Usahawan Mawar Karim baru-baru ini dilantik menjadi duta rangkaian rawatan kecantikan kumpulan V Ultimate Group, antara syarikat kecantikan inovatif terbaik dalam industri kecantikan di Malaysia.
Ads
Menurut ibu kepada seorang cahayamata ini, dia menerima tawaran menjadi duta V Ultimate Group memandangkan ia merupakan pusat kecantikan sehenti yang menawarkan pelbagai rawatan kecantikan yang bersesuaian dengan keperluan setiap wanita.
Ketika diajukan persoalan mengenai status dirinya, Mawar yang ditemui di majlis berkenaan menolak dakwaan dia sudah kembali bergelar isteri tetapi mengakui dalam fasa mengenali hati budi seseorang. Namun begitu, Mawar lebih selesa tidak berkongsi soal peribadi di media sosial memandangkan dirinya bukan selebriti.
“Saya tinggal bersama ibu dan keluarga. Saya bahagia kehidupan dikelilingi anggota keluarga. Bila menyentuh soal peribadi, ia bukan sahaja melibatkan diri saya tetapi keluarga secara keseluruhannya. Jadi, saya lebih suka bercerita soal bisnes dan meletakkan sempadan terhadap soal peribadi di media sosial,” ujar Mawar yang bakal memperkenalkan tudung pada harga rahmah menjelang Ramadan akan datang.
Lima jenama utama yang bernaung di bawah pengurusan V Ultimate Group termasuklah DrNano, H2G, Hairva+, Ava, Deaumist, MY Thai dan MY Tradisi. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1999 itu dikenali dalam kalangan pengguna kerana penggunaan teknologi yang canggih untuk penjagaan kulit.
Sehingga kini, lima jenama tersebut berjaya mengembangkan perkhidmatan kepada 32 cawangan di seluruh negara dengan lebih 200 tenaga professional dan terus berkembang maju.
Ads
Menurut pengasas V Ultimate Group, Fiona Gan, kumpulan berhasrat untuk mengembangkan lagi terapi urutan yang semakin mendapat perhatian ramai sejak tiga tahun kebelakangan ini. My Thai merupakan sebuah spa keluarga mewah dan rawatan terapi kesihatan terbaik yang menawarkan harga yang berpatutan.
Manakala My Tradisi ditubuhkan untuk memanfaatkan 70 peratus permintaan pasaran Bumiputera yang berpotensi serta mencipta produk dan perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
Ads
Di majlis yang sama, kumpulan V Ultimate Group turut melancarkan dua produk baharu iaitu perkhidmatan untuk anti penuaan Diode Laser dan juga Hairva khusus untuk perapian rambut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada perkataan yang mampu membidas hujah wanita ini. Meskipun berkerut dahi, tapi tiap katanya yang pedas… bernas berisi.
Mungkinkah ini realiti wanita Malaysia di ambang 60 tahun kemerdekaannya? Sama-sama kita telusur fikiran kompleks Dr. Haliza Zurah, luahannya dalam konteks wanita merdeka. Benar atau tidak… Jawapannya ada pada kita sendiri.
=========================================
Wanita Alaf Baru, Manja Atau Malas?
Baru-baru ini saya dikejutkan oleh sebuah paparan dari halaman Facebook yang mempromosikan kempen ‘Sarawak Bebas Janda 2018’.
Melalui iklan dari halaman berbahasa Iban tersebut, mereka mengalu-alukan konsep ‘1 lelaki 2 bini’ demi mensasarkan sifar janda pada tahun 2018.
Tidak dapat dipastikan jika paparan tersebut adalah satu lawak jenaka murahan namun ia telah menghina integriti kaum wanita terutamanya golongan janda.
Saya merasakan tindakan tatatertib terhadap laman tersebut adalah wajar. Oleh itu, saya telah menyuarakan hasrat saya kepada beberapa wanita yang saya kenali dengan harapan mereka akan menyokong dan turut serta turun padang demi mempertahankan martabat kaum wanita.
