Kagum hasil kerja Reka Teemor sebagai perancang perkahwinan diraja! Perkahwinan diraja Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan FD Idzham FD Iskandar baru-baru ini mendapat perhatian meluas di seluruh negara. Berlangsung dengan penuh tradisi dan adat kemelayuan, pasangan pengantin turut menerima pujian khalayak kerana kesederhanaan dari segi penampilan dan peribadi mereka yang mesra.
Di sebalik kemegahan majlis perkahwinan tersebut, antara individu yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk menguruskan resepsi Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham ialah perancang perkahwinan terkenal, Reka Teemor.
Dimiliki pasangan suami isteri Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz, mereka mempunyai pengalaman selama 18 tahun sebagai perancang perkahwinan yang melibatkan ramai golongan VIP dan selebriti tanah air.
Berkongsi keterujaan mengendalikan perkahwinan anakanda Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang ini, usahawan Reka Teemor mendedahkan keunikan tradisi bekas sirih yang dimiliki Tunku Azizah berusia 100 tahun!
“Bekas sirih yang berusia 100 tahun ini adalah milik KDPB Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Ia digunakan sebagai bekas Sirih Lat Lat, adat lama yang hampir kita lupakan.
Sirih Lat Lat adalah gubahan daun sirih, bunga pinang, kapur dan gambir serta bungaan alam Melayu yang harum.”
Ketika majlis akad nikah, kelihatan FD Idzham membawa rapi bekas sirih menuju pelamin sebelum diserahkan kepada isteri tercinta.
Ujarnya, “Ia dibawa oleh pengantin lelaki FD Idzham untuk dibawa masuk ke dalam balairongseri dan disampaikan ke YAM Tengku Puteri Afzan sebagai simbolik bahawa pengantin perempuan sudah bersedia untuk memulakan acara.”
Selain berkongsi cerita barangan klasik penuh tradisi tersebut, mereka turut mendedahkan nilai eksklusif dulang hantaran pasangan pengantin.
“Kehalusan seni ukiran perak tepak sirih hasil rekaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Ia di gandingkan dengan ciptaan dulang hantaran beraura kemelayuan moden, lengkap dengan ’emblem’ nama kedua pengantin di setiap sudut dulang untuk pernikahan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Afzan dan FD Idzham FD Iskandar.”
Ternyata, kemahiran dan pengalaman hampir dua dekad Reka Teemor dalam menguruskan majlis perkahwinan banyak membantu mereka menjayakan resepsi Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham.
Nona turut terpesona dengan kreativiti dan kerja keras Reka Teemor memberikan komitmen terbaik mereka dalam meraikan hari bersejarah buat pasangan pengantin baru. Tahniah!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, selepas bernikah pada 4 Februari lepas bersama Ardy Damis, 31, adik kepada pelakon Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida iaitu Betty Rahmad, 36, kini hamil tiga bulan. Makin betambah dan meriah lah ahli keluarga mereka lepas ni.
Nona tertarik dengan cara Betty memberi kejutan Pregnancy Announcement kepada suami tersayang, ahli keluarga dan kenalan rapat tentang kandungan yang sudah memasuki trimester pertama kehamilan itu. Orang pertama yang pasti teruja mendapat tahu tentang kehamilan Betty mesti lah suaminya. Penuh romantik dan sweet. Ada juga netizen yang tersentuh dengan reaksi Ardy Damis yang ternyara gembira dan terharu dengan berita gembira tersebut. Iya lah, bakal menjadi seorang ayah mesti tidak dapat digambarkan perasaannya.
Betty yang juga merupakan seorang pelakon dan usahawan mengumumkan berita gembira tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
” Bismillah alhamdulillah syukur harini saya nak share with my beloved followers & friends, i am 3 months pregnant”, tulis Betty,
” Syukur atas rezeki dari Allah dan atas berkat doa dari anda semua yang selalu doakan yang baik untuk kami. Terima kasih dan teruskan doa yang baik-baik untuk kami”, tambah Betty lagi.
Kejutan Pregnancy Annoucment oleh Betty turut dilakukan kepada dua orang kakak kesayangannya Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida. Umie Ternyata terkejut dengan berita kehamilan Betty dan ‘menjerit’ kegembiraan.
Berita gembira tentang kehamilan tersebut turut menjadi kejutan buat pasangan popular Nora Danish dan Nedim Nazri. Antara rakan artis dan kenalan rapat yang mendapat kejutan tentang kehamilan Betty ialah Bella Dally dan Azira Shafinaz.
Ternyata mereka semua gembira dengan perkhabaran tersebut dan tidak sabar menanti kehadiran anak sulung pasangan romantik itu. Nona harapkan Betty dan Damis dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ibu yang baik kepada anak kalian nanti dan semoga semuanya dipermudahkan. Tahniah lagi sekali.
sumber: instagram @bettyrahmad
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ruang dapur serta ruang makan umumnya menjadi sebuah tempat kita berkumpul dengan ahli keluarga. Selain itu, adakalanya banyak aktiviti yang dilakukan di kedua-dua ruang tersebut. Dalam dapur moden masa kini, kebanyakan wanita menghabiskan banyak masa di dapur dengan melakukan pelbagai aktiviti antaranya memasak, membuat kek atau mengajar anak-anak ketika sibuk menyediakan makanan untuk seisi keluarga.
Tidak dinafikan dapur memerlukan kaedah pencahayaan yang baik supaya suasana menjadi lebih selesa dan menyenangkan. Berikut adalah beberapa tips agar pencahayaan dapur kediaman anda menjadi lebih menarik dan bertepatan.
