
Tahniah diucapkan buat usahawan jelita, Joy Revfa dan suami atas kelahiran cahaya mata perempuan baru-baru ini. Selamat mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, pasangan ini akhirnya dikurniakan permata hati yang menjadi penyeri rumah tangga pada tanggal 15 Mac lepas.
Berkongsi khabar gembira tersebut di media sosial, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin memuat naik video memaparkan suami tercinta, Dr Adrian Yeah berjalan masuk ke suite mewah sambil membawa sejambak bunga mawar merah untuk dihadiahkan kepada isteri.
Joy Revfa Kongsi Detik Kelahiran Anak Perempuan
Ujarnya, “Sebenarnya Joy dan suami plan nak lahir baby secara normal pada 20 Mac tapi dia dah tak sabar nak keluar juga 15 Mac 2025. Sebelum sahur dah berkejar ke hospital sebab contraction semakin lama semakin kuat. So terpaksa emergency czer tapi tetap rasa bersyukur sebab semuanya dipercepat dan dipermudah oleh Allah SWT.”
Dalam pada itu, figura berusia 38 tahun berkenaan turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami penyayang yang setia menemaninya sepanjang proses kelahiran.
View this post on Instagram
“Rasa bertuah sebab suami tercinta, Dr Adrian tetap ada di sisi ini dari awal sampai akhir. Tak berputus asa bagi kata-kata semangat dan menjaga sebaik mungkin isteri dan baby baru dia ni. Décor-décor cantik ni semua hubby yang sediakan dan buat surprise! You are a true blessing to my life, sayang. I love you so much!”
Adriana Damya Yeah Penyeri Hidup Joy Revfa
Menerusi perkongsian Joy kelihatan suite mewah yang didiaminya di sebuah hospital ternama itu dihias istimewa dengan dekorasi warna merah dan keemasan sebagai menyambut kelahiran ‘puteri’ yang dinanti-nantikan.
“Syukur alhamdulillah, finally Allah SWT has blessed us with a beautiful baby girl ‘CinLay’ Adriana Damya Yeah. Birth weight 3 kg.”
Sedap nama bayi. Difahamkan kelahiran Adriana Damya Yeah disambut doktor pakar, Prof. Dr Imelda Balchin.
Pengasas Merve Cosmetics ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Arryan Firdaus.
Joy Revfa juga pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017. Namun perkahwinan tersebut terlerai pada Oktober 2017.
Semoga kelahiran Adriana Damya Yeah menjadi pengikat kasih sayang Joy Revfa dan Dr Muhammad Adrian Yeah.