Namun saya hanya dijawab dengan kebisuan semata-mata. Dalam kumpulan Whatsapp yang kadangnya riuh dengan perbincangan hal-hal ringan, tiba-tiba menjadi senyap apabila bangkit isu maruah wanita.
Beberapa ahli kemudiannya menyahut dengan ketidakpuasan hati namun hanya berakhir di situ tanpa sebarang tindakan. Persoalan saya ialah, di manakan sifat perjuangan di kalangan kaum wanita generasi kini?
Jika kita mengamati sejarah Malaysia, kita seharusnya berbangga kerana mempunyai beberapa tokoh agung wanita yang telah mengorbankan jiwa dan raga mereka demi kemerdekaan tanah air.
Nama-nama seperti Khatijah Sidek, Shamsiah Fakeh, Suriani Abdullah dan Aishah Ghani kurang menyinar berbanding pejuang kemerdekaan kaum lelaki yang seangkatan.
Tenggelam mungkin juga kerana sebahagian daripada perjuangan mereka adalah lebih radikal dan berhaluan kiri. Namun kisah mereka tersisip elemen perjuangan yang spesifik kepada kewanitaan seperti nilai keibuan, kelembutan, ketabahan dan cinta seorang wanita.
Semangat pejuang yang dimiliki oleh wanita-wanita besi inilah yang sepatutnya dipupuk di kalangan generasi muda sekarang. Misi perjuangan tidak pernah berubah. Dulu dan kini sama berjuang untuk mempertahankan hak sejagat.
Namun arus globalisasi menyebabkan kita cukup selesa dan alpa lantas kita gagal mendukung tanggungjawab tambahan.
Jika cadangan perjuangan diusul, wanita manja kini menjawab dengan alasan yang remeh seperti sibuk dengan anak, masalah kewangan, enggan masuk campur dan tiada kebenaran suami.
Adakah wanita besi zaman kemerdekaan dulu tidak mempunyai anak atau suami? If there is a will there is a way.
Wanita harus berani tampil untuk melawan dalam skala besar seperti berhadapan dengan pihak antagonis yang menjatuhkan maruah wanita, lantang menyuarakan hak dan menggunakan akal bagi memasang strategi membangunkan wanita.
Kebanyakan individu generasi kini hanya hebat sebagai keyboard warrior menjerit-jerit tidak puas hati di alam maya. Perjuangan sekadar menghentam papan kunci atau menaip di telefon bimbit yang berjenama mahal tidak akan membawa kepada perubahan.
Akibat daripada lenyapnya semangat perjuangan ini, penganiayaan terhadap wanita akan berterusan. Tiada revolusi dalam status wanita dalam masyarakat.
Kita akan terus ketinggalan dan bertuankan sistem patriarki. Jangan sekadar mengomel tentang hak atau layanan yang tidak sama rata tanpa mengambil sebarang tindakan. Kita juga harus memastikan maruah kita tidak diperlekehkan oleh golongan yang kecil jiwanya.
Oleh itu, saya ingin menyeru kepada wanita yang kini sedang selesa duduk di atas kerusi empuk untuk menganalisa kembali jika kita sudah mencapai status wanita maju dan berwibawa. Jika belum maka bangkitlah dan berganding bahu untuk membuat perubahan.
Berbalik kepada isu kempen mensifarkan janda di bumi Sarawak. Saya menyarankan pihak tersebut fokus untuk memupuk sifat bertanggungjawab di kalangan kaum lelaki.
Didikan dalam skop menyediakan keperluan secukupnya kepada isteri dan anak-anak, tidak curang, rajin bekerja dan tidak mengikis duit isteri adalah lebih tepat. Suami yang berjaya mengemudikan rumah tangga akan mengurangkan kes-kes penceraian lalu impian mensifarkan janda akan menjadi satu kenyataan. Setuju?
=========================================
Dr. Haliza Zurah merupakan seorang doktor perubatan, Pengasas Women’s Organisation for Change (WOC) dan bergiat aktif sebagai aktivis di Women AIDS Organisation (WAO).
