Kalau disebut nama-nama selebriti seperti Hans Isaac, Anuar Zain dan Wak Doyok, terbayang di fikiran kejayaan serta populariti mereka dalam industri seni. Berwajah tampan dan segak, namun masih belum bertemu jodoh sehingga sekarang.

Bukan tak laku, tapi mungkin banyak faktor yang mendorong lelaki atau wanita kahwin lambat. Selain dilema pasangan tak serasi, barangkali ada yang perlu menjaga ibu bapa atau menghadapi masalah kewangan sehingga menjejaskan impian untuk berumah tangga.

Ads

Kahwin awal atau lambat, kini bukanlah sesuatu yang menjadi penanda aras kebahagiaan seseorang. Jika melihatkan trend perceraian di Malaysia, bilangan pasangan yang bercerai-berai cukup tinggi hingga membuatkan perkahwinan bukan lagi satu keutamaan hidup.

Dilema Bujang Senja: Kahwin Belum Tentu Bahagia, Bujang Belum Tentu Derita!

 

Jodoh adalah rahsia Allah. Rezeki Allah apabila Dia memberikan kita pasangan yang baik dan hikmah jika sebaliknya. Begitu pula jika diuji dengan sikap pasangan yang bermasalah, panas baran atau kaki perempuan. Terpaksa naik turun Mahkamah untuk perjuangkan hak diri mahupun anak-anak.

Lelaki berusia lebih 50 tahun dah masih belum berkahwin berisiko tergolong dalam kategori bujang berkekalan iaitu tidak akan berkahwin sepanjang usia. Ini menyebabkan mereka tinggal sebatang kara sehingga ke akhir hayat, sekaligus menjadi cabaran untuk negara bagi memastikan golongan ‘bujang senja’ itu tidak terabai.

Memetik kenyataan Pakar Sosiologi merangkap Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam Sinar Harian, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, jumlah ‘bujang senja’ menjelang pertengahan tahun (2020) akan lebih tinggi memandangkan trend berkahwin lambat semakin menjadi kebiasaan dan sudah diterima masyarakat berbanding 20 tahun dahulu.

 

TANGGUNGJAWAB

Ads

Dilema Bujang Senja: Kahwin Belum Tentu Bahagia, Bujang Belum Tentu Derita!

 

Berdasarkan Laporan Bancian Penduduk tahun 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, menyebut terdapat lebih 5.56 juta lelaki dan wanita berusia 30 tahun ke atas yang masih belum berkahwin di seluruh negara.

Laporan hasil Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-5 (2014) mendapati keinginan untuk berkahwin adalah tinggi di kalangan lelaki iaitu 90.7% manakala wanita 80.3%.

Ads

Purata umur penduduk yang ingin menamatkan zaman bujang adalah 31 tahun untuk lelaki dan perempuan. Kalau dulu sudah dikira lambat kalau usia 37 tahun (lelaki) atau 33 tahun (wanita) belum berkahwin.

Dilema Bujang Senja: Kahwin Belum Tentu Bahagia, Bujang Belum Tentu Derita!
Anuar Zain masih berstatus bujang pada usia 52 tahun

 

Walau bagaimanapun, bukan sesuatu yang luar biasa apabila melihat semakin banyak pasangan yang membina masjid pada usia lewat. Kahwin selepas usia 40 tahun kerana sibuk bekerja atau mahu ‘menikmati zaman bujang’ sepuas-puasnya. Itu adalah hak masing-masing kerana kita tetap punya tanggungjawab sebelum atau sesudah kahwin.

Sentiasa doakan untuk kebaikan orang lain kerana pada akhirnya doa itu akan berbalik kepada diri sendiri. Bagi yang masih belum berkahwin atau tercari-cari pasangan hidup, be positive always!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI