Sekalung tahniah buat jelitawan Dato’ Wahadaniah Abdul Wahab yang berjaya merangkul Mrs Diva International 2022 dan Naib Juara Mrs International Glam Icon 2022 baru-baru ini. Pertandingan ratu cantik yang berlangsung di Mumbai, India tersebut turut disertai wanita berjaya lain dari pelbagai pelusuk negara.
Anggun mengenakan persalinan tradisi dan budaya Malaysia di mata dunia, Dato’ Dania berjaya memikat hati juri dengan persembahan mengagumkan. Lebih manis, Dato’ Dania dianugerahkan mahkota pertandingan berkenaan oleh aktres cantik Bollywood, Amisha Patel.
Kongsinya, “This is the greatest moment of my life.” When Amisha Patel, my favourite actress in the film Kaho Naa Pyaar Hai, crowned me, I felt so grateful, so honoured, and so delighted. I am extremely thankful for all of the support and confidence.”
Dia yang merupakan Naib Presiden Lim Kok Wing University yang juga bekas Mrs Fabulous Malaysia 2019 kini turut menyambung pengajian di peringkat PhD.
Apa yang pasti, penulis cukup kagum dengan kesungguhan Dato’ Dania dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, dalam usia 45 tahun dia masih komited melanjutkan pelajaran.
Menceritakan perjalanan PhD terkini ujarnya, “Ya, sepatutnya saya dah doctorate pada tahun 2006 waktu saya jadi pensyarah separuh masa di universiti UK. Saya diberikan tawaran itu kerana obtained distinction for my master.
Oleh kerana ibu mertua saya menghidap kanser, jadi saya perlu balik ke Malaysia dan berhenti belajar. Sekarang, baru saya dapat sambung belajar selepas mendiang Tan Sri Lim Kok Wing meninggal dunia.
Buat masa ini juga saya bekerja sepenuh masa di Limkokwing University dan belajar sepenuh masa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Business and Management. Ikut perancangan mahu sambung belajar di UK tapi sebab pandemik, niat tersebut terpaksa dilupakan,” ujarnya yang melanjutkan pengajian selama empat tahun dan berhasrat untuk tamat pengajian pada tahun hadapan.
Ditanya apa yang mendorongnya untuk meneruskan pengajian di usia 40an memandangkan sudah pun mempunyai kerjaya yang bagus, ini jawapan Dato’ Dania. “Ini adalah impian saya. Selepas degree MMU batch saya ialah pioneer first MMU dibuka saya terus ke UK Master dan PhD.
Saya nak membantu komuniti negara dan ummah. Saya juga mahu menceburi bidang politik setelah lengkap berilmu dengan rendah diri. Saya teringin sangat nak menaikkan taraf anak-anak Melayu dan wanita di negara ini.
Mereka already doing well but will do more. Saya percaya through education, kita memberi peluang kepada anak bangsa dan ummah kita. Saya merasakan wanita mesti diberi peluang untuk berada di parlimen dengan latar belakang pendidikan yang bagus. InshaAllah.”
Mahu lebih berjaya dan memberi inspirasi serta mengangkat martabat wanita di mata dunia, Dato’ Dania nekad mengasah potensi diri dengan menyertai Mrs Fabulous Malaysia 2019, sebuah pertandingan ratu cantik yang mengasah bakat golongan wanita berkahwin termasuk ibu tunggal dalam bidang sosial dan ekonomi.
This website uses cookies.