Awal tahun ini, Nona pernah menyiarkan kes beliau sebagai mangsa penderaan domestik dan kini Dr. Haliza berjuang mempertahankan nasib wanita teraniaya. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun ini, genap 3 tahun pelakon dan pengacara Mira Filzah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid. Kebahagiaan pasangan ini diserikan dengan kehadiran zuriat pertama pengikat cinta, Wan Khair Amir yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.
Melalui posting di Instagram milik Mira Filzah dan Wan Emir, pasangan ini kini berada di Switzerland atas urusan kerja. Walaupun sibuk memenuhi urusan kerja, nampaknya pasangan bahagia ini sempat menikmati keindahan Switzerland yang sememangnya mempunyai pemandangan yang menakjubkan.
Melalui posting di Instagram milik Wan Emir, bapa kepada Wan Khair Amir ini sempat menitipkan ucapan romantis buat isteri tersayang sempena ulang tahun perkahwinan ke 3 mereka yang disambut pada hari ini.
3.9.20, takdir Yang Maha Esa tertulis bahawa dirimu @mfmirafilzah menjadi amanah buat diriku di dunia dan di akhirat. Nur Amirah Filzah Isteriku Syurgaku, di mataku, dirimu insan luar biasa. Banyak pengalaman tercipta, memori terukir sejak kita membina rumahtangga bersama dua tahun yang lalu. Ada suka dan duka, ada pengorbanan dan kejayaan. Tetapi apa yang pasti adalah sifat semulajadi dirimu yang cukup penyayang, pemurah dalam berbudi dan berbakti, memberi terbaik dan segalanya dalam sesuatu perkara. Sifatmu ini terus dan sentiasa menawan hatiku terhadap dirimu wahai isteriku, dan menjadi inspirasi dan peringatan buat diriku sendiri setiap hari.
Kini, masuk tahun ketiga perkahwinan, kita membawa @wankhairamir putera sulung pula bersama dalam bahtera kehidupan sebagai pasangan yang berusaha mencari keredhaan Allah SWT. You have shown an incredible sense of maternal care & bond — from the moment we discovered him, until today — and I can only see you becoming more passionate in him and to our growing family.
Bersama kita berdoa dan zahirkan keinsafan dan kesyukuran, moga usaha kita dalam membina keluarga yang sakinah mawaddah dan rahmah, sentiasa dilindungi dan dipimpin-Nya, aamin YRA.
, hingga Jannah.
#EmirAmirah
#ArahManaSyurga
*And thank you everyone for your wishes and prayers too, may Allah SWT bless you all the same and more.
Emir dan Mira Filzah mendirikan rumahtangga pada 3/9/2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara yang diadakan dalam suasana sederhana memandangkan ketika itu negara masih berada dalam situasi pandemik Covid-19 yang membimbangkan. Namun begitu, para peminat dapat mengikuti perjalanan majlis perkahwinan melalui saluran Youtube sebuah stesyen televisyen swasta tanahair.
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Mira Filzah berkunjung ke Switzerland memandangkan pada tahun 2016, gambar percutian Mira ke sana juga boleh dilihat menerusi #duovgetravels. Bermula dari London, kemudian aktres popular ini terbang ke Switzerland dan seterusnya menaiki tren dari Geneva ke Zermatt sebelum meneruskan perjalanan ke St.Moritz, Tirano, Lugano, dan Lucerne.
Namun kunjungan ke Switzerland kali ini ternyata lebih istimewa apatah lagi ditemani suami tersayang di samping dapat meraikan ulang tahun perkahwinan di salah satu lokasi percutian yang menakjubkan!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita yang menjadi usahawan mungkin perkara biasa. Tetapi apabila bergelar usahawan jutawan dan dalam masa yanga sama ibu 8 anak adalah sesuatu yang sangat menginspirasikan.
Pengarah Urusan Eskayvie Sdn Bhd., Kartika Wati Mohamed berjaya membuktikan wanita yang mempunyai anak ramai boleh sukses. Teruja mencungkil rahsia ibu anak 8 ini membesarkan anak-anak dan dalam masa yang sama berjaya mengemudi empayar bisnes.
