul masih terikat dengan jadual penggambaran dan pasangan ini mencuri masa sebelum kedatangan Ramadan ini untuk menyelesaikan segala keperluan untuk menyambut kelahiran zuriat kedua mereka.
“Nampaknya raya tahun ini Hanis akan berkurung di dalam rumah sahaja. Harap segala keperluan raya dapat diselesaikan sebelum Ramadan ini. Apa yang penting, keperluan Raya untuk Yusuf diutamakan,” ujar Hanis seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka, pada usia 36 tahun, bintang kelahiran Serbia, Novak Djokovic mencipta sejarah buat dirinya apabila menjuarai Terbuka Perancis baru-baru ini, sekali gus memahat rekod memenangi 23 gelaran Grand Slam sepanjang karier sebagai pemain tenis professional.
Ternyata usia bukanlah halangan dan Novak Djokovic membuktikannya!
Memetik AGENSI, keinginan dan motivasi untuk terus bermain tenis tidak pernah pudar sekali pun menjadi pemain tertua menjuarai Terbuka Perancis sekali gus memahat rekod memenangi 23 gelaran Grand Slam. Bintang Serbia berusia 36 tahun itu percaya, dia masih mempunyai tenaga untuk memburu kejuaraan utama biarpun sudah 20 tahun bersaing dalam tenis dunia.
“(Perjalanan) belum berakhir. Jika saya menang Grand Slam, kenapa perlu fikir untuk menamatkan kerjaya yang sudah dibina selama 20 tahun.
“Jadi saya masih berasa bermotivasi, masih terinspirasi untuk bermain tenis terbaik pada kejohanan Grand Slam. Saya rasa itu perkara paling penting dalam sejarah sukan kita,” kata pemain yang menduduki ranking ke 3 dunia itu.
Kejuaraan ketiga yang diraih di Roland Garros menobatkan Djokovic sebagai pemain terhebat sepanjang zaman! Baru-baru ini, Djokovic menumpaskan bintang Norway yang 12 tahun lebih muda daripadanya, Casper Ruud dalam perlawanan akhir untuk mengatasi rekod 22 gelaran Grand Slam yang selama ini dikongsi bersama jaguh Sepanyol, Rafael Nadal.
Itu kejuaraan ketiganya di Roland Garros, selain 10 gelaran Terbuka Australia, tujuh Wimbledon dan tiga Terbuka Amerika Syarikat (AS). Dia turut menjadi satu-satunya pemain lelaki yang memenangi semua empat Grand Slam sebanyak tiga kali, malah Djokovic juga bakal merampas kembali takhta takhta pemain No. 1 dunia.
“Saya tidak mahu katakan saya adalah yang terhebat kerana saya rasa ia tidak menghormati ramai lagi bekas-bekas juara hebat yang pernah bertanding dalam era yang berbeza. Jadi saya tinggalkan perkara mengenai siapa yang terhebat ini kepada orang lain.
“Sudah tentu saya yakin dan percaya pada diri sendiri untuk apa sahaja yang boleh saya lakukan,” jelasnya lagi.
Mungkin ini bukan penamatnya buat Djokovic apabila dia ditanya mengenai soalan adakah dia mampu memenangi gelaran Grand Slam ke-24 atau ke-25. Bintang ini nampaknya penuh semangat membalas ‘kenapa tidak?’ Djokovic memenangi 11 daripada 23 gelaran Grand Slam selepas berusia 30 tahun, malah dia tidak berhasrat menggantung raket buat masa ini. – AGENSI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi siapa yang benar-benar mengagumi dan mengikuti perkembangan pelakon dan usahawna jelita Rozita Che Wan, pastinya mengetahui ibu kepada tiga orang cahaya mata itu sentiasa tampil berfesyen dan sentiasa anggun walau pun hanya berada di rumah.
Jadi padanlah Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta memiliki koleksi baju yang banyak. Dan baru-baru ini, suami kepada Che Ta mencuri tumpuan ramai apabila kelihatan menjual di car boot sale Kota Damansara yang dijalankan pada setiap minggu.
Menerusi hantaran video dari seorang pengguna TikTok yang juga merupakan pengunjung di car boot sale Kota Damansara telah memuat naik sebuah video memaparkan Zain Saidin menjual melelong baju terpakai milik Che Ta di hadapan keretanya ketika jualan car boot tersebut.
Dalam video tersebut kelihatan Zain tampil santai dengan menjual pakaian terpakai isterinya itu. Malah yang mencuri tumpuan adalah harga pakaian tersebut yang dijual hanya serendah RM5 sahaja.
Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut apabila Zain menjual baju-baju Che Ta dengan harga serendah RM5 memandang ramai yang tahu isterinya bukan tampil ‘biasa-biasa’ apabila bergaya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata ramai yang mengagumi sikap rendah diri Zain Saidin malah terhibur dengan gelagat Zain yang menjual baju-baju pre-loved isteri tersayang.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kelmarin, kanak-kanak comel yang pernah menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan agak tenat dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).
Berita itu disampaikan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, dalam hantaran melalui Instagram milik beliau. Jelasnya, Ainul mula muntah dan cirit-birit dalam masa sehari. Memasuki hari kedua, Ainul dilihat tidak bermaya kerana keadaannya nampak lain sangat, lalu Nurul terus membawanya ke Jabatan Kecemasan.
“Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor memaklumkan jangkitan sudah merebak ke seluruh tubuh. Satu badan dipenuhi dengan wayar,” tulisnya dalam hantaran itu.
Menyedari akan keadaan Ainul Mardhiah yang kini kritikal, Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalankan pembedahan membuang tumor dari mulut Ainul turut meluahkan rasa bimbang dan berdoa agar Ainul dapat menempuh dugaan ini. Jelasnya dalam hantaran di Tweet semalam, Dr Amalina yakin Ainul kuat untuk mengharungi semua ini.
“Baru sahaja mendapat khabar berita dari ibu Ainul. Ya allah, marilah kita sama-sama doakan untuk adik Ainul. Semoga cepat sembuh. Ainul sayang, you have done it many times before, you can do it again! Keep fighting sayang! Insya allah”.
Kisah penderitaan Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakriyang membantu menjalankan pembedahan di London, United Kingdom (UK), bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya ketika kanak-kanak itu berusia sembilan bulan pada Jun 2019.
Ketumbuhan pada mulutnya mula membesar sejak dilahirkan dan dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...