CHANDELIER
Lampu jenis moden ini semestinya masih sesuai digunakan di beberapa ruang dapur. Semakin banyak lampu chandelier yang ingin digunakan, sebaiknya anda memilih rekaan chandelier yang ringkas supaya persekitaran ruang dapur tidak kelihatan terlalu berlebihan.
LAMPU GANTUNG
Lampu gantung umumnya sesuai digunakan untuk ruang dapur yang berkonsepkan minimalis. Ini adalah kerana lampu gantung mempunyai karakter yang sangat ringkas seterusnya mampu menyerlahkan gaya yang elegan pada ruang dapur. Pastikan, sekiranya anda menggunakan lampu gantung pilihlah rekaan yang serupa agar selaras dengan keseluruhan dapur anda.
TRACK LIGHT
Lampu sorot yang menjalar bukan hanya berfungsi pada bahagian taman mahupun garaj sahaja. Kini, lampu tersebut boleh digunakan serta dikombinasikan dengan reka bentuk dapur moden anda. Bahkan, dengan menggunakan lampu tersebut ruang dapur anda akan terasa lebih luas serta lebar.
PLAFOND GANTUNG
Lampu jenis ini boleh menjadi pilihan terbaik untuk dekorasi pencahayaan ruang dapur anda. Kesan daripada penggunaan lampu jenis ini akan menyerlahkan suasana yang elegan serta ringkas. Plafond gantung tentunya boleh digabungkan dengan berbagai reka bentuk dapur yang anda miliki. Supaya kelihatan lebih menarik, anda bolehlah menambahkan lampu LED di setiap sisi plafond dengan warna-warni tertentu sehingga ruang dapur tampak lebih menarik dan moden.
INFO
TIPS MEMILIH PERALATAN LAMPU
Sekiranya anda sedang mengubahsuai rumah serta mempunyai bajet yang terhad untuk peralatan lampu, mulakan pemilihan anda dengan peralatan lampu di ruang makan ataupun ruang tamu. Lampu yang paling menarik dan menyerikan rumah bermula di ruang utama ini. Dari situ, lebih senang untuk anda mula mencari lampu-lampu yang lain dan membahagikan bajet pada peralatan lampu untuk bilik-bilik yang lain.
Sertakan bersama dalam bajet pengubahsuaian anda beberapa jenis lampu meja dan lampu berdiri. Sekurang-kurangnya dua hingga empat jenis lampu sudah memadai. Lampu-lampu ini amat berguna apabila anda ingin melakukan quick makeover di ruang rumah anda. Mudah juga untuk anda mengalihkannya mengikut citarasa dekorasi anda, lebih-lebih lagi lampu meja dan lampu berdiri kerana ia boleh menjadikan ruang bilik lebih mesra suasana.
Jika inginkan daya tarikan pada dinding, anda boleh menggunakan sebuah lampu dinding yang menarik dan yang boleh memberikan sinaran cahaya lampu yang kreatif pada dinding. Pilihan anda tidak terhad pada kertas dinding, lukisan, panel papan kayu dan seterusnya. Anda boleh menggunakan lampu dinding untuk mencipta kesan pencahayaan dan membuat dinding lebih menarik.
Di kedai hardware terdapat banyak corak bal LED sentuh atau tap-on yang boleh dipasang siap dan menggunakan bateri. Jika kabinet besar ataupun almari baju anda malap dan gelap, lekatkan sahaja bal LED tap-on ini di dalam kabinet supaya anda senang melihat barang di dalamnya. Ia juga mudah dipasang dengan menggunakan pelekat sahaja tanpa memasang aliran elektrik kepada kabinet dan almari. Anda boleh menjimatkan kos memasang lampu di almari kerana menggunakannya sebentar sahaja. Kosnya amat minimal kerana menggunakan bateri biasa.
Perhatikan cara anda menggunakan lampu dalam kehidupan harian. Elakkan pembaziran kos pada peralatan lampu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tersentuh tengok telatah comel dan momen istimewa Datuk Mastura Yazid di samping cucu kesayangan, Wan Khair Amir. Bila anak-anak sudah meningkat dewasa dan berkeluarga, pastinya cucu menjadi ‘buah hati’ kebanyakan nenek mahupun datuk. Tidak terkecuali bagi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.
Putera sulung Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar ini tentunya menjadi cucu kesayangan Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid. Apatah lagi, Wan Khair Amir adalah cucu sulung!
Menerusi perkongsian di media sosial Datuk Mastura ada saja ‘terselit’ foto dirinya di samping Wan Khair Amir. Malah dalam salah satu posting, ibu tunggal empat anak ini meluahkan rasa kasih terhadap cucu tersayang.
“My love for you is infinite, my dear Khair Amir.”
Wan Khair Amir dilahirkan pada 10 Mei 2022. Mira Filzah berkahwin dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020.
Sejak pemergian suami tercinta, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad ke rahmatullah pada 5 Mei 2016, keempat-empat anak lelaki Datuk Mastura menggalas tanggungjawab arwah suaminya.
Biarpun tiada lagi suami untuk menjadi tempat mengadu dan bergantung, Datuk Mastura positif menempuh hari-hari mendatang.
Malah, ke mana saja dia pergi pasti kelibat empat anak tersayang sentiasa berada di sisi. Menjaga ibu mereka dengan penuh kasih sayang dan perhatian, anak sulung Datuk Mastura yang juga suami Mira Filzah ini komited menggalas tanggungjawab sebaiknya.
Suami Datuk Mastura yang merupakan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit (MPOB) meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016.
Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong dalam penerbangan ke Kuching yang kali terakhir berhubung dengan menara kawalan setelah tiga minit berlepas.
Datuk Mastura dan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar dikurniakan empat anak lelaki iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Amar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...