Dalam sarat memasuki trimester ketiga,Hanis Zalikha sememangnya amat bertuah kerana dilantik sebagai duta Happikiddo, sebuah concept store barangan bayi yang selama ini menjadi pilihan Hanis dalam melalui kehidupan sebagai ibu kepada cahayamata sulungnya, Yusuf Iskandar.
Malah, pelakon dan isteri kepada actor Hairul Azreen ini sering berkongsi barangan kelengkapi bayi dan kanak-kanak yang menjadi pilihannya untuk Yusuf. Hanis berkongsi kebaikan produk yang digunakan untuk Yusuf bersama 4.8 juta pengikut di laman instargram miliknya. Pemilihan Hanis sebagai duta Happikiddo selama setahun ini pastinya menyaksikan Hanis berkongsi ilmu dan pengetahuannya menguruskan Yusuf dan anak kedua yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Ketika ditanya mengenai pengalaman hamil buat kali kedua, Hanis ternyata teruja dengan kehamilan kali ini tetapi merasakan perbezaan yang ketara dari segi stamina dan kekuataan tenaga fizikalnya.
“Sewaktu hamil Yusuf, Hanis alami alahan sepanjang kehamilan. Tetapi kali ini, memasuki trimester kedua, segalanya ok. Tetapi semasa hamil Yusuf, Hanis bertenaga dan boleh lakukan pelbagai perkara seperti sesi fotografi, turun padang untuk promosi produk dan sebagainya. Tapi kali ni, Hanis cepat letih dan kurang tenaga seperti dulu. Jadi, Hanis lebih banyak berehat dan jika ada mesyuarat mengenai kerja juga Hanis lebih selesa lakukan di rumah,” ujarnya yang jelas Nampak sedikit mengah dan tercungap-cungap memandangkan kandungan sudah memasuki trimester ketiga.
Pada majlis perlantikan Hanis sebagai duta Happikiddo, Hanis turut diraikan dalam majlis baby shower Bersama keluarga dan sahabat terdekatnya anjuran pihak Happikiddo. Jelas Hanis, walaupun ini merupakan proses kehamilan kedua, dia teruja untuk meraikan majlis baby shower memandangkan ia tidak dilakukan ketika mengandungkan Yusuf.
“Saya terkejut dan berterima kasih kepada Happikiddo kerana menganjurkan majlis baby shower ini. Ketika hamilkan Yusuf, saya tidak menganjurkan majlis baby shower. Kali ini, diraikan sebegini. Terima kasih dan saya amat hargai,” ujar Hanis yang sempat mengerling ke arah Yusuf yang berada tidak jauh dari dirinya.
Walaupun sarat hamil, wajah Hanis tampak berseri-seri dan teruja untuk menantikan kelahiran zuriat keduanya Bersama suami tersayang. Ditanya mengenai persiapan bayi kedua, menurut Hanis segalanya masih dalam peringkat awal memandangkan Hairul masih terikat dengan jadual penggambaran dan pasangan ini mencuri masa sebelum kedatangan Ramadan ini untuk menyelesaikan segala keperluan untuk menyambut kelahiran zuriat kedua mereka.
“Nampaknya raya tahun ini Hanis akan berkurung di dalam rumah sahaja. Harap segala keperluan raya dapat diselesaikan sebelum Ramadan ini. Apa yang penting, keperluan Raya untuk Yusuf diutamakan,” ujar Hanis seraya mengakhiri perbualan.
This website uses cookies.