“Saya dah ada dua orang menantu,” tutur Kartika Wati ceria bercerita tentang keluarga tersayang.
Tambahnya lagi, “Pada saya apa sahaja yang kita buat actually it is about time management. Itu adalah perkara yang sangat penting dalam hidup. Sama ada kita ni ada anak ke tak ada anak, ada suami atau tak ada suami dan ada bisnes atau tak ada bisnes semuanya tak jadi bagus kalau kita tak tahu nak manage our time properly.
Setiap manusia itu ada 24 jam yang sama. Tetapi kenapa ada yang menjadi multi billionaire dan ada yang menjadi billionaire. What’s the different? The different is mereka tahu nak urus masa dengan sebaiknya.
Kita kena strukturkan diri kita dengan jadual. Jika tidak kita akan rasa terlalu banyak benda nak kena buat tapi sikit sahaja yang berjaya diselesaikan.
Banyak benda dalam kepala nak buat tapi sebab kita tak strukturkan, tak tulis things to do and things to delegate. Kita kena tulis daripada pukul 8.00 pagi nak buat apa, pukul 10 pagi nak buat apa. Daripada bangun tidur sampai kita nak tidur balik.
Kalau benda tu kita tak strukturkan dengan baik akhirnya bukan sahaja anak entah ke mana bisnes entah ke mana. Jadi jika kita berjaya mengikut apa yang dirancangkan, insyaallah walaupun anak ramai dan ada bisnes sendiri, insyaallah things gonna be better,” tutur isteri kepada pengasas Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri.
Bercerita tentang tip membesarkan anak-anaknya seramai lapan orang itu, “Anak-anak ini pula ada sedikit tip. Sebenarnya it’s not about time you spend with them, it’s not the quantity but it’s about quality.
Mereka yang selalu ada dengan saya sentiasa akan tengok anak-anak saya akan bergilir-gilir menelefon ibu mereka. Tidak ambil masa yang lama, paling kalau maksimum jika waktu kerja, boleh saya katakan hanya satu minit atau 30 saat saja.
Anak-anak menelefon hanya untuk bertanya khabar dan diakhiri dengan ucapan I love you. That is the most importance part yang hujung I love you itu.
Saya fikir itu yang akan memberi impak pada anak-anak dan dia tahu bahawasanya kita sebagai ibu yang berkerjaya sangat sibuk tapi dalam masa yang sama sangat sayang dengan anak-anak.
Apa yang kita buat ini adalah untuk masa depan mereka untuk kita bina empayar perniagaan bukan sahaja untuk mereka tapi juga untuk masyarakat supaya perniagaan ini boleh jadi legasi dan boleh diwarisi sehingga ke anak cucu. Bukan anak cucu kami sahaja tapi anak cucu semua usahawan Eskayvie. So itulah yang saya perjuangkan.
Saya sering ditanya, bila waktu tidur atau rehat. Sebenarnya bagi saya apabila kita punya tujuan hidup, kenapa kita buat apa yang kita buat adalah sangat jelas semua akan jadi mudah.
Tujuan hidup kita why we do what we do sebenarnya kita dah boleh rasa the beauty or the sweetness things yang kita buat. Rasa penat dan malas boleh hilang macam tu sahaja. So you can do a lot of thing at one time sebab you sangat jelas dan bangun setiap pagi dengan rasa yang sangat semangat.
Sebab kita nak bantu orang dan kita tahu kalau bekerja keras untuk membantu orang lain agar mereka dapat mengubah kehidupan mereka dari segi kesihatan mahupun kewangan.
Sesungguhnya ini dapat memberi impak kepada masyarakat. Jadi, insyaallah things gonna be alright,” kata usahawan jutawan ini.
Ramai yang inginkan kulit yang cantik untuk tampil lebih confident di khalayak ramai. Tentu sekali kita tidak mahu jika ada sesetengah orang yang